Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 9, 2014

DARISH OH DARISH...

Bagi mana-mana ibu yang mempunyai anak pastinya sentiasa mengawasi perkembangan anak masing-masing dari semasa ke semasa.  Kalau boleh, tak nak terlepas walau satu pun perkembangan anak kita.  Kadang-kadang perkembangan ni kecil sahaja tapi ianya memberi kesan gembira yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit bagi insan bernama 'ibu'.

Sebagai ibu bapa juga, kita akan memastikan kesihatan anak kita dalam keadaan yang terbaik setiap masa sepanjang tempoh tumbesaran anak-anak kita.  Perkembangan anak sangat penting dalam tempoh pembesaran dan nutrien yang mencukupi sangat-sangat diperlukan agar anak menjadi sihat, ceria dan jarang sakit terutamanya dalam tempoh 1 hingga 6 tahun pertama.


Ada ibu bapa yang mengeluh bila anak-anak mereka terlalu aktif.  Ada sesetengah pula yang melarang anak-anak mereka daripada terlampau aktif...sebaliknya anak-anak digalakkan untuk bermain atau menjalankan aktiviti di dalam rumah sahaja seperti menonton televisyen, membaca buku dan sebagainya.  Tetapi, saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang aktif dan yang bermain di luar rumah sebenarnya lebih kreatif dan bijak.  Situasi ini juga sebenarnya membina antibodi mereka.  Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. 

Tapi dari pengamatan saya, anak saya dibesarkan dalam suasana desa 100%.  Sejak berusia 2 bulan, saya dan anak saya duduk dengan ibu saya dikampung kerana suami ditugaskan di Melaka.  Hendak ikut suami, ibu tak benarkan memandangkan ini anak pertama saya...takut, risau dan khuatir saya tak dapat nak jaga anak saya.  Kata ibu, kalau duduk dengan ibu, bolehla ibu tolong tengok-tengokkan.  Hendak duduk di rumah sendiri, suami, ibu & adik beradik tak benarkan sebab duduk dengan anak kecil, dengan ketiadaan suami, mereka-mereka ni semua risau andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini dan mereka tidak dapat membantu dengan SEGERA memandangkan masing-masing duduk berjauhan.  Jadi, dipendekkan cerita, duduk la dengan ibu di kampung.  Sambil-sambil tu dapat jaga mak ayah dkt kampung juga kannnnnnn.....betul tak?

Ha....dh melalut jauh dah ni.  Ok....Darish mula pandai berjalan masa usianya 10 bulan.  Saya hantar Darish ke rumah pengasuh. Jadi setiap petang lepas balik dari kerja, saya akan ambil Darish dan teman dia bermain di halaman rumah dalam setengah jam atau satu jam macam tu.  Saya pernah cuba bawa Darish masuk rumah terus selepas balik dari rumah pengasuh...tapi memang Darish tak nak.

So, aktiviti Darish setiap petang ialah belajar jalan di halaman rumah, teroka semua sudut-sudut yang ada di halaman rumah, cium bunga nenek yang ada, pegang batu, baling batu, main 'ball' dan macam-macam lagi.  Memangla kotor bila kita biarkan anak main dekat luar rumah, tapi saya perhati perkembangan dia tak sama macam anak yang hanya bermain di dalam rumah sahaja.  Ada yang sebaya dengan Darish tu saya tengok dah pandai berjalan dah...tapi sebab tak biasa bermain diluar rumah, dia tak pandai berjalan di atas tanah yang tidak rata....(tak ada niat nak membeza-bezakan antara mana-mana anak-anak di dunia ni.....sebab perkembangan masing-masing berbeza-beza...mohon jangan ada yang terasa.)

Alhamdulillah syukur sekarang Darish dan berusia 2 tahun 7 bulan.  Dah boleh diminta bantuan sekiranya perlu.  Tapi selalunya tak payah minta tolong....dia yang akan kacau ummi dia.

Antara aktiviti yang Darish paling suka bila saya atau nenek dia di dapur, dia akan main air di sinki.  Mula-mula kononnya basuh pinggan mangkuk, lama-lama dia yang akan masuk dalam sinki tu.  Habis lantai basah + licin.  Pernah sekali nenek hampir tergelincir.  Penangan cucu ni la.  Tu belum lagi bab main senduk, sudu, pinggang mangkuk, main tuang-tuang air dalam cawan dan sebagainya.  Kadang-kadang naik angin juga, tapi fikir positif...itu adalah proses belajar untuk Darish.


