Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 3, 2014

KENAPA DOA KU TIDAK DIKABULKAN?

Seringkali kita mengeluh apabila doa yang kita panjatkan dikabulkan oleh Allah.  Pabila berlaku situasi sedemikian, kita mula menjauhkan diri kita daripada-Nya.  Ada pula yang mula mengatakan yang Allah itu tidak berlaku adil kepada hamba-Nya.  Tetapi....pernahkah kita sebagai hamba-Nya cuba untuk memahaminya?  Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri mengapa doa-doa kita tidak dikabulkan oleh-Nya?  Jom kita singkap beberapa perkara yang menyebabkan doa kita tidak dikabulkan Allah s.w.t.  Antaranya ialah:
1) DOA DI MULUT TIDAK SAMA DI HATI
 
Ini adalah perkara biasa yang sering berlaku dan kerap kita sebagai hamba-Nya melupakannya.  Kadang kala kita melakukan perintah Allah tetapi kita tidak ikhlas.  Hal ini menyebabkan hati atau fikiran kita tidak fokus dan bertentangan dengan apa yang kita ucapkan.  Sebagai contoh; kita memohon doa untuk mendapatkan kerjaya A namun kita dapat kerjaya B.
 
Perkara ini berkemungkinan besar berlaku kerana kita terlampau fokus pada kerjaya B.  Walaupun di dalam doa kita sentiasa menyebut untuk mendapatkan kerjaya A, tapi kita tidak memperolehinya kerana kecenderungan kita kepada kerjaya B. 
Apabila perasaan dan hati kita tertumpu pada suatu perkara, maka ia akan terjadi. Tidak kira ia perkara baik ataupun buruk. Ramai di antara kita yang ingin menjadi kaya dan sering berdoa memohon kekayaan, namun hati dan fikiran kita selalu membisikkan yang kita tidak mungkin boleh menjadi kaya. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dia mendengar apa yang ada dalam hati hamba Nya. Oleh yang demikian, kita perlu pantau fikiran dan perasaan kita.
Jadi, sebelum berdoa periksa dulu apa yang ada dalam hati kita. Tanya sama hati apa sebenarnya yang kita inginkan.

2) TUHAN LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA
Apabila doa kita belum dikabulkan, ia bukanlah bermakna kita telah gagal. Doa-doa kita memiliki banyak kebaikan. Contohnya, kita memohon dimurahkan rezeki supaya kita dapat mengagihkan rezeki itu kepada orang lain dengan cara berzakat atau bersedekah. Semua doa yang kita pohon mesti baik-baik belaka.
Kita hanya beranggapan sendiri sahaja. Pada hal pengetahuan kita terbatas. Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa datang. Juga kita tidak mengetahui adakah doa kita itu akan memberi kebaikan atau sebaliknya. Adakah kita bahagia jika doa itu dimakbulkan?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia mengetahui segala-galanya tentang hambaNya. Mungkin Dia menyayangi kita kerana tidak memakbulkan doa kita. Dia tidak mahu kita menderita jika doa itu dikabulkan. Apa yang kita sangka baik, tak semesti jadinya baik dan apa yang kita sangka buruk, tak semesti jadi buruk.
Ramai yang mengeluh dan menyalahkan Tuhan apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Cubalah ubah sudut pandangan kita dengan bersangka baik, iaitu berfikiran positif kepada Nya. Yakinlah Dia akan memakbulkan permintaan kita. Insya Allah.

3) MENGABAIKAN PERINTAH TUHAN
Berapa kuat tahap cinta kita pada Allah? Diri sendiri saja yang tahu. Ramai yang mengaku cinta pada-Nya, tetapi sebenarnya tidak. Mereka hanya menipu diri sendiri. Mereka mengaku cinta pada-Nya tetapi tidak mengikut apa yang diperintahkan oleh-Nya seperti tidak menunaikan solat. Pada hakikatnya mereka tidak cintakan Tuhan.
Sama seperti doa yang belum dimakbulkan lagi. Kita memang mahu doa dikabulkan tetapi kita dalam keadaan berdosa. Bagaimana doa nak makbul? Periksa balik apa yang ada dalam hati kita. Adakah hati kita dah suci?
Dalam hadis shahih Nabi SAW bersabda,” Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutus silaturahim dan tergesa-gesa.”
Semoga memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini.  Jom kita sama-sama perbaiki apa yang perlu diperbaiki agar semua doa yang kita panjatkan dimakbulkan oleh-Nya. In Shaa Allah...kita perlu berusaha tanpa putus-putus.


Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?


Hubungi:

Anira Abdul
017.2237241
aniraabdul@gmail.com

2 comments: