Apa itu Protein? Protein adalah blok pembinaan untuk badan yang lebih kuat dan kehidupan yang lebih sihat.
Selain air, protein adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita. Protein sangat penting untuk setiap fungsi badan. Setiap sel dalam badan kita seperti kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti jantung, hati dan otak mengandungi protein.
Asid-asid amino merupakan blok pembinaan protein. Di kalangan 20 jenis asid-asid amino, 9 daripadanya adalah jenis perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan kita perlu memperolehinya daripada sumber makanan. Kesemua asid-asid amino ini bergabung dalam konfigurasi yang berlainan untuk membentuk pelbagai jenis protein dimana setiap satu berupaya melakukan fungsi-fungsi tertentu.
Protein adalah makanan tambahan yagn amat baik untuk digabungkan ke dalam sebarang program pengawalan berat badan. Diet tinggi protein dapat menyekat hormon 'ghrelin' yang merangsang nafsu kelaparan dan meningkatkan tahap 'cholecystokinin' (CCK); suatu penahan selera yang mengisyaratkan otak untuk menghasilkan rasa kenyang atau puas. Protein juga mempunyai sifat termogenik yang menyebabkan badan membakar lebih banyak kalori. Protein turut menyokong pembangunan jisim otot pejal yang penting untuk mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan.
Tahukah anda? Diet tinggi protein dapat meningkatkan jisim otot pejal, merangsang pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan 'yo-yo' akibat daripada diet yang melampau!
"Asid amino memberi isyarat kepada otot untuk membaiki struktur dan kekuatannya, akhirnya memberi tenaga untuk membakar kalori dan lemak." ~ Dr. Layman, Ph.D, Prof. Emer (Pakar Pemakanan, Universiti Illinois)
PROTEIN UNTUK BADAN YANG LEBIH KUAT & PERGERAKAN YANG LEBIH BAIK
Apabila mencecah umur 40, kita mula kehilangan jisim dan fungsi otot, suatu keadaan yang dikenali sebagai 'sarcopenia' yang berkaitan dengan usia. Ini adalah lebih ketara pada mereka yang lazimnya mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif.
Kehilangan jisim otot bermakna kehilangan kekuatan dan keupayaan untuk bergerak dan ini merupakan suatu faktor yang meningkatkan kebarangkalian warga tua mudah terjatuh. Peningkatan pengambilan protein secara sederhana berupaya untuk meningkatkan penghasilan protein untuk otot dan mengurangkan kehilangan jisim otot secara beransur-ansur dengan peningkatan umur.
Diet tinggi protein juga meningkatkan ketumpatan mineral tulang dan mengurangkan risiko keretakan tulang dan osteoporosis.
PROTEIN UNTUK DAYA TUMPUAN & KEWASPADAAN YANG LEBIH TAJAM
Kajian menunjukkan protein bermanfaat untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif. Ia meningkatkan prestasi memori pada orang tua dan juga meningkatkan tahap kewaspadaan serta ketenangan pada kanak-kanak. Protein membantu menstabilkan paras gula dalam darah, memberikan kanak-kanak sumber tenaga yang diperlukan untuk membantu mereka kekal fokus sepanjang hari seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi mereka di sekolah.
Suatu kajian dari Universiti Cambridge mencadangkan bahawa protein bertanggungjawab dalam mengaktifkan 'sel-sel Orexin', suatu set sel yang merembeskan orexin/hypocretin yang bertindak sebagai perangsang untuk otak yang membantu kita kekal cergas. Para penyelidik juga mendapati bahawa asid-asid amino menghalang glukosa daripada menyekat fungsi sel-sel orexin.
