Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

November 4, 2014

APA ITU VIVIX SHAKLEE?



Ramai yang telah mula mengenali Vivix Shaklee.  Antara kumpulan yang telah mengenalinya ialah mereka yang telah dapat mengawal penyakit kencing manis, individu yang telah pulih daripada masalah strok, individu yang telah pulih 100% daripada penyakit kanser dan pelbagai penyakit kronik lain.  Namun begitu, masih ramai yang belum betul-betul kenal dengan Vivix Shaklee ni.


October 30, 2014

MANFAAT BUAH ANGGUR UNTUK KESIHATAN

 ~ Anggur Merah ~

Buah anggur merah bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tetapi juga dapat bermanfaaat untuk merawat kecantikan seperti kulit wajah.  Selain buahnya, kulit buah anggur pun memiliki kandungan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan seperti kandungan resveratrol.  Kandungan flavanoid, katekin, quercetin, prosianidin dan antosianin dalam resveratrol ini sangat berguna untuk mencegah kanser. 

PURI OH PURI

Pernah makan puri?  Tahu tak rupa makanan yang dipanggil puri ni? Haaa...kalau anda tak tahu...meh sini saya kenalkan apa itu puri.  

Puri adalah makanan masyarakat India.  Ianya diperbuat daripada tepung gandum, air, garam dan minyak.  Rasanya seakan-akan roti canai namun rupa parasnya tak sama...jauh sama sekali.  Puri ni sedap di makan waktu panas, sebab bila dah sejuk ianya akan jadi liat dan keras.  Boleh tercekik tekak bila makan.

APA MENU BERPANTANG ANDA?



Bersalin tak lagi tapi dah fikir menu apa yang saya nak susun sepanjang 100 hari berpantang ni.  Almaklumlah, kena nak kena turunkan berat badan sama.  Berat badan yang dah dikumpul sepanjang mengandung 40 minggu ni....dekat 22kg naik.  Dalam tempoh 100 hari tu entah boleh hilang ke tidak 22kg tu ye.  Kalau dulu masa anak sulung, berat badan naik 23kg untuk tempoh 42 minggu.  Tapi lepas 100 hari berpantang, berat turun 28kg.  Alhamdulillah...syukur.

Tapi masa tu sebab berpantang dengan mak.  Mak memang jaga betul bab-bab makan waktu berpantang ni.  Nak tak nak  ikut je la...tapi best jer!  Nak tau apa menu pantang saya masa anak sulung dulu? Hihihihi...meh saya share sikit ye...mana tahu boleh dijadikan panduan untuk semua.

October 29, 2014

EKZEMA OH EKZEMA....



Ekzema....

Kulit merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.  Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh seperti cuaca, sinar matahari dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan kulit terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh menjadi punca ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.

APAKAH PUNCA SEBENAR TEKANAN DARAH TINGGI?



"Jangan Salahkan Kolesterol Lagi!"
"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."

APAKAH ITU TEKANAN DARAH TINGGI?


APAKAH ITU DARAH TINGGI?

Setiap orang mempunyai tekanan darah.  Apabila darah dipam melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah.  Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yagn diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.  

October 28, 2014

KEPALA BABY TAK ENGAGE

Semalam pergi check up untuk diri sendiri + untuk Darish sekali.  Darish check untuk cacing je.  Ummi check-up sempena dah 40 minggu dekat klinik desa.  Kebetulan semalam walid pun dah ambil cuti sebab konon-kononnya nak stand-by kot la wife dia ni akan bersalin semalam.  Rupa-rupanya tidak juga. Haaaaa....

Semalam juga anniversary kami.  Tapi tak buat sebarang sambutan sebab walid kata kita sambut next year je la...tahun ni bagi lepas kat baby dulu.  Rupa-rupanya dua-dua tak dapat.  Tak pe la....at last, kami pun jalan2 g market cari sayur dan ikan.

