Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

January 9, 2015

10 CARA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT



Apa azam baru anda untuk tahun 2015 ni?  Mesti ramai letak azam baru masing-masing untuk tahun ini antaranya ialah misi menguruskan badan.  Sapa setuju angkat tangan!!!!

Baiklah, saya nak kongsikan 10 kaedah murah dan mudah untuk menguruskan badan.  Jom kita sama-sama praktikkan hingga berjaya mencapai berat badan ideal masing-masing ye.  In Shaa Allah.
 
1)       SET MINDA UNTUK KURUS


Selepas anda membuat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Jangan angan-angan Mat Jenin.  Kalau kata nak kurus, hari ni juga buat.  Tak ada istilah esok-esok, lusa atau tulat.  Letak matlamat yang jelas untuk kekal sihat.

2)       PELAJARI ILMU TENTANG KALORI


Tahukah anda kalori banyak terbakar semasa anda tidur?  Sebenarnya cukup mudah kalau betul-betul nak kurus.  Ambil kalori yang diperlukan sahaja setiap hari.  Sekiranya anda hanya memerlukan 1350kcal sehari, jangan ambil lebih daripada itu.  Jangan ambil kurang daripada jumlah itu juga kerana ini akan menyebabkan anda menjadi lapar dan tidak bertenaga.

3)       MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

 
Ya! Makan dalam kuantiti yang kecil.  Maksudnya, makan sikit tetapi banyak kali.  Bukannya macam yang biasa kita amalkan, makan sekali tetapi bertimbun macam bukit!  Simpan biskut dalam bag jika perlu.  Pastikan bawa biskut yang tinggi fiber.  Elakkan makan roti canai, tosei dan yang seangkatan dengannya pada waktu malam.  Memang sedap...tapi kalau nak kurus, LUPAKAN SEKETIKA NIKMAT INI!

4)       ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM
Pernah tak tengok keluarga Cina makan malam?  Kalau kita perhatikan betul-betul, keluarga Cina akan berkumpul di tempat makan seawal jam 6.30 petang.  Ini kerana inilah waktu makan yang cukup ideal untuk makan iaitu sebelum atau selapas Maghrib.  Ini adalah kerana badan memerlukan sekitar 4 jam untuk menghadamkan makanan.  Cuba anda bayangkan andainya anda makan pada jam 10 malam, maka anda perlu berjaga sehingga jam 2 pagi...jika tidak, ceritera lemak berkumpul lah jawabnya.  Dah tu, penyakit-penyakit kegemaran akan datang berduyun-duyun pula ye!
  
5)       ELAKKAN MAKANAN & MINUMAN BERGULA


Biasa dengar ‘Diabetes’ kan? Penyakit ni bukan untuk orang tua-tua je ye, dia tak kira umur.  Jadi, jauhkanlah makanan dan minuman yang banyak gula. Jauhkan minuman yang bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan yang seangkatan dengannya.  Gantikan dengan air kosong.  Air kosong tak sedap? Sapa kata? Klik Sini untuk mempelbagaikan rasa air kosong. SAY NO TO AIR MANIS! SAY NO TO TEH TARIK! SAY NO TO NESCAFE TARIK!

6)       TUKAR KEPADA MAKANAN RENDAH LEMAK


Cuba amalkan untuk semak kandungan makanan pada bungkusan yang kita beli di pasaraya seperti Giant, Tesco dan sebagainya.  Dari situ kita akan tahu berapa banyak kalori atau lemak dalam makanan tersebut.  Untuk kurus, kena makan makanan yang rendah lemak.  Boleh gantikan makanan harian kita dengan mengamalkan makan buah-buahan...tak kiralah buah-buahan tempatan atau luar negara.  Yang penting buah.

7)       BANYAKKAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN


Untung kita ni sebab Malaysia ada banyak buah-buahan yang sedap dan berkhasiat.  Buah-buahan ini sungguh mahal di negara asing tau!  Jadi, hargailah khazanah negara kita yang tidak ternilai ni ye.  Banyakkan makan buah-buahan seperti epal, blueberry, pisang, mangga dan banyak lagi untuk kesihatan kita.

8)       BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG


Biasa tak nampak orang Cina bawa botol air besar ke mana-mana saja mereka pergi?  Kadang tu botol yang dibawa tu botol mineral je pun, bukan botol yang cantik-cantik dan pelbagai macam di pasaran sekarang ni.  Untuk kurus, kita kena minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memudahkan proses pengeluaran toksin dan lelemak.  Jadi...mulai esok tetapkan azam dan nekad untuk bawa air masak ke mana saja ye!  Selain sedap, sihat + murah tu!

9)       BANYAKKAN BERJALAN


Kita selalu cakap kita sibuk, tak cukup masa nak beriadah la, senam la dan sebagainya la.  Kalau tak nak pergi gym pun tak pe sebenarnya, yang penting kena banyak bergerak.  Sebagai contoh kalau di pejabat, naik tangga...jangan naik lif.  Dah tu kalau buat kerja, jangan duduk je dekat kerusi tu, banyakkan aktiviti untuk elak daripada duduk sahaja.  Lebih bagus kalau dapat mengeluarkan peluh.  Sebaik-baiknya buat senaman selama 30-40 minit sehari untuk membantu membaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina.  TAPI...jangan buat secara drastik ye...buat sikit-sikit dulu secara berperingkat, nanti terkejut otot lain pula jadinya.  Bolehla amalkan aktiviti beriadah bersama keluarga selepas ni ye.  Selain dapat merapatkan ukhuwah, dapat sihat juga!  Ibu-ibu yang mana ada anak kecil tu boleh la bawa dengan menolak stroller.  Kalau tak ada baby, tolak stroller pun boleh...isi la stroller tu dengan barang-barang kita seperti botol air, tuala untuk lap peluh dan sebagainya. Amacam???

10)    BERI KOMITMEN PENUH PADA TUJUAN KURUS


Beri komitmen pada tujuan asal NAK KURUS.  Kalau MALAS, sampai bila-bila pun tak jadi apa!  Set minda anda bermula dari sekarang!  Jangan setakat set minda untuk kurus tapi malas.  Kita kena konsisten/istiqomah dalam apa saja yang kita lakukan.  Tak guna kalau kita exercise macam Mat Jenin.  Minggu ni ‘exercise’ + jaga makan, minggu depan cuti ‘exercise’ + makan apa yang kita nak + teringin.  Tak guna!  Bulatkan hati, cekalkan hati + belajar jadi ‘hati kering’.  Boleh?   

"Tepuk dada tanyalah nafsu anda"



With Love,

~ Anira Abdul ~  

Anda tercari-cari makanan tambahan untuk menurunkan berat badan?  Anda boleh KLIK SINI untuk membuat pembelian secara atas talian atau anda boleh hubungi saya di talian 017.2237241 atau melalui email: aniraabdul@gmail.com.  Konsultasi adalah PERCUMA!



No comments:

Post a Comment