Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

May 19, 2015

YES!!!! Miqhael turn to 6 month old.

YES!!! Miqhael dah 6 bulan.  Miqhael dah boleh makan.  Anak yang boleh makan, ummi yang syok lebih-lebih.  Dulu masa belum ada anak, bila tengok ibu-ibu sibuk sediakan menu yang pelbagai untuk anak-anak mereka, rasa teruja.  Tetapi terkadang hati kecil terdetik, kenapa perlu bersusah payah sedemikian rupa untuk menyediakan menu untuk si kecil?  Sedangkan si kecil masih belum mengerti tentang apa yang disuakan pada mulutnya.  Tapi kini, aku faham kenapa.

Saya berbesar hati andai ada ibu-ibu diluar sana yang hendak memberi saya tunjuk ajar dan berkongsi resepi anak masing-masing.  Saya masih lagi belajar.  Berikut adalah antara menu yang saya beri untuk Miqhael.  Saya akan beri 1 menu untuk 3 hari berturut-turut...tujuannya untuk pastikan samada menu tersebut sesuai atau tidak dengan anak kita.

Hari 1 - 3    : Bubur nasi + stok ayam + serbuk ikan bilis (homemade)
Hari 4 - 6    : Bubur nasi + stok ayam + tahu
Hari 7 - 9    : Puree lobak 
Hari 10 - 12 : Puree labu
Hari 13 - 15 : Bubur nasi + stok sayur + ikan salmon

Setakat ni menu untuk sebulan.  Tapi, semua menu ni saya blend halus sebab Miqhael baru berumur 6 bulan setengah. Dan serbuk bilis tu pula saya buat sendiri untuk penambah perisa sebab saya tidak tambah garam dalam penyediaan makanan untuk si kecil.  Selain itu, saya turut menambahkan stok EBM saya dalam penyediaan makanan untuk Miqhael.

~ Miqhael dengan puree lobaknya ~

Tak sabar nak bagi Miqhael menu lain pula. Dah terbayang-bayang menu yang akan datang macam puree buah-buahan, macaroni cheese, homemade cookies dan macam-macam lagi. Anak yang nak makan, ummi yang excited.

Selamat mencuba!!!  Jom kita variasikan menu sihat anak kita.


'Hidup untuk memberi manfaat dan tambah nilai pada orang lain'



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com 
 

No comments:

Post a Comment