Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 4, 2016

SET PATAH TULANG

"Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan Ramadhan tahun ni. Ketika tu saya menunggang motorsikal.  Badan saya tercampak di atas jalan raya setelah saya cuba untuk mengelak daripada sebuah motorsikal yang 'makan' jalan laluan saya.  Akibatnya saya mengalami patah tulang bahu dan juga patah 3 tulang rusuk saya.

Menurut doktor, tulang bahu yang telah patah perlu menjalani pembedahan untuk meletakkan sejenis besi untuk menyambung kedua-dua bahagian yang telah terpisah.  Dan ini akan mengambil masa untuk pulih.

2 minggu pertama MC di rumah, saya mula rasa bosan kerana aktiviti yang boleh saya lakukan adalah terbatas.  Saya hanya mampu terbaring dan menonton tv sahaja. Oh...alangkah boringnya.  Ni baru 2 minggu, macam mana saya nak tempuh MC selama 3 bulan pula?

Akhirnya saya bertanyakan kepada doktor, apa kaedah lain yang boleh saya lakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan saya. Doktor mencadangkan saya untuk mengambil suplimen tambahan untuk tulang saya. Doktor ada menyatakan bahawa terdapat banyak suplimen di pasaran, jadi saya kena pilih yang betul-betul terbaik dan bersesuaian dengan masalah dan kemampuan saya."

Inilah yang berlaku kepada adik ipar saya pada Ramadhan yang lalu.  Selepas 3 hari beliau terlibat dalam kemalangan tersebut baru saya berkesempatan untuk melawat beliau.  Syukur alhamdulillah, tiada apa-apa luka yang teruk.  Hanya kesan lebam akibat hentakan dan sedikit luka-luka lecetan kerana geseran dengan jalan raya.

Keesokkannya, saya minta suami saya untuk menghantar Zinc Complex dan Sustained Release Vitamin C kepada adik ipar saya.  Saya maklumkan pada suami, kedua-dua suplimen ini insyaallah dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka beliau terutamanya dibahagian dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

10 hari selepas kejadian, adik ipar dijadualkan untuk menjalani pembedahan untuk penyambungan di bahagian bahu kanannya.  Doktor maklumkan sejenis besi akan dipasang untuk proses penyambungan tersebut.  Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar.  Selepas 3 hari, adik ipar dah dibenarkan pulang ke rumah.

Maka, bermulalah rutin bosan beliau.  Bangun pagi...mandi yang mana boleh, sarapan, makan ubat tahan sakit, baring, tengok tv, makan, baring, tengok tv, makan, baring, tengok tv.....hmmmmm memang boring! Tak mencabar kot.

Bila dibawa ke klinik untuk buat x-ray, doktor kata ambil masa untuk sembuh. Ayat tu berulang banyak kali. Akhirnya adik bersuara, "Kak, tak ada ke suplimen Shaklee yang boleh sembuhkan patah ni?  Boring la asyik terbaring je."

Dengan laju si kakak ipar menjawab..."ada je. Nak ke?" "Nak. Tapi kalau boleh yang mampu untuk poket saya bayar la kak" jawab si adik ipar. 

So, saya cadangkan kepada si adik untuk mengambil beberapa suplimen memandangkan kecederaan di bahagian bahu dan tulang rusuk yang agak teruk.  Antaranya adalah:

ESP  : Suplimen protein.
Ostematrix   : Suplimen Kalsium lengkap dengan Vitamin D, Magnesium,   Boron, Mangan, Kuprm, Zink, Fosforus & Silikon untuk bina dan kuatkan tulang.
Omega Guard  : Suplimen minyak ikan tulen yang mengandungi asid lemak Omega-3 yang bagus untuk meredakan radang.
Zinc Complex  : Suplimen Zink untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan pembinaan tulang.
Sustained Release Vita-C  : Suplimen Vitamin C untuk menyembuhkan luka, & membina kolagen tulang.

