Kalau ditanya pada semua orang, rasanya semua nak jadi antara yang terbaik dari yang terbaik. Kalau ditanya lagi...siapa antara kita yang nak termasuk dalam 11 golongan manusia yang sentiasa didoakan oleh Malaikat? Rasa-rasanya ada tak yang nak? Kalau nak angkat tangan tinggi-tinggi ye. :)
Siapa yang tak nak termasuk dalam golongan tu kan? Rugi besar rasanya kalau tak masuk dalam golongan tu kalau kita boleh masuk dalam senarai tu dengan syarat yang mudah. Apa syarat-syaratnya? Nak tahu????
Berikut adalah antara golongan manusia yang mendapat doa dari malaikat.
1) Orang yang tidur dalam keadaan suci. Rasulallah s.a.w bersabda; "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: 'Ya Allah, ampunilah hamba-mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'." Mula dari hari ni, jom kita sama-sama amalkan.
2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulallah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, keculi kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia'."
3) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulallah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang berada pada saf depan."
4) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulallah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jika seorang imam membaca ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai, ucapkanlah oleh kamu 'aaamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
5) Kalangan malaikat mengucapkan 'aaamiin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulallah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai) ucapkanlah oleh kamu aaamiin kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Sabda Rasulallah s.a.w maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar berjemaah. "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Mu?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat. Ampunilah mereka pada hari Kiamat.'"
8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulallah s.a.w bersabda: "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aaamiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
9) Orang yang membelanjakan harta (infak). "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah gati bagi orang yang berinfak....'
10) Orang yang sedang makan sahur. "Sesunguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.
Wallahualam....rasanya kalau kita hendak tergolong dalam golongan ini, tidaklah membebankan. Jom sama-sama kita amalkan dan istiqomah. In shaa Allah, Yakinlah dengan rezeki Allah.
alhamdulillah. terima kasih atas peringatan dan perkongsian :)
ReplyDelete