Nak tau apa yang Darish paling suka....bila hujan turun.  Mula-mula dia akan tadah air hujan dengan tapak tangan, lepas tu lama-lama dia main hujan. hurmmmmm....anak sapa la ni.  Tapi alhamdulillah walaupun macam tu aktiviti Darish jarang demam + selesema + batuk-batuk.  Untuk makluman, Darish fully breastfeed sampai usia dia 2 tahun 5 bulan.  Saya terpaksa ceraikan susu sebab masa ni kandungan saya dah mencecah usia 7 bulan lebih.  Boleh kalau saya nak teruskan tapi saya rasa biarlah...setakat tu je rezeki Darish.

Bila dah mula menyusu botol pula, paling tak boleh tahan Darish punya perangai....kalau nak susu je dia akan jerit... "ayid, nak cucu" (Walid...nak susu).  Kebiasaannya waktu malam la sebab siang walid kerja.  So...waima jam menunjukkan pukul 2.00 pagi or 4.00 pagi...tetap ayid yang kena buat susu.  Bila dah habis menyusu pula....biasa Darish akan pilih siapa yang dia nak untuk mengambil botol susu dia tu.  Kalau dia kata ayid...maka walid la yang kena ambil botol susu dia...kalau mi...ummi la...kalau ninek....maka nenek la kena usaha ambil botol susu yang kosong tu.  Pernah uncle (adik saya yang ke-5) ternampak gelagat Darish ni....gelak terkekek-kekek uncle dibuatnya.  Uncle sambut pun dia tak nak.  Bila paman pula yang ternampak...paman bising. Paman kata, letak situ, jangan nak mengada-ngada.  Paman suka buat lawak muka garang.  Nanti Darish akan diam 1000 bahasa, mata pandang botol....kahkahkahkah....

Lagi satu nak share, dulu Darish lambat belajar cakap.  Dah 2 tahun 2 bulan baru pandai cakap.  Sebelum-sebelum ni kalau nak apa-apa biasanya Darish akan heret kita ke tempat yang dia nak tu...contoh nak susu...Darish akan heret saya ke tempat nak buat susu.  Hihihi...lawak betul kalau diingat-ingat balik.  Tapi sejak pandai bercakap....ha.....meh saya kongsi beberapa panggilan Darish untuk pakcik-pakciknya.....

Ayah & ibu saya - embah & ninek
Abg saya & wife - yong & olong (pak long & mak long)
Saya & suami    - mi & ayid
Adik no.3 & wife - didi & amy (daddy & mummy)
Adik no.4            - paman (bahasa jawa untuk pakcik)
Adik no.5            - akel (uncle)
Adik no.6            - acu (pak su)

Maka kekal la panggilan ni sampai sekarang.  Semua anak buah yang lain pun turut serta la dengan panggilan-panggilan nama ni.

Seronok rasanya tengok gelagat & keletah anak yang sedang membesar.  Tak dinafikan kadang-kadang timbul rasa marah, geram, sakit hati, macam-macam lagi...tapi rugi kalau kita sebagai ibu bapa tak enjoy dengan perkembangan anak waktu kecil ni.  Nanti bila dia dah besar, kita akan rindu bau dia, keletah dia, gelagat dia....macam-macam lagi.

Ok la...kita sambung entry di lain masa ye.


Jika anda mencari-cari makanan tambahan yang SELAMAT, SEMULAJADI & TERBUKTI BERKESAN untuk anak-anak boleh cuba set vitamin untuk anak cergas dan pintar ini.  Saya sedia membantu anda.  Kita berusaha, Allah yang menentukan.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Promosi super Oktober!!!

Beli 3 Percuma 1 Mealshake


'Supplement for everyone...for those who VALUE their health.'
 


HUBUNGI:

~ Anira Abdul ~
aniraabdul@gmail.com
017.2237241

3 comments:

  1. Memang terbaik la Darish. Apapun, otak mereka sedang berkembang dan suka meneroka.
    Berkenaan shaklee, Alhamdulillah...satu keluarga wan memang pengamal shaklee.
    Wan sangat setuju dengan keberkesanan supplement ni.
    Banyak perubahan especially pada anak wan sendiri. Even doktor panel wan sendiri pernah suggest beberapa produk.

    ReplyDelete