Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

June 5, 2015

SAKIT LUTUT






SAKIT LUTUT?  Kita biasa dengar masalah sakit lutut ni terutamanya ibu, ayah, nenek dan datuk kita.  Kebiasaannya mereka ini akan mengadu sakit bila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut seperti BERJALAN, DUDUK & BERLARI.


Bila usia meningkat, peratusan risiko untuk menghadapi masalah sakit lutut ini adalah tinggi.  Hal ini berlaku kerana tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus atau semakin nipis.  Akibatnya; ianya boleh menyebabkan sendi menjadi bengkak dan kebas.


Tetapi, sakit lutut ni tidak semestinya berlaku pada golongan berusia sahaja, generasi muda pun boleh mengalami masalah sakit lutut ni terutamanya yang aktif bersukan dan masalah berat badan (obesiti).


Serangan sakit lutut ini biasanya berbeza-beza mengikut beberapa faktor seperti jenis aktiviti harian, usia, faktor pemakanan dan gaya hidup.


Mitos “Wanita lebih besar potensi sakit lutut berbanding lelaki”.  Dimanakah kebenarannya? Hal ini berlaku kerana tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki.  Tulang punggung yang lebar menyebabkan tekanan yang lebih pada otot peha bahagian dalam.  Tekanan ini memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.




SIAPA YANG BERISIKO TINGGI?


Berikut adalah 6 golongan yang berisiko tinggi mengidap SAKIT SENDI.


1) Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan  penggunaan lutut yang banyak seperti ragbi dan lain-lain lagi. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak contohnya ragbi dan lain-lain.


2) Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan (obesiti).


3) Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak dari kecil.


4) Individu yang sudah berusia.


5) Individu yang sering mengangkat objek yang sangat berat.


6) Suri rumah yang selalu mencangkung dan membongkok apabila membuat kerja yang memberi tekanan berlebihan pada bahagian lutut.




BAGAIMANA KAEDAH ATAU CARA MERAWAT?


1) Berurut.

2) Kurangkan aktiviti yang melibatkan membongkok dan mencangkung.

3) Berjumpa dengan doktor.

4) Pengambilan makanan tambahan.



Kepakaran saya adalah membantu mereka yang mengalami masalah sakit sendi dan lutut yang mengakibatkan keadaan yang sangat sakit untuk bergerak, duduk atau melakukan apa sahaja aktiviti dengan bajet yang mampu milik  dan produk yang berkualiti tinggi.


Pelbagai jenis produk di pasaran telah dicuba...duit juga sudah habis beribu-ribu tetapi masalah sakit sendi masih tidak memberi kesan.


Izinkan saya untuk bantu anda dan keluarga anda yang mengalami masalah sakit sendi ini.  Jangan dibiarkan ianya sehingga melarat.  Kita berusaha, Allah maha penyembuh.





Hubungi saya:
Anira Abdul
017.2237241




No comments:

Post a Comment