Kalau ikutkan saya nak tambah AJHT tapi stok tiada pada ketika itu.  Jadi saya beri tambahan krim sapu iaitu Herbal Blend untuk adik saya sapu pada luka-luka kecil di badannya.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah s.w.t, dengan pengambilan suplimen ini secara konsisten selama sebulan tanpa culas telah menampakkan perubahan yang ketara kepada adik saya.    Tetapi ini adalah cadangan, kerana kita boleh pilih dan ambil mengikut keperluan masing-masing.

Kali terakhir saya bawa dia untuk x-ray, doktor yang memeriksa x-ray itu seolah-olah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku sehingga akhirnya doktor tersebut memanggil seorang doktor yang lebih senior untuk mengesahkannya.

Alhamdulillah, semuanya dengan kuasa Allah yang maha menyembuh.  Kita sebagai umatnya perlu berusaha sebaik-baiknya.  Selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t.  Yang penting....YAKIN.


ANIRA ABDUL
Shaklee Independent Distributor
017.2237241


KISAH SI PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari; seorang professor yang sedang menjalankan kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.  Pendayung sampan itu adalah seorang pakcik tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari seorang pendayung sampuan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajiannya.

Dengan begitu tekun professor itu menjalankan kajiannya.  Diambil sedikit air laut dengan tabung uji....kemudian digoyang-goyangkannya.  Selepas itu dia menggoyang-goyangkan pennya mencoret sesuatu didalam buku lognya. Selama beberapa jam lamanya aktiviti ini berlaku.

Si pendayung sampan mula mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya...dia berkata di dalam hati, "hmmm...hari nak hujan."  Tidak lama professor itu berkata, "OK, semua sudah siap. Mari kita balik ke darat".

Pendayung sampan akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itulah baru professor itu menegur si pendayung sampan.  "Kamu dah lama bekerja mendayung sampan?" tanya professor itu. "Hampir seumur hidup saya" jawab si pendayung ringkas.  "Seumur hidup kamu?" tanya professor itu kembali.  "Ya".  "Jadi kamu tak tahu perkara lain selain dari mendayung sampan?" tanya professor itu semula.  Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.  Masih tidak berpuas hati, professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Si pendayung menjawab soalan professor itu dengan gelengan kepalanya sahaja.

Tiba-tiba professor itu berkata "Kalau begini, kamu dah kehilangan 25% dari usia kamu". "Kamu tahu Biologi?" Gelengan kepala sekali lagi ditunjukkan oleh si pendayung.  "Kasihan.  Kamu dah kehilangan 50% usia kamu." "Kamu tahu Fizik?" Tanya professor itu lagi. Masih sama seperti tadi...si pendayung hanya menggelengkan kepalanya.  "Kalau begini, kamu telah kehilangan 75% usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tidak tahu.  Seluruh usiamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.  Namun begitu, si pendayung hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun dan ombak besar datang dengan tiba-tiba.  Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.  Professor dan pendayung sampan sama-sama terpelanting.  Sempat pual si pendayung itu bertanya kepada professor..."Kamu tahu berenang?" Professor hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.  "Kalau begitu, kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu." Kata pendayung sampan sambil berenang menuju ke pantai.

Pengajaran dari cerita ini, dapat disimpulkan bahawa IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.  Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.  Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita.  Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat.  Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?



ANIRA ABDUL

November 4, 2015

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Adakah anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah:
  • Mudah tertekan/Stress - sering letih dan lemah.
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar.
  • Luka yang lambat sembuh.
  • Mudah selsema/bersin.
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen).
  • Mudah dapat ulser.
  • Mudah demam/antibodi tak kuat.
  • Gusi berdarah.
  • Salur darah mengecil.
  • Sakit sendi.
  • Tanda lebam pada badan.
  • Weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam).

Jika anda mengalami salah satu simptom/tanda seperti di atas, bermakna anda kekurangan VITAMIN C.  

Vitamin C adalah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk untuk meningkatkan sistem imunisasi, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang & fungsi tubuh secara amnya.

TETAPI apa kelebihan VITAMIN C ni sebenarnya?  Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa saya amalkan pengambilan VITAMIN C ni sebanyak 2 biji sehari.

