Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

September 26, 2014

~ MINDSET ~

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhirnya, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

"Anakku, 2 pesanan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu."

"Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun."

"Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung."

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu pun bertanya kepada anak sulungnya.."Wahai anak sulungku, kenapa kedudukan perniagaanmu sedemikian rupa?"

Si sulung menjawab: "Saya mengikuti pesan ayah bu...saya dilarang menagih hutang daripada sesiapa pun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama kelamaan habislah modal saya...

Pesan kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi."

Kemudian si ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaanya cukup berbeza jauh.

Si bongu sukses menjalankan perniagaannya.

Si ibu pun bertanyakan kepada si bongsu, "Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya?"

Si bongsu menjawab: "Ini kerana saya mengikuti pesan ayah bu...

Pesan pertama, saya dilarang menagih hutang kepada sesiapapun.  Oleh kerana itu, saya tidak pernah memberikan hutang kepada sesiapapun sehingga modal saya tetap kukuh.

Pesan kedua ayah, saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung.  Maka dengan motorsikal yang saya ada, saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam...sehinggakan para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat."

Perhatikan!  

Si sulong dan si bongsu menerima pesanan yang SAMA, namun masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET yang berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.

MAKA, hati-hatilah dengan MINDSET kita....

MINDSET positif memberi hasil yang menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil yang menghancurkan.

The choice is yours!


~ Anira Abdul ~

No comments:

Post a Comment