Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

January 8, 2015

3 CARA TURUN BERAT BADAN DENGAN MUDAH





Air kosong sememangnya sangat penting untuk tubuh badan kita. Kebanyakan sistem dalam badan memerlukan air yang cukup untuk memastikan ianya dapat beroperasi dengan lebih efisien. Dan sememangnya air kosong sangat membantu dalam proses untuk menurunkan berat badan. Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Jangan ulangi kesilapan ini. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa terhidrasi dalam masa yang sama membantu proses penurunan berat badan?

1) Tukar air manis kepada air kosong


Tahukah anda yang air manis juga mempunyai kalori. Kurangkan pengambilan kalori untuk penurunan berat badan yang lebih cepat dan pengurangan pengambilan gula juga akan membantu mengelakkan penghasilan lemak. Jika anda rasakan yang rasa air tersebut membosankan, letak sehiris lemon. Pectins di dalam lemon membantu mengurangkan selera makan. Selain lemon, terdapat pelbagai kaedah untuk mempelbagaikan air kosong anda.  antaranya adalah seperti dengan menambahkan Chia Seeds, Timun, Halia dan banyak lagi.  Kurangkan air manis selama beberapa minggu dan rasakan perbezaanya. 

2) Minum air kosong yang sejuk 
Minum air sejuk dapat meningkatkan metabolisma badan kerana badan bekerja lebih kuat untuk menaikkan suhu air tersebut; seterusnya membakar lebih kalori dan membantu berat badan turun dengan lebih cepat. Air sejuk juga lebih menyegarkan berbanding air pada suhu biasa.

3) Pastikan air yang mencukupi


Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari untuk memastikan sistem tubuh badan anda berfungsi dengan lebih efisien dan proses penurunan berat badan anda akan lebih mudah dan menarik. 

Tahukah anda berapa kuantiti air kosong yang diperlukan oleh tubuh anda setiap hari?

1 Liter = 25 kg

Contoh:

Berat badan 65 kg. Oleh itu kuantiti air kosong yang diperlukan adalah sebanyak 2.6L ataupun bersamaan dengan 3L air kosong untuk sehari.

Jadual dibawah boleh dijadikan rujukan untuk pengambilan air kosong setiap hari.  Semoga bermanfaat!





With Love;

Anira Abdul
aniraabdul@gmail.com

No comments:

Post a Comment