1) Vitamin C membantu merangsang pembentukan kolagen.  Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi & tulang rawan.

2) Vitamin C membantu memperbaiki simptom pendarahan.  Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan masalah seperti gusi berdarah, lebam di kulit, kecedaraan/luka lambat kering/pulih, masalah kulit kering, ruam dan kasar.

3) Selain itu, VITAMIN C membantu membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap Zat Besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, membantu mengukuhkan sistem imun, meningkatkan proses pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma serta membantu mengurangkan simptom selsema.

4) Pengambilan VITAMIN C secara konsisten setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi.  Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah pembentukan jeragat. DAN;

5) Saya konsisten pengambilan VITAMIN C setiap hari juga adalah kerana saya ingin mengekalkan kolesterol sihat dalam badan saya.  Pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan masalah tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

JOM! Kita amalkan pengambilan 2 biji Vitamin C setiap hari untuk bekalan Vitamin C semulajadi bagi kesihatan sepanjang hari.


180 tablet/botol
2 biji/sehari


Jom 'follow' saya di Instagram @aniraabdul untuk maklumat lebih lanjut.


Kepada sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya melalui:

Instagram : @aniraabdul



COD : 
Tanjong Karang, Kuala Selangor, Bestari Jaya




ANIRA ABDUL (SID: 1020172)
HP : 017.2237241


July 8, 2015

Dish Wash Concentrate

Pernah tak anda atau keluarga anda alami masalah alergik di bahagian tapak tangan? Saya nak kongsi masalah yang ibu saya sendiri alami.  Untuk makluman, ibu saya bukan jenis yang konsisten dengan satu-satu produk ye.  Biasanya, kalau satu produk yang dibeli tu tak sesuai walaupun tak habis guna lagi, ibu saya akan beli yang lain.  Macam tu lah seterusnya sampailah ibu akan jumpa produk yang betul-betul dia suka.  Tetapi kebiasaannya memang susahlah nak jumpa yang ibu suka. Kihkihkih...sorry ma.

Kenapa Vitamin E Shaklee?

Terdapat pelbagai jenama Vitamin E di pasaran. Jadi kenapa saya memilih jenama Shaklee?  Ini adalah kerana:

1) Ianya asli dan semulajadi.
2) Ianya lengkap dengan unsur Selenium yang membantu proses penyerapan dengan lebih optimum.
3) Mengandungi ekstrak Grape Seed yang diketahui umum mempunyai kuasa antioksidan polifenol 20 kali lebih baik dari Vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin C.  Dalam erti kata lain, minyak biji anggur amat berkesan untuk mengatasi masalah kanser, memelihara kecantikan, terbukti menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolesterol, menghalang pembentukan darah beku dan melambatkan proses penuaan.

Inilah yang membuatkan Vitamin E Shaklee berbeza dengan Vitamin E lain.  1 kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E (as-s-alpha tocopherol), 65mcg Selenium dan 39.4mg Grape Seed Extract.  Bonus 3 in 1 dalam 1 kapsul Vitamin E Shaklee.  Jadi dah tak perlu untuk membeli Vitamin E 1 botol, Selenium 1 botol dengan Ekstrak Grape 1 lagi.

Nak rasai perbezaan Vitamin E Shaklee? Boleh hubungi saya di talian 017.2237241 atau melalui email ke aniraabdul@gmail.com.


"Bersyukur kerana diberi peluang untuk memberi dan menambah nilai dalam kehidupan orang di sekeliling. Alhamdulillah."

June 5, 2015

Prenatal set? Tapi isteri saya tak mengandung pun!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....salam Jumaat barokah juga.  Dah selesai zikir Ya Allah 1000x pagi ni? Kalau belum jom kita sama-sama cuba laksanakan.  Yang mana sudah...alhamdulillah.

SAKIT LUTUT






SAKIT LUTUT?  Kita biasa dengar masalah sakit lutut ni terutamanya ibu, ayah, nenek dan datuk kita.  Kebiasaannya mereka ini akan mengadu sakit bila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut seperti BERJALAN, DUDUK & BERLARI.