Berfikiran positif akan membuatkan tubuh menjadi lebih sihat. Kita melihat sesuatu dari sudut pandang yang lebih baik. Contohnya fenomena lewat menimang cahayamata, bab jodoh dan sebagainya.
Berikut adalah 5 kelebihan untuk individu yang berfikiran positif:
1) MELIHAT MASALAH SEBAGAI CABARAN
Cuba kita bandingkan masalah kita dengan orang lain. Terutamanya bagi individu yang melihat masalah sebagai satu cabaran hidup yang terlalu berat sehinggakan hidupnya terasa paling sengsara di dunia ini. Individu seperti ini biasanya akan merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dimilikinya.
Individu seperti ini beranggapan hidup adalah cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika berhadapan dengan masalah yang paling mencabar, dia akan berkata: 'Ini memang sukar tapi kita pasti boleh melakukannya!'. Dia menjadikan sesuatu yang negatif itu sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik.
2) MENIKMATI HIDUP
Sentiasa berfikiran positif akan membuatkan seseorang itu menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Dia akan menjadikan apa yang ada pada dirinya sebagai motivasi luar biasa untuk sentiasa maju ke hadapan walau apa cabarannya.
Dia boleh saja merasa putus asa, namun pilihannya adalah untuk mensyukuri apa yang ada dan yakin dengan keputusannya. Dia tidak akan mudah terpengaruh dengan persekitarannya yang negatif tetapi teguh dengan pendiriannya.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk serta merasa kecil hati dengan mendengar cakap-cakap orang tentang keadaan kita. Kerana cakap-cakap itu tidak membantu keadaan kita sekalipun. Maka, nikmati sahaja hidup ini dengan sentiasa berusaha tanpa kenal putus asa kerana Allah tempat kita meminta.
3) BERFIKIRAN TERBUKA
Kita perlu belajar untuk lebih banyak mendengar dengan sedikit berbicara. Kita juga perlu bersedia untuk dikritik! Sandarkan harapan kita pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
4) SEGERA HAPUSKAN FIKIRAN NEGATIF
Jangan terlalu berminat untuk berfikiran negatif. Fikiran negatif tidak membawa kita kemana-mana sebaliknya hanya akan menambahkan lagi kekecewaan kita. Seharusnya; SEGERA hapuskan fikiran negatif dalam diri kita.
5) SYUKUR DENGAN APA YANG KITA MILIKI
'Apa yang ada di tangan lebih beerti daripada apa yang ada di pandangan.' Syukur dengan apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba yang bersyukur. Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini. Berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan adalah sangat disarankan untuk hamba yang lemah seperti kita.
Perkongsian ini tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar perkongsian dari hati dan peringatan untuk diri sendiri. Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik datang dari saya sebagai hambanya.
No comments:
Post a Comment