Bersalin
tak lagi tapi dah fikir menu apa yang saya nak susun sepanjang 100 hari
berpantang ni. Almaklumlah, kena nak
kena turunkan berat badan sama. Berat badan
yang dah dikumpul sepanjang mengandung 40 minggu ni....dekat 22kg naik. Dalam tempoh 100 hari tu entah boleh hilang
ke tidak 22kg tu ye. Kalau dulu masa
anak sulung, berat badan naik 23kg untuk tempoh 42 minggu. Tapi lepas 100 hari berpantang, berat turun
28kg. Alhamdulillah...syukur.
Tapi
masa tu sebab berpantang dengan mak. Mak
memang jaga betul bab-bab makan waktu berpantang ni. Nak tak nak
ikut je la...tapi best jer! Nak tau
apa menu pantang saya masa anak sulung dulu? Hihihihi...meh saya share sikit
ye...mana tahu boleh dijadikan panduan untuk semua.
1) Ikan haruan bakar + halia + kunyit
hidup + bawang putih + lada hitam
2) Ikan haruan stim + halia + bawang
putih + lada hitam
3) Ikan haruan masak singgang + bawang
putih + halia
4) Tempe masak air + halia + bawang
putih
5) Ulam-ulaman terutamanya daun betik,
daun pegaga + kobis celur
6) Bilis sangai + lada hitam + halia
Ha...sebelum terlupa. Saya tak tahu la boleh ke tak boleh. Tapi masa dalam pantang anak 1st dulu, setiap hari saya makan anggur hitam dengan buah prune segar. Saya ada terbaca tapi dah lupa dekat mana, katanya kalau dalam pantang makan dua jenis buah ni, anak takkan kena demam kuning. Saya makan dari lepas bersalin sampi minggu kedua pantang. Alhamdulillah anak saya tak kena kuning. Tapi kalau tak betul...harap betulkan saya ye.
~ Anggur Hitam ~ |
~ Buah Prune ~ |
Kebanyakkan
menu yang mak saya masak ni, kuantiti halia memang banyak. Sebabnya nak panaskan badan lepas
bersalin. Betul ke tidak saya pun tidak
pasti. Tapi apa pun, saya suka dengan
menu-menu berpantang yang mak saya sediakan.
Sebab saya memang makan semua-semua ni walaupun tak berpantang. Cuma ikan haruan tu je la...pantang baru
makan. Nak makan daun betik tu memang
tak ada masalah langsung, sebab favourite saya.
Orang
kata makanan semasa dalam pantang ni kena jaga betul-betul sebab nak bagi
sembuh semua luka-luka masa bersalin. Selalunya
ibu yang baru lepas bersalin lebih selesa untuk berpantang dirumah ibu sendiri
berbanding rumah mertua. Sebab ibu
biasanya akan layan apa je yang kita nak.
Sama
macam saya, saya berpantang dengan ibu saya.
Salah satu sebab...saya dah tak ada mak mertua. Lagipun, rumah mertua saya dekat sangat2
dengan rumah mak saya.
Ni
tengah boring-boring dok fikir apa la menu yang best + x bosan waktu pantang
nanti ye. So...cari2 dekat en.google,
nampak beberapa menu yang boleh dijadikan panduan. Tengok pun dah kecur air liur.
Ok
la...jom kita sama-sama jamu mata tgk menu-menu ni ye...
Kredit: Sirap Limau
ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com
017.2237241
Assalam..
ReplyDeletemenu dalam pantang memang sedap walaupun simple...saya suke menu berpantang...