October 23, 2014

'DISCOVERY OF LOVE'

Masuk hari ni dah 4 ke 5 hari Darish tukar time tidur dia...sebab apa saya cakap macam tu? Sebab dia tidur macam biasa...jam 9.00 malam.  Biasa dia akan bangun dalam pukul 5.00 pagi....tetapi dah beberapa hari ni dia bangun pukul 11.30 malam.  Kalau setakat bangun tak kacau orang tak pe la juga kan...ni tidak.  Dia bangun, digegarnya satu rumah suruh teman dia bangun juga.

Mula-mula tu ummi layan la juga kan.  Dalam hati mungkin dia terlebih tidur siang ke.  Tapi bila dah 3 hari berturut-turut, macam pelik la pula....So tanya emak samada Darish tidur lebih dari 2 jam ke beberapa hari ni?  Emak kata tak de...siap tidur kurang dari 2 jam ada la.
Nenek terpaksa tetapkan tidur siang Darish tak lebih dari 2 jam sebab sebelum-sebelum ni masa Darish dihantar ke rumah pengasuh, dia akan ditidurkan lebih kurang 6 jam pada waktu siang.  Jadi...bila malam, dia tidur dalam pukul 9.00 malam dah tu bangun dalam pukul 3 or 4 pagi....setiap hari.  Mungkin sebab terlebih tidur waktu siang kot.

October 21, 2014

MANFAAT UTAMA LECITHIN SHAKLEE

Mesti anda tertanya-tanya kan, apa manfaat utama Lecithin ni? Kenapa ramai sangat yang asyik bercakap tentang kebaikan Lecithin Shaklee ni?  Jom sama-sama kita singkap manfaat utama LECITHIN SHAKLEE ni.  Jom!!!

1) MENYERAP VITAMIN YANG LARUT LEMAK
    ~ Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
 
2) MELINDUNGI HATI
    ~ Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.  
    ~ Lecithin juga membantu proses pemulihan kesihatan hati. 

LECITHIN SHAKLEE


APA ITU LECITHIN?

 

 

  • Lecithin merupakan komponen lemak penting yang diperlukan oleh sel badan kita. Ia boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur.  Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.

B COMPLEX

APAKAH ITU B COMPLEX?


B Complex terdiri daripada kumpulan 8 vitamin B iaitu Thiamin (B-1), Riboflavin (B-2), Niacin (B-3), Pantothenic Acid (B-5), Pyridoxine (B-6), Folic Acid (B-9) & Cobalamin.
 

KANDUNGAN ESP SHAKLEE

ESP Shaklee adalah protein soya bukan GMO yang berkualiti tinggi yang kaya dengan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia.  

APA KANDUNGAN ESP SHAKLEE?


October 19, 2014

MENGETUK PINTU REZEKI

Dalam kehidupan seharian kita di dunia ini, kita amat-amat memerlukan kepada rezeki bagi meneruskan kehidupan kita.  Tanpa rezeki, manusia tidak boleh hidup.  Tetapi persoalannya, di manakah letaknya pintu rezeki ituBagaimana pula kita hendak membuka pintu rezeki tersebut?

Sebagai umat Islam, kita tahu bahawa Allah adalah pemberi rezeki.  Kita tidak dapat meraih rezeki tanpa izin-Nya.  Tetapi dalam usaha kita untuk mendapatkan rezeki, apakah kriteria-kriteria yang Allah perlukan supaya rezeki itu sampai kepada kita?  Apakah pula perbezaan diantara rezeki yang diberkati dan tidak diberkati?

October 17, 2014

13 PERKARA YANG WANITA ISLAM PERLU JAGA



1)       Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2)       Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

October 16, 2014

KACAU....TIUP....MAKAN

Minggu lepas walid bawa ummi dengan Darish jalan-jalan.  Motif sebenar adalah bawa Darish pusing-pusing dekat pekan Kuala Selangor...nak pergi bawa Darish main playground tak ada la pula...so, tukar rancangan bawa Darish makan dekat Dominos Pizza Kuala Selangor.

Sampai dekat Dominos, hujan renyai-renyai.  So, kami pakat laju2 lari masuk Dominos....takut basah kononnya. :)

UJI MINDA BERSAMA DARISH

Macam biasa, kalau nak dah mengantuk...sebelum melelapkan mata Darish akan buat sesi uji minda bersama ummi dan walid.  Bukan la sesi apa sangat pun, tapi pada pemerhatian saya, aktiviti sebegini merapatkan lagi hubungan antara saya dan Darish lebih-lebih lagi bila dah ditinggalkan seharian kerana bekerja.

Mesti semua tertanya-tanya kan apa la yang saya maksudkan sesi 'Uji minda' ni kan...hihihi...bukan uji apa sangat pun...sekadar perbualan biasa antara anak dan ummi serta walid dia. Kikikikiki....

JIKA ANDA MENJAUHI ALLAH, ALLAH AKAN MEMENUHI HATI ANDA DENGAN KEFAKIRAN

Janganlah menjauhi Allah, sebaliknya dekatkan lah diri Anda dengan Allah. Bukalah pintu-pintu RahmatNya. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: 
 
“Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)


October 15, 2014

SEBAB-SEBAB TURUNNYA REZEKI PADA KELUARGA KITA

Allah SWT telah menjelaskan kepada hamba-hamba-Nya sebab-sebab yang dapat mendatangkan rezeki dengan penjelasan yang amat jelas. Dia menjanjikan keluasan rezeki kepada sesiapa saja yang menempuhnya serta menggunakan cara-cara itu, Allah juga memberikan jaminan bahawa mereka pasti akan sukses serta mendapatkan rezeki dengan tanpa disangka-sangka. 

DIANTARA SEBAB-SEBAB YANG MELAPANGKAN REZEKI IALAH:



PROJEK PACKING, PACKING DAN PACKING

Haaa....mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Packing apa? Nak ke mana? Berapa lama?  Hiiii...sebenarnya, packing beg untuk dibawa ke hospital.  Hari dah dekat, tapi beg masih belum pack lagi.  Tiba-tiba rasa buntu dan lupa apa yang nak kena bawa.  Boleh macam tu? Tapi itulah hakikatnya...padahal baru 3 tahun lepas bersalin.  Poyo betul saya ni ye...tapi nak buat macam mana...memang lupa betul.  Tak sengaja hokey!!

October 14, 2014

ATASI ANEMIA SEMASA HAMIL

"ANEMIA bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang kerap berlaku dikalangan wanita hamil.  Sebab utama anemia adalah kekurangan zat besi.  Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anemia atau tidak setelah anda disahkan hamil."

Anemia biasanya berlaku apabila paras hemoglobin (sel darah merah) individu menurun di bawah julat yang dianggap normal yang mana paras julat normal bacaan hemoglobin dewasa adalah diantara 12-15mg/dl.  Sementara itu, wanita memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SENARAI INI? JOM SEMAK!!



October 13, 2014

SIAPA YANG PERLUKLAN ESP SHAKLEE?


SIAPA YANG PERLUKAN ESP?
 
✿ Pelajar
  Wanita hamil 
✿ Bakal pengantin
✿ Ibu yang menyusukan anak
✿ Ibu yang baru melahirkan anak
✿ Mereka yang baru menjalani pembedahan 
✿ Mereka yang hendak menambahkan berat badan 
✿ Mereka yang hendak menguruskan badan 
✿ Mereka yang hendak mencaktikkan kulit
SEMUA ORANG!!!

SET ANAK SIHAT & PINTAR

Perkembangan anak sangat penting dalam tempoh pembesaran mereka dan zat yang cukup wajar di penuhi agar anak sihat, ceria dan jarang sakit sepanjang tempoh 1 hingga 6 tahun. 


Kanak-kanak sedang membesar memerlukan nutrien penting bagi membantu tumbesaran yang sihat dan cergas.  Jom kita pastikan nutrien berikut dapat kita penuhi dalam menu harian mereka agar anak kita tidak tergolong dalam kelompok kanak-kanak yang tidak sihat.


PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 ESP SHAKLEE

Bagi siapa-siapa yang biasa ambil ESP sebagai hidangan harian, pasti bulan ni bulan yang menyeronokkan untuk memborong sebanyak mungkin ESP untuk stok selama setahun atau lebih.  Ye la...sapa yang nak lepaskan peluang ni kan....kan....kan....murah giler tu.

Nak dapat lagi murah? Boleh!!!! Daftar jadi ahli.  Memang murah. Selain daripada beli suplemen dengan harga ahli, dapat pula faedah-faedah lain macam bonus bulanan dan sebagainya.  Haaaa....

October 9, 2014

DARISH OH DARISH...

Bagi mana-mana ibu yang mempunyai anak pastinya sentiasa mengawasi perkembangan anak masing-masing dari semasa ke semasa.  Kalau boleh, tak nak terlepas walau satu pun perkembangan anak kita.  Kadang-kadang perkembangan ni kecil sahaja tapi ianya memberi kesan gembira yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit bagi insan bernama 'ibu'.

Sebagai ibu bapa juga, kita akan memastikan kesihatan anak kita dalam keadaan yang terbaik setiap masa sepanjang tempoh tumbesaran anak-anak kita.  Perkembangan anak sangat penting dalam tempoh pembesaran dan nutrien yang mencukupi sangat-sangat diperlukan agar anak menjadi sihat, ceria dan jarang sakit terutamanya dalam tempoh 1 hingga 6 tahun pertama.


MADAH JENAKA USTAZ LOVE....

Tertarik dengan madah jenaka dari Ustaz Love ni....nak pecah perut bila baca.  Jom kita sama2 baca untuk ceriakan hidup kita pagi ni ye....


1. “Jika anda melihat wajah pontianak di dalam cermin, ketahuilah itu adalah wajah anda sendiri”.. maksudnya: gambaran orang sekeliling terhadap kita biasanya lebih tepat berbanding penilaian kita terhadap diri sendiri.

2. “Sehebat2 ibu jari, ia tak mampu digunakan untuk mengorek hidung sedalamnya”.. maksudnya: orang yg hebat juga tak mampu melakukan semua perkara bersendirian.

October 8, 2014

KARDIOVASKULAR

Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.  Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.  

Kebanyakkan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup sihat seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.  Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

CoQHealth Plus

CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.  CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

PADA SUAMI, ISTERI DAN ANAK ADA REZEKI DARI ALLAH

Pada Suami,Isteri dan anak ada rezeki yang ALLAH bagi buat kita...hargailah & sayangilah mereka.


October 3, 2014

KENAPA DOA KU TIDAK DIKABULKAN?

Seringkali kita mengeluh apabila doa yang kita panjatkan dikabulkan oleh Allah.  Pabila berlaku situasi sedemikian, kita mula menjauhkan diri kita daripada-Nya.  Ada pula yang mula mengatakan yang Allah itu tidak berlaku adil kepada hamba-Nya.  Tetapi....pernahkah kita sebagai hamba-Nya cuba untuk memahaminya?  Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri mengapa doa-doa kita tidak dikabulkan oleh-Nya?  Jom kita singkap beberapa perkara yang menyebabkan doa kita tidak dikabulkan Allah s.w.t.  Antaranya ialah:

APA MENU ISTIMEWA ESP ANDA!

Apa menu kegemaran ESP anda? Ha...kalau anda tanya saya, saya paling suka kalau ESP + susu + nestum + kurma pada waktu pagi...memang kenyang sampai ke tengahari.  Ini kalau sempat blend awal-awal pagi la...kalau tak sempat, paling tidak saya akan bancuh ESP dicampur dengan susu terpung dan nestum untuk mengalas perut yang kosong diawal pagi sebelum ke tempat kerja.  Anda pula? Apa sarapan anda di awal pagi?

