Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 4, 2016

SET PATAH TULANG

"Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan Ramadhan tahun ni. Ketika tu saya menunggang motorsikal.  Badan saya tercampak di atas jalan raya setelah saya cuba untuk mengelak daripada sebuah motorsikal yang 'makan' jalan laluan saya.  Akibatnya saya mengalami patah tulang bahu dan juga patah 3 tulang rusuk saya.

Menurut doktor, tulang bahu yang telah patah perlu menjalani pembedahan untuk meletakkan sejenis besi untuk menyambung kedua-dua bahagian yang telah terpisah.  Dan ini akan mengambil masa untuk pulih.

2 minggu pertama MC di rumah, saya mula rasa bosan kerana aktiviti yang boleh saya lakukan adalah terbatas.  Saya hanya mampu terbaring dan menonton tv sahaja. Oh...alangkah boringnya.  Ni baru 2 minggu, macam mana saya nak tempuh MC selama 3 bulan pula?

Akhirnya saya bertanyakan kepada doktor, apa kaedah lain yang boleh saya lakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan saya. Doktor mencadangkan saya untuk mengambil suplimen tambahan untuk tulang saya. Doktor ada menyatakan bahawa terdapat banyak suplimen di pasaran, jadi saya kena pilih yang betul-betul terbaik dan bersesuaian dengan masalah dan kemampuan saya."

Inilah yang berlaku kepada adik ipar saya pada Ramadhan yang lalu.  Selepas 3 hari beliau terlibat dalam kemalangan tersebut baru saya berkesempatan untuk melawat beliau.  Syukur alhamdulillah, tiada apa-apa luka yang teruk.  Hanya kesan lebam akibat hentakan dan sedikit luka-luka lecetan kerana geseran dengan jalan raya.

Keesokkannya, saya minta suami saya untuk menghantar Zinc Complex dan Sustained Release Vitamin C kepada adik ipar saya.  Saya maklumkan pada suami, kedua-dua suplimen ini insyaallah dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka beliau terutamanya dibahagian dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

10 hari selepas kejadian, adik ipar dijadualkan untuk menjalani pembedahan untuk penyambungan di bahagian bahu kanannya.  Doktor maklumkan sejenis besi akan dipasang untuk proses penyambungan tersebut.  Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar.  Selepas 3 hari, adik ipar dah dibenarkan pulang ke rumah.

Maka, bermulalah rutin bosan beliau.  Bangun pagi...mandi yang mana boleh, sarapan, makan ubat tahan sakit, baring, tengok tv, makan, baring, tengok tv, makan, baring, tengok tv.....hmmmmm memang boring! Tak mencabar kot.

Bila dibawa ke klinik untuk buat x-ray, doktor kata ambil masa untuk sembuh. Ayat tu berulang banyak kali. Akhirnya adik bersuara, "Kak, tak ada ke suplimen Shaklee yang boleh sembuhkan patah ni?  Boring la asyik terbaring je."

Dengan laju si kakak ipar menjawab..."ada je. Nak ke?" "Nak. Tapi kalau boleh yang mampu untuk poket saya bayar la kak" jawab si adik ipar. 

So, saya cadangkan kepada si adik untuk mengambil beberapa suplimen memandangkan kecederaan di bahagian bahu dan tulang rusuk yang agak teruk.  Antaranya adalah:

ESP  : Suplimen protein.
Ostematrix   : Suplimen Kalsium lengkap dengan Vitamin D, Magnesium,   Boron, Mangan, Kuprm, Zink, Fosforus & Silikon untuk bina dan kuatkan tulang.
Omega Guard  : Suplimen minyak ikan tulen yang mengandungi asid lemak Omega-3 yang bagus untuk meredakan radang.
Zinc Complex  : Suplimen Zink untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan pembinaan tulang.
Sustained Release Vita-C  : Suplimen Vitamin C untuk menyembuhkan luka, & membina kolagen tulang.

Kalau ikutkan saya nak tambah AJHT tapi stok tiada pada ketika itu.  Jadi saya beri tambahan krim sapu iaitu Herbal Blend untuk adik saya sapu pada luka-luka kecil di badannya.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah s.w.t, dengan pengambilan suplimen ini secara konsisten selama sebulan tanpa culas telah menampakkan perubahan yang ketara kepada adik saya.    Tetapi ini adalah cadangan, kerana kita boleh pilih dan ambil mengikut keperluan masing-masing.

Kali terakhir saya bawa dia untuk x-ray, doktor yang memeriksa x-ray itu seolah-olah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku sehingga akhirnya doktor tersebut memanggil seorang doktor yang lebih senior untuk mengesahkannya.

Alhamdulillah, semuanya dengan kuasa Allah yang maha menyembuh.  Kita sebagai umatnya perlu berusaha sebaik-baiknya.  Selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t.  Yang penting....YAKIN.


ANIRA ABDUL
Shaklee Independent Distributor
017.2237241


No comments:

Post a Comment