PROTEIN MEMBANTU MENCEGAH DIABETES JENIS II
Diet tinggi protein bermanfaat kepada pesakit diabetes kerana ia meningkatkan kedua-dua toleransi glukosa dan kesensitifan insulin. Asid amino glisin, leusin, arginin danalanin mengelakkan peningkatan mendadak paras gula dalam darah yang berbahaya dengan menggalakkan perembesan insulin daripada pankreas, manakala glutamin boleh meningkatkan kepekaan sel terhadap insulin. Kesemua ini membantu mencegah pencetusan penyakit kencing manis.
Berdasarkan bukti saintifik lebih daripada 50 kajian bebas, US FDA (Jawatankuasa Makanan dan ubatan) telah merumuskan bahawa dengan memakan 25g protein soya sebagai sebahagian daripada diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia secara ketara mengurangkan jumlah kolesterol serum, kolesterol LDL dan tahap trigliserida di samping meningkatkan tahap kolesterol HDL yang berfaedah.
PROTEIN UNTUK PEMULIHAN SEMULA SELEPAS SENAMAN & BENTUK BADAN YANG LANGSING
Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa protein begitu terkenal dikalangan para atlet dan pembina badan? Otot hanya akan berkembang apabila badan anda mengekalkan nitrogen yang mencukupi dan protein merupakan sumber nitrogen yang berkesan untuk membina jisim otot pejal.
Glutamin merupakan suatu asid amino yang berprestasi tinggi dan berfungsi sebagai pembawa nitrogen utama dalam badan kepada otot rangka untuk menjanakan persekitaran yang kaya dengan nitrogen yang diperlukan untuk memaksimakan proses penghasilan otot.
Selain itu, sumber-sumber protein yang kaya dengan asid amino rantai bercadang (BCAAs) membantu mempercepatkan pemulihan semula otot yang tegang dan tertekan selepas aktiviti yang lasak.
PROTEIN MENINGKATKAN SISTEM DAYA KETAHANAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT
Protein meningkatkan sistem daya ketahanan kita dengan menghasilkan antibodi yang melawan bakteria, virus, toksin dan pelbagai bahan-bahan asing yang berbahaya terhadap badan. BCAAs mengawalatur fungsi imun dengan memelihara takungan simpanan glutamin dalam otot iaitu sumber yang penting dalam sistem daya ketahanan yang seterusnya meningkatkan penghasilan glutation. Glutation adalah secara umumnya salah satu antioksidan yang paling penting untuk melindungi sel-sel manusia.
PROTEIN UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG, CERAH & AWET MUDA
Kolagen yang diperbuat daripada protein berserabut merupakan tisu struktur yang memberikan keanjalan pada kulit kita. Penguraian kolagen dikaitkan secara langsung dengan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur dan berkedut. Mengambil protein yang mencukupi setiap hari dapat mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Glutation juga membantu menyingkirkan badan daripada radikal-radikal bebas dan toksin yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti hiperpgimentasi, melisma dan bintik-bintik matahari. Ia wujud menyekat penghasilan melanin untuk memberikan warna kulit yang lebih cerah sekata.
Glutation & Kanser
Glutation merupakan tri-peptida yang terdiri daripada asid amino sistin, asid glutamik dan glisin. Badan kita menghasilkan glutation apabila kita mempunyai komponen-komponen kritikal tersebut dalam jumlah yang mencukupi. Glutation terkenal dalam menghapuskan spesis oksigen reaktif. ia juga menyahtoksinkan karsinogen dan memastikan sistem daya ketahanan yang kuat. Tahap glutation yang dipertingkatkan mengelakkan tumor serta melambatkan perkembangan tumor.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cancer Research iaitu suatu jurnal Persatuan Amerika untuk Penyelidikan Kanser, pengambilan diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein boleh mengurangkan risiko terhadap kanser dan melambatkan pertumbuhan tumor yang sedia ada.