Setakat ni saya dah cuba beberapa resepi untuk mempelbagaikan menu ESP saya.  Antaranya adalah seperti berikut:

KULIT CANTIK DENGAN MASKER ESP

" Masker ESP? Biar betul? "

YA! Memang betul.  Percaya ke percaya? Haaa....jangan tak percaya. RUGI!  Pada sesiapa sahaja yang dah menggunakan ESP kebanyakkannya tahu khasiat dan kelebihan bermasker dengan ESP ni.  Termasuklah saya! :)

ESP ni bukan saja bagus untuk diminum, tetapi bila di tepek-tepek dekat muka...hasilnya memang perghhhh....tak terkata tau!  Masa pakai masker tu, kulit terasa sejuk je.  Lepas cuci lagi best! Kulit terasa lembut, halus dan gebu.  Jika diamalkan secara konsisten, bekas-bekas jerawat yang ada dekat muka pun lama-kelamaan akan menjadi pudar. 

September 26, 2014

~ MINDSET ~

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhirnya, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

"Anakku, 2 pesanan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu."

7 AMANAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY KEPADA PARA USAHAWAN MUSLIM

Berikut adalah beberapa perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada semua...harap berguna!

KISAH SUAMI BERISTERIKAN SI JELITA....

Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.


September 24, 2014

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BEDUNG BAYI?

Haa.....menarik tak tajuk kita pagi ni?  Siapa-siapa yang pernah jadi ibu mesti tahu akan benda ni kan.  Tetapi...hakikatnya apa yang kita tidak tahu tentang bedung bayi ni? Jom kita kupas.

Walaupun membedung bayi nampak macam mudah dan remeh, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat yang mungkin kita tidak sedar.  Antara manfaat dari amalan membedung ini ialah:

September 23, 2014

ANAK OH ANAK

Dah beberapa hari ni Darish bangun jam 3.00 pagi...kejutkan saya. Dan beberapa hari ni juga lah dialog ni berlaku antara kami anak beranak.

Darish : mi...angun. Ayish acah. (Ummi, bangun. Darish basah.) Sambil tangannya pegang baju dia yang basah lencun dek air kencing dia.

September 22, 2014

PABILA LANGIT RUNTUH, AIR MATA BERGUGURAN

Pernahkah anda mengalami sindrom 'lemah semangat'?  Terasa jatuh terduduk, downhearted atau rasa terbuang dan disisihkan?  Seolah-olah dirasakan dunia ini sudah tidak ada lagi ruang untuk anda.  Semua orang memandang rendah terhadap diri anda dan tiada daya & tenaga lagi untuk melawan.

Sebagai seorang insan, kita tidak dapat lari daripada tewas dengan perasaan diri sendiri.  Begitu juga dengan saya, seorang hamba yang lemah.  Hanya pada Allah saya serahkan segala usaha.

KEPERLUAN DAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Semalam En.Suami tanya, barang-barang untuk bersalin ni dah siap ke semuanya?  Tiba-tiba tersentap dengan soalan suami ku itu...hahahah....sebenarnya masih belum siapkan apa-apa pun.  Ada siapkan untuk beg baby...tu pun masih belum lengkap sebab masih berfikir-fikir apa yang perlu dibawa ke hospital nanti.  Haaaa....tiba-tiba jadi blur padahal baru 3 tahun lepas saya bersalin. :)

Jadi...dipendekkan cerita, hari ni misi mencari di mr.google pun berjalan la.  Misi pencarian senarai barang-barang yang perlu dibawa untuk bayi dan ibu bayi sekali.  Terjumpa dengan beberapa blog yang menghidangkan info-info yang memang berguna untuk mana-mana ibu-ibu di luar sana yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata masing-masing.

September 9, 2014

SHAKLEE MENYOKONG KESIHATAN SENDI BERPANJANGAN

Jangan biarkan masalah sakit sendi menjadi penghalang untuk kita bergiat aktif.  Kini dengan adanya Advanced Joint Health Tablet, anda mampu mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel dan mudah untuk bergerak.

AJHT dihasilkan daripada ramuan aktif yang bertindak dengan pantas untuk menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi kita.

MEAL SHAKE PENCETUS SELERA ANAK ANDA

Adakah anak-anak anda mengalami masalah seperti berikut?

~ Kurang selera makan?

~ Sembelit?

~ Asma?

~ Tidak fokus dalam pelajaran?

~ Sering selsema?

~ Berat badan berkurangan?

HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM...THE MAGICAL CREAM BY SHAKLEE

Ada yang bertanya tentang herbal blend cream.  Masing-masing bertanyakan tentang keberkesanannya sehingga ada yang melabelkannya sebagai 'the magical cream'.  Huhuhuhu.....
Herbal blend multi-purpose cream adalah krim yang melegakan dan diuji secara klinikal berkesan untuk melembutkan kulit anda termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.  Krimnya apabila disapu akan terasa kesejukan mentol dan tidak melekit.  Krim ini dirumus daripada ekstrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

September 5, 2014

GLA Complex Shaklee

Ramai yang beranggapan bahawa GLA hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja.  Hakikatnya, GLA juga banyak membantu kaum lelaki yang mengalami masalah prostat, kencing manis dan darah tinggi.

SET KAWAL BERAT BADAN

Okey...pagi-pagi ni nak share sikit tentang set kawal berat badan.  Selama ni bila sebut je set kurus or set kawal berat badan, orang akan arah kepada kaum wanita...sebab apa? Sebab kaum wanita dikatakan terlalu obses dengan kurus dan cantik.  Betul ke?

Sebenarnya kaum wanita obses nak kurus dan cantik tu bukan sebab suka-suka tapi sebab nak jaga kesihatan luaran dan dalaman masing-masing.  Maklumlah...badan nak pakai lama kannnnn.  

September 4, 2014

KEKAL AKTIF, SEGAR DAN BERTENAGA DENGAN PERFORMANCE DRINK

Performance Drink adalah minuman elektrolit berperisa oren yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat-karbohidrat.  Minuman ini dapat mengatasi masalah dehidrasi yang menjadi faktor utama kepada masalah kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet.  
 

TINGKATKAN PRESTASI PEMBELAJARAN ANAK DENGAN SHAKLEE

Sebagai ibubapa yang prihatin, semestinya kita hendakkan yang terbaik untuk anak-anak syurga kita.  Terutamanya dari aspek kesihatan dan pembelajaran mereka.  

Shaklee memperkenalkan vitamin yang terbaik dan semulajadi untuk anak-anak anda yang kaya dengan bahan vitamin dan galian.  Selain itu dapat menguatkan sistem imun badan serta meningkatkan kepekaan dan daya ingatan supaya lebih fokus terhadap pembelajaran.

Jom kita maksimumkan tahap kecerdasan otak anak-anak kita!  Dalam masa yang sama kita bekalkan makanan tambahan yang terbaik yang mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh anak kita.


MENGAPA SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Shaklee Collagen Powder terdiri daripada Shaklee RSS (Red Snapper Scale) atau lebih dikenali sebagai sisik ikan merah.  Kenapa ikan merah??? Kerana ikan merah boleh tahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan  hidup dengan bebas dalam lautan dalam yang menjadikan ianya sumber kolagen yang sangat lasak dan elastik.


KULIT LEBIH MUDA DAN SIHAT DENGAN COLLAGEN POWDER

Ingin kulit tampil dengan lebih muda dan sihat? Dah mencuba bermacam-macam jenis produk namun masih tiada sebarang perubahan ataupun....perubahan yang hanya seketika sahaja?

 

~ Promosi Super September ~

Beli 6 PERCUMA 1 Collagen Powder

Beli 3 apa yang anda akan dapat???

Surprise....

September 3, 2014

7 SEBAB KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA MEAL SHAKE

Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu bertukar kepada Meal Shake kan???  Jawapannya adalah kerana:

1) Mengandungi asid folik,  Kalsium dan Magnesium untuk membina tulang dan sel-sel semasa proses pembesaran.

2) Mengandungi Vitamin A, C, E dan Zink  sebagai anti-oksidan.

3) Kaya dengan protein untuk membantu menyihatkan sel-sel.

4) Lengkap dengan B Complex dan Zat Besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

5) Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.

6) Kaya dengan serat yang boleh membantu menyingkirkan lemak dari usus.

7) Merupakan minuman multivitamin tanpa perasa, pewarna dan gula tiruan.


Tak percaya????

email: aniraabdul@gmail.com
017.2237241
 

KHASIAT MEAL SHAKE SHAKLEE

Sebagai ibubapa yang prihatin, pasti kita akan berikan yang terbaik untuk anak-anak kita bagi memastikan anak-anak mendapat semua nutrisi yang sepatutnya.  Terutamanya anak-anak yang telah mula minum susu formula.  Meal Shake Shaklee adalah antara vitamin yang memenuhi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.

THE UNBELIEVABLE SEPTEMBER PROMO!!!!


RM0.00 Shaklee: Sept'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder(00P210). Place your order now! TQ


August 30, 2014

MERAWAT BUASIR DENGAN SHAKLEE

Buasir atau Hemorrhoid adalah berpunca daripada pembengkakan pembuluh darah vena. Juga dikenali sebagai Varicose Vein di daerah anus dan rectum.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buasir berpunca daripada pembengkakan dan pergerakan ke bawah anal cushions.

Penyakit ini boleh dicegah dan rawatannya juga tidak terlalu rumit sekiranya rawatan dibuat seawal mungkin.  Tanpa rawatan awal, buasir akan bertambah teruk dari semasa ke semasa.

August 29, 2014

RISIKO BERAT BADAN BERLEBIHAN, FAKTOR PENYEBAB, KOMPLIKASI DAN RAWATAN YANG BOLEH DIAMBIL



Berat badan seseorang akan bertambah apabila individu itu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan untuk dijadikan tenaga.  Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

Masalah kegemukan atau Obesiti tidak berlaku dalam tempoh yang singkat sebaliknya memakan masa berbulan dan bertahun.  Bagaimana mengetahui samada berat badan kita berlebihan atau ideal?  Jawapannya adalah dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) individu tersebut.  Cara pengiraannya adalah seperti berikut:

PANTANG LARANG DAN TIPS PENGAMBILAN VITAMIN


ANDA TIDAK MENDAPAT SEBARANG MANFAAT ATAU PERUBAHAN SETELAH MENGAMBIL SUPLEMEN DAN VITAMIN? KENAPA PERKARA SEBEGINI BERLAKU? ADAKAH SUPLEMEN ITU SENDIRI YANG TIDAK BERKUALITI ATAU KITA YANG TIDAK MENGIKUT CADANGAN YANG BETUL? Jom kita sama-sama belajar!!!

Adalah disarankan untuk mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan makan secara konsistem selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian.  Tambahan pula, sel-sel kita hidup antara 90 hingga 120 hari.

1)     Jangan pandang remeh pada pengambilan air putih

Ramai yang bermasalah untuk mengamalkan meminum air putih dan lebih gemar kepada air yang bergula dan berperisa.  Tahukah anda bahawa air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan masalah obesiti.

Adalah disarankan untuk mengamalkan meminum air putih dengan banyak terutamanya apabila kita mengambil vitamin.  Tujuannya adalah agar proses penyerapan vitamin oleh tubuh kita berlaku dengan lancar.

Anda boleh gunakan panduan berikut untuk menyukat jumlah air putih yang perlu diambil sehari.


 


 

August 28, 2014

CADANGAN MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE





Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali dengan hipertensi bukan lagi penyakit yang asing bagi masyarakat kita hari ini.  Namun seolah-olah telah menjadi trend bagi kebanyakkan orang hari ini menghidap penyakit ini terutamanya yang tinggal di bandar.  Jika dibiarkan, penyakit ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan di bahagian otak, mata, jantung dan ginjal.