Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

August 27, 2014

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

Sekarang ni kalau kita perhatikan, rata-rata setiap rumah memasang penapis air bagi memastikan kualiti air yang disalurkan ke dalam rumah adalah bersih dan terhindar dari bendasing-bendasing yang tidak diingini.

Tetapi, rata-rata juga tahu akan harga penapis air ni kannnnn.  Harga yang agak sukar untuk dimiliki oleh semua golongan.




APA ITU GET CLEAN WATER PITCHER?
  • Adalah penuras air yang mudah dibawa kemana sahaja
  • Berupaya menuras sehingga 80 gelen/303 Liter air
  • Mengurangkan paras klorin, plumbum, merkuri, kadmium dan bahan tercemar
  • Blok karbon isi semula yang semulajadi dan mesra alam
  • Penukaran filter 4 bulan sekali secara purata

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE

Khasiat teh terutamanya untuk kesihatan sudahpun diketahui ramai.  Malahan, beberapa kajian telahpun dijalankan diseluruh dunia untuk mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau contohnya dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan harian kita.  Jurnal Institut Kanser Negara pula pernah menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal yang menunjukkan; meminum teh hijau dapat membantu mengurangkan risiko barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60%.

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk menghasilkan minuman yang luar biasa hebatnya.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

KELEBIHAN DAN MANFAAT PENUH B COMPLEX SHAKLEE UNTUK ANDA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ramai yang tahu betapa pentingnya Vitamin B untuk semua golongan dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.

Shaklee juga ada Vitamin B yang dikenali sebagai B Complex Shaklee.


KEPENTINGAN B COMPLEX SHAKLEE
  • Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.
  • Penting untuk kesihatan mata, kuku, kulit dan rambut.
  • Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh kita.
  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah

August 22, 2014

MALAYSIA BERKABUNG - MH17



Hari ni 22 Ogos 2014....hari Malaysia Berkabung bagi menghormati seluruh mangsa ujian tragedi MH17.  Seramai 20 orang mangsa akan disemadikan hari ini ditempat pengkebumian masing-masing.

August 20, 2014

SUSU vs OSTEMATRIX SHAKLEE



Sebut je susu....pelbagai memek muka dapat kita lihat.  Ramai yang kurang berminat untuk minum susu.  Pelbagai alasan boleh kita dengar...antaranya leceh la nak bancuh bagai, rasanya tak sedap la, dan macam-macam alasan lagi.  Tapi ramai yang maklum tentang kepentingan kalsium yang ada didalam susu terutamanya untuk mengelakkan bongkong sebelum waktunya, rongak sebelum semua usianya, sakit pinggang ataupun sengal-sengal kaki.

Tahukah anda?

August 6, 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

Bulan ni GLA Shaklee ada promo...macam biasa...beli 6 percuma 1.  Tapi...apa GLA complex tu?

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak Borage yang mengandungi asid Gamma Linolenik (GLA), asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

Kebanyakkan GLA (Gamma Linolenik Acid) yang ada dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak daripada minyak Borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO.  Shaklee hanya mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Asid Gamma Linolenik digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, melancarkan kitaran haid dan melegakan tanda-tanda monopous.

Setiap kapsul GLA mengandungi lebih daripada 300mg GLA yang mana ianya merupakan sumber terbaik Omega-6.  Gabungan diantara minyak  bunga matahari dan Vitamin E adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  

July 25, 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

Apa itu Protein?  Protein adalah blok pembinaan untuk badan yang lebih kuat dan kehidupan yang lebih sihat.

Selain air, protein adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita.  Protein sangat penting untuk setiap fungsi badan.  Setiap sel dalam badan kita seperti kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ-organ penting seperti jantung, hati dan otak mengandungi protein.

Asid-asid amino merupakan blok pembinaan protein.  Di kalangan 20 jenis asid-asid amino, 9 daripadanya adalah jenis perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan kita perlu memperolehinya daripada sumber makanan.  Kesemua asid-asid amino ini bergabung dalam konfigurasi yang berlainan untuk membentuk pelbagai jenis protein dimana setiap satu berupaya melakukan fungsi-fungsi tertentu.

Protein adalah makanan tambahan yagn amat baik untuk digabungkan ke dalam sebarang program pengawalan berat badan.  Diet tinggi protein dapat menyekat hormon 'ghrelin' yang merangsang nafsu kelaparan dan meningkatkan tahap 'cholecystokinin' (CCK); suatu penahan selera yang mengisyaratkan otak untuk menghasilkan rasa kenyang atau puas.  Protein juga mempunyai sifat termogenik yang menyebabkan badan membakar lebih banyak kalori. Protein turut menyokong pembangunan jisim otot pejal yang penting untuk mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan.

Tahukah anda? Diet tinggi protein dapat meningkatkan jisim otot pejal, merangsang pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan 'yo-yo' akibat daripada diet yang melampau!

"Asid amino memberi isyarat kepada otot untuk membaiki struktur dan kekuatannya, akhirnya memberi tenaga untuk membakar kalori dan lemak."  ~ Dr. Layman, Ph.D, Prof. Emer (Pakar Pemakanan, Universiti Illinois)