Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

January 7, 2015

KENAPA KITA PERLUKAN CINTA?

 
"CINTA akan membuat anda terus hidup"


Sudah banyak penyelidikan saintifik dijalankan mengesahkan bahawa kuasa cinta dan kasih sayang dapat membantu untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira.  Mengapa?

Kerana, mengikut pakar-pakar, cinta boleh:

a) Mencegah penyakit.  Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.

b) Mengurangkan kesakitan.  Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.

c) Menurunkan tekanan darah.  Pelukan didapati boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.

d) Menghilangkan kemurungan.  Hubungan jangka panjang membuatkan kurangnya risiko kemurungan, cemas atau membunuh diri.

e) Memberi rasa seronok semulajadi.  Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan bahawa rasa seronok yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain.  Tetapi ianya adalah murah, tidak berbahaya dan memang sah di sisi undang-undang.





~ With Love ~

Anira Abdul 



No comments:

Post a Comment