Jika elmu ini memberi manfaat buat kalian, marilah sama-sama kita
panjangkan melalui perkongsian di wall facebook, page atau blog kalian semua.
Rasulallah s.a.w bersabda: “ tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang
muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda.” Lalu Rasulallah s.a.w bersabda lagi: “Sebenarnya
orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat
datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci
maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan
harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari Kiamat, orang yang dizalimi
akan menerima pahala amal si penzalim.
Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahnnya dan
dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka
Allah s.w.t akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga
semakin berat bebannya, lalu Allah s.w.t campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim).
Demikian bahayanya M.U.L.U.T.
Sama-samalah kita saling ingat mengingati.
Moga kita tak muflis masa kiamat nanti... Amin...
ReplyDeleteMudah2n terkabul doa kita ye abg Zumal. In shaa allah.
DeleteSama sama kita ambil iktibar ... dan tidak menjadi golongan yang miskin kelak. Saya sebenarnya pernah menulis mengenai perkara yang sama satu masa dahulu.
ReplyDelete