Berat badan seseorang akan bertambah apabila individu itu mengambil makanan
dalam kuantiti yang banyak dan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan
untuk dijadikan tenaga. Kalori yang
berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Masalah kegemukan atau Obesiti
tidak berlaku dalam tempoh yang singkat sebaliknya memakan masa berbulan dan
bertahun. Bagaimana mengetahui samada berat badan kita berlebihan atau ideal? Jawapannya adalah dengan mengira Indeks Jisim
Tubuh (BMI) individu tersebut. Cara
pengiraannya adalah seperti berikut:
PUNCA MASALAH BERAT BADAN
BERLEBIHAN/OBESITI
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut:
- Sejarah keluarga
- Masalah perubatan
- Faktor psikologi termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan
- Pengaruh budaya sosial dan persekitaran (Tabiat makan)
- Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif
APAKAH KOMPLIKASI DARIPADA MASALAH BERAT
BADAN BERLEBIHAN/OBESITI?
- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi
- Penyakit kencing manis/Diabetes
- Kesan psikologi seperti kemurungan dan kurang yakin diri
- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur
- Komplikasi sendi dan tulang seperti Osteoarthritis dan sakit tulang pinggul
- Amalkan gaya hidup yang sihat
- Menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan kerap
- Makan secara sederhana
- Praktikkan cara hidup sihat dengan memakan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak
- Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini
APAKAH ADA RAWATAN BAGI MASALAH INI?
Jawapannya YA.
Rawatan perlu dimulakan dari awal.
Antaranya ialah dengan cara:
1) Pemakanan
- 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
- Bijirin pernuh dengan pengambilan serat/fiber sebanyak 20 gram atau lebih sehari
- Kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan
- Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
- Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan mee
- Kurangkan meminum minuman bergas dan manis
- Kawal pengambilan makanan pada musim-musim seperti perayaan dan ketika makan di luar
- Baca label makanan untuk mengetahui kandungan kalorinya.
2) Aktiviti fizikal
- Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, parking sedikit jauh dan bersenam sambil menonton televisyen
- Digalakkan membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit atau lebih setiap hari dan ditingkatkan sedikit-sedikit secara beransur-ansur tetapi konsisten.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan
jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan
berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
3) Ubah tabiat anda
- Kenalpasti punca yang menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya
- Letakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal
- Timbang berat badan anda hanya seminggu sekali sahaja!
- Kawal jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil supaya proses penurunan berat badan dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan
- Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan
4) Pembedahan
- Rawatan melalui pembedahan boleh dipertimbangkan sekiranya BMI melebihi 40 atau terdapatnya risiko komplikasi yang teruk seperti kematian dan lain-lain
- Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti Diabetes dan Darah Tinggi
5) Ubat-ubatan
- Ubat-ubatan selalunya didapati kurang berkesan untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, nasihat daripada doktor adalah diperlukan.
MENGAWAL BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE
Ramai yang telah
berjaya menurunkan dan mengawal berat badan dengan selamat menggunakan Set Kawal Berat Badan
Shaklee.
Kesan penurunan dapat dilihat dengan cepat sekiranya set ini diambil
secara konsisten, anda mengawal jumlah pengambilan makanan harian dan melakukan
aktiviti fizikal secara berterusan. Set ini
menggunakan konsep BAKAR, BUANG dan BINA yang memang terbukti berkesan dan
selamat.
Herb-Lax dan Alfalfa digunakan sebagai agen detok
bagi membantu mencuci usus dalam badan bagi memudahkan proses penyerapan
nutrien lebih optimum. Alfalfa juga
bertindak sebagai agen pembawa dan membuang lemak-lemak dan lebihan air dalam
badan kita.
Kedua-dua suplemen ini
berfungsi untuk merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
dan semulajadi kepada najis dan tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh kita.
Detoks? Apa tu detoks?
Detoks adalah proses
pembersihan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di
dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar. Detoks dapat memastikan suplemen yang diambil
dapat diserap dengan lebih sempurna dan berkesan.
Lecithin & Omega Guard pula digunakan sebagai agen untuk memecah lemak (Fat Emusifier). Apabila lecithin
bertemu dengan lemak-lemak degil, ia akan memecahkan
dan bergabung dengan lemak-lemak tersebut seterusnya membawa ia
keluar. Tahukah anda bahawa Lecithin
mampu membakar lemak elbih cepat jika disertakan dengan senaman yang
bersesuaian secara berterusan. Perbezaannya
hanyalah pada harga dan tahap keberkesanannya.
Walaubagaimanapun, kedua-dua agen pemecah lemak ini bergantung kepada
kesesuaian badan masing-masing.
Alfalfa pula bertindak sebagai
agen pembawa dan membuang lemak-lemak
dan lebihan air dalam badan kita. Selain
itu, Alfalfa juga bertindak untuk membuang toksik dalam badan kita. Kesannya, badan akan menjadi lebih ringan.
Set ini boleh ditambah
dengan minuman berperisa iaitu Cinch
Shake yang datang dalam 3 perisa iaitu Latte, Chocolate dan
Vanilla. Cinch Shake mengandungi
Leucine yang dirumus khas untuk
membantu memecahkan kitaran diet yo-yo. Setiap
hidangan Cinch Shake, anda akan memperolehi:
·
24 gram protein
·
24 jenis vitamin dan mineral penting;
dan
·
6 gram serat larut
Protein amat
diperlukan bagi membina otot. Otot yang
sihat mampu menaikkan kadar metabolisma badan dan seterusnya proses pembakaran
kalori dapat berjalan dengan baik. Oleh itu,
bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, sila pastikan protein
yang terkandung dalam setiap makanan yang anda ambil adalah mencukupi bagi
membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot,
menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
Pengambilan Cinch
Shake penting dalam proses mengawal berat badan kerana apabila lemak diuraikan,
otot diperlukan untuk menggantikan ruangan kosong tersebut bagi mengelakkan
kulit menggeleber, tidak bermaya, lembik dan kusam.
Hubungi saya Shaklee Independent Distributor anda sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pembelian Set Kawal Berat Badan Shaklee anda.
Anira Abdul
aniraabdul@gmail.com
017.2237241
No comments:
Post a Comment