PROTEIN UNTUK RAMBUT YANG LEBIH TEBAL & BERSERI
Sistin, lisin, arginin dan mentionin adalah contoh asid amino utama yang penting dalam penghasilan keratin, konstituen utama rambut. Pengambilan protein yang kerap membantu menguatkan akar rambut dan seterusnya mengelakkan masalah keguguran rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut. Diet tinggi protein juga membantu mengatasi masalah tompok botak dan garis rambut semakin ke belakang serta melindungi rambut daripada kesan kerosakan akibat pewarnaan dan pelunturan rambut yang berlebihan.
PROTEIN UNTUK KUKU YANG LEBIH KUAT & SIHAT
Oleh sebab kuku kita adalah diperbuat daripada keratin, pengambilan protein yang mencukupi boleh mengelakkan masalah kuku retak, rapuh, sangat nipis dan lambat tumbuh.
PROTEIN MENGURANGKAN TEKANAN & MENINGKATKAN MOOD YANG BAIK
Tahap serotonin atau hormon gembira kita menurun apabila umur kita semakin meningkat. Dengan meningkatkan tahap triptofan, asid amino perlu yang merupakan pelopor kepada serotonin telah didapati melegakan kemurungan dan tekanan.
PROTEIN UNTUK TEMPOH KEHAMILAN & PENYUSUAN BAYI YANG SIHAT
Keperluan wanita terhadap protein meningkat dengan ketara dalam tempoh kehamilan dan penyusuan bayi kerana protein membekalkan nutrien kepada perkembangan fetus (bayi). Oleh kerana protein merupakan komponen yang penting dalam susu ibu, pengambilan protein yang banyak akan membantu memaksimakan bekalan susu yang seterusnya membantu mengoptimakan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
PROTEIN UNTUK PERTUMBUHAN & PEMBANGUNAN OPTIMA KANAK-KANAK
Protein merupakan bahan yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak. Ia amat kritikal dalam perkembangan otak dan sistem daya ketahanan serta pertumbuhan struktur sokongan badan seperti tulang, otot, rambut, kulit, organ-organ dan sebagainya. Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan terbantut, sistem pencernaan dan daya tahan yang lemah.
SUMBER PROTEIN
Sumber yang berasaskan haiwan biasanya adalah jenis protein lengkap - ikan, daging ayam, daging merah, daging ayam belanda dan telur. Protein yang diperolehi daripada sayur-sayuran, kekacang dan bijirin biasanya adalah protein tidak lengkap kerana mereka kekurangan satu atau beberapa jenis asid amino perlu.
Dengan peningkatan tahap kesedaran terhadap kesihatan, serbuk protein telah menjadi suatu sumber alternatif yang popular untk protein. Disebabkan keupayaannya dalam membekalkan sumber asid amino perlu, tidak perlu dan rantai bercabang dalam bentuk yang sangat mudah diserap, serbuk protein soya dan dadih susu adalah pilihan terbaik untuk ditambah ke dalam pengambilan protein harian kita untuk mencapai kesihatan yang lebih baik.
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN PROTEIN?
Walaupun daging kaya dengan protein tetapi ia juga tinggi dengan lemak dan kolesterol serta mengandungi antibiotik, hormon tumbesaran dan sebagainya yang biasa digunakan semasa proses penternakan. Warga tua juga biasanya tidak dapat memperolehi protein yang cukup kerana pelbagai faktor seperti kesukaran mengunyah yang disebabkan oleh masalah gigi, kekurangan keupayaan untuk menyerap dan mencerna, pengetahuan nutrisi yang tidak mencukupi, hilang selera makan dan komplikasi yang berpunca daripada penggunaan ubat-ubatan.
Serbuk protein yang berkualiti baik adlah cara yang ideal untuk menambahkan protein yang diperlukan ke dalam diet kita.
Di Shaklee, serbuk protein yang paling superb adalah Energizing Soy Protein yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengguna-pengguna setianya. Selain lazat, banyak faedah dan fungsi-fungsi daripada kesan pengambilan ESP Shaklee ini.
Anira Abdul (1020172)
017.2237241
aniraabdul@gmail.com
No comments:
Post a Comment