1)
Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2)
Kaki
(tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3)
Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4)
Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5)
Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6)
Muka
dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7)
Muka
dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali
pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.
8)
Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9)
Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10)
Mulut
(suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11)
Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12)
Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali
. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13)
Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kredit: http://www.cahayaislam.net/
Nice sharing... Moga ilmu ini dimanfaatkan semua ^_^
ReplyDeleteIn shaa Allah abg Zumal
DeleteSemoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama...tq for sharing
ReplyDeleteTq for the sharing ya. :)
ReplyDelete