Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 29, 2014

APAKAH PUNCA SEBENAR TEKANAN DARAH TINGGI?



"Jangan Salahkan Kolesterol Lagi!"
"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."

Kerap kali kita dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor menasihati mereka untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah beritahu bagaimana kolesterol itu sendiri menjadi punca kepada masalah tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau kembalikan keadaan kesihatan badan.

Apa yang menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi ‘beg ubat’ yang perlu menelan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi.  Mereka ‘dipaksa’ untuk mengambil ubat-ubatan itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik dengan sendirinya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya?


Masalah tekanan darah tinggi yang anda hidapi sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda ambil sejak bertahun-tahun lalu.  Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan bermacam-macam bahan yang terkandung dalam makanan pada era moden ini.

Andainya tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesema atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda.  Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK berjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bekalkan?

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya diberi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.

Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.

Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.

ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.


Untuk mengawal tekanan darah anda menjadi tinggi, anda perlu mengambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung 100% kepada ubat-ubatan tersebut buat selama-lamanya.  Ini adalah kerana ubat-ubatan kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu.  Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

Memori Lemah – Sekiranya anda perhatikan, sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.

Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian.  Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.

Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.

Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah KESAN SAMPINGAN daripada pengambilan ubat tersebut jika diambil secara berterusan buat jangka masa yang panjang?

Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? 

Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK berkurangan?

Anda berhak untuk mendapatkan jawapan yang jujur dan ikhlas daripada doktor anda.  Ini merupakan hak asasi anda sebagai pesakit untuk mengetahui kebenarannya. 



Pernahkah Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?

Peringkat-peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi.



Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap


Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.


Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Walaupun anda telah tidur antara 8 atau 9 jam sehari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan mengantuk, khasnya pada waktu petang.



Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. 

Persembahan Tidak Tahan Lama.  Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejaskan kualiti hidup seks anda.


Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.


Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas, sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.



Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.


Peringkat Ke-7 (Peringkat terakhir) : Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh menyerang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal.  Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...



Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:

1) Agen Pengoksidaan
2) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. 

Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru hendak bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang bersifat sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku.


Tekanan Darah Tinggi sudah menjadi satu masalah kesihatan berleluasa yang sedang mengancam ramai orang. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, saudara atau kawan rapat yang telah menghidap masalah tekanan darah tinggi. 

Kemungkinan terdapat kawan yang baru diberitahu dia telah hidap masalah tekanan darah tinggi dan beliau sedang risau tentang penyakit ini. Tambahan lagi pesakit biasanya tidak suka untuk berkongsi dengan orang lain tentang masalah kesihatan diri sendiri.

Jadi, sila bantu kawan-kawan sebegini dengan mengkongsikan maklