Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

May 19, 2015

YES!!!! Miqhael turn to 6 month old.

YES!!! Miqhael dah 6 bulan.  Miqhael dah boleh makan.  Anak yang boleh makan, ummi yang syok lebih-lebih.  Dulu masa belum ada anak, bila tengok ibu-ibu sibuk sediakan menu yang pelbagai untuk anak-anak mereka, rasa teruja.  Tetapi terkadang hati kecil terdetik, kenapa perlu bersusah payah sedemikian rupa untuk menyediakan menu untuk si kecil?  Sedangkan si kecil masih belum mengerti tentang apa yang disuakan pada mulutnya.  Tapi kini, aku faham kenapa.

May 18, 2015

NAK TUKAR SAIZ BAJU UNTUK HARI RAYA NANTI?


Wahhhh....sejak minum air teh ni, badan berpeluh-peluh dan cergas bertenaga. Walau dah jam 2, 3 pagi tetapi mata tetap segar dan TIDAK MENGANTUK!!!

Ajaib kan?? Memang ajaib.  Sejak pertama kali cuba teh ni...terus saya jatuh cinta.  Sambil minum air teh sambil bakar lemak.  Jadi...pada sesiapa yang rasa-rasa raya ni nak tukar saiz baju lebih kecil dari saiz sekarang....boleh cuba teh ni.  Kalau tambah dengan 'exercise' confirm....akan cepat saiz baju anda bertukar.

DARISH SYAUQI VS NASI LEMAK

Hujung minggu banyak dihabiskan untuk anak-anak syurga.  Sedaya mungkin melayan kerenah dan kemahuan mereka.  Andai bisa ummi ganti masa yang dah ummi tinggalkan Darish Syauqi dan Danial Miqhael sepanjang ummi pergi mencari rezeki....ummi sanggup lakukan untuk kamu berdua sayang.

Seperti biasa, awal pagi Sabtu kena ke pasar untuk mencari sayur-sayuran dan ikan untuk stok seminggu.  Dan seperti biasa juga Darish Syauqi akan ikut ummi.  Tapi kali ini saja menuju ke Tesco di Kuala Selangor.  Saja nak bawa Darish Syauqi jalan-jalan ke Tesco.

Dah alang-alang sampai ke Tesco, ummi beli sekali bahan-bahan untuk makanan Danial Miqhael sebab Danial Miqhael dan mula makan.  Dah seminggu bagi Danial Miqhael makan bubur nasi + tahu.  Kali ni ummi nak buatkan puree lobak dengan puree labu pula.

Bila anak dan menginjak usia 6 bulan, ligat kepala ummi fikir menu untuk anak-anak.  Kalau boleh nak bagi makanan yang berkhasiat + lazat + seimbang + bagus untuk tumbesaran dan perkembangan anak ummi.

Kalau masa Darish Syauqi dulu, antara makanan yang disukainya masa usia 6 bulan hingga 8 bulan ialah bubur nasi + ikan, puree brokoli, puree apple dan puree labu.  Seperti biasanya semuanya akan dicampur dengan stok EBM.  Puas juga la ummi cari idea untuk mempelbagaikan menu untuk anak-anak ummi ni.

Tapi kali ni untuk Danial Miqhael ummi dah tak huru hara sangat sebab buku resepi masa abang Darish Syauqi dulu masih ada dan dah ada pengalaman.

Untuk Darish Syauqi...sebab dah berusia 3 tahun lebih, ummi beri Omega Guard, Vitalea For Children dengan Chewable Vitamin C.  Alhamdulillah....anak ummi membesar dengan sihat dan yang paling best......kuat makan dan tidak memilih makanan.  Syukur padamu Ya Allah atas kurniaan ini.

~ Darish Syauqi makan nasi lemak + air milo panas ~

Tawaran di bulan Mei ini...beli 7 botol OmegaGuard pada harga 6 botol.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana OmegaGuard sesuai untuk semua golongan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
ANIRA ABDUL
017.2237241
aniraabdul@gmail.com

OMEGA GUARD


APA ITU OMEGA GUARD?
Omega Guard juga dikenali sebagai minyak ikan.  Saya yakin ramai yang pernah dengar tentang minyak ikan dan kandungan utamanya iaitu Omega-3.  Tetapi apa sebenarnya Omega-3 ini?