Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 29, 2014

APAKAH ITU TEKANAN DARAH TINGGI?


APAKAH ITU DARAH TINGGI?

Setiap orang mempunyai tekanan darah.  Apabila darah dipam melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah.  Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yagn diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.  

Tekanan darah dicatatkan dalam dua (2) angka.  Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam keluar.  Angka yang dibawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan.  Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.  


 APAKAH ITU TEKANAN DARAH TINGGI?

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak hingga menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.  Bila ini terjadi, darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan.
Lama-kelamaan mendapan lemak akan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras.  Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.  Jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.  Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm Hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik walaupun dalam masa rehat.

Kadang-kala, darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini hingga menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).


APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI?
  • Tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai 'pembunuh senyap' kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala.  Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat.  Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

  • Bagaimana anda tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi?  Cara terbaik adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentukan dan mengesan lebih awal tentang permasalahan ini.

KENAPA SESEORANG ITU MENDAPAT TEKANAN DARAH TINGGI?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (Strok) pada usia muda.

Faktor lain mungkin disebabkan oleh keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan.  Selain daripada itu, faktor pengambilan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam secukupnya juga menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.  Kesimpulannya, tekanan darah tinggi dapat dikategorikan kepada 2 faktor seperti berikut:

a) FAKTOR YANG BOLEH DIKAWAL
    ~ Berhenti merokok untuk mencegah penyempitan saluran darah anda.
    ~ Senaman boleh membantu menurunkan berat badan dan tekanan darah.
    ~ Memakan makanan rendah lemak dan seimbang untuk kawal berat badan.
    ~ Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah.
    ~ Kurangkan pengambilan garam - natrium meningkatkan tekanan darah.
    ~ Kurangkan stress.
    ~ Pil perancang keluarga.


b) FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL
    ~ Kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi.
    ~ Darah tinggi meningkat seiring peningkatan umur seseorang.
    ~ Bangsa - Kajian menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat 
       penyakit ini.
    ~ Faktor keturunan - risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi.


Pelbagai kaedah dan cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.  Antaranya ialah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan menjauhi rokok, pengambilan garam berlebihan dalam makanan dan amalan gaya hidup sihat.

 Selain itu pengambilan makanan tambahan juga amat membantu dalam mengawal masalah tekanan darah tinggi ini.  Ini kerana makanan yang kita ambil dalam diet harian kita tidak semuanya terhindar daripada bahan-bahan terlarang seperti racun serangga dan sebagainya.

Ingin tahu tentang SET KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI?  Hubungi saya di talian 017.2237241 @ emailkan pertanyaan anda ke aniraabdul@gmail.com.  Saya akan bantu anda.  Konsultasi adalah percuma.




"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."



~ ANIRA ABDUL ~
   




No comments:

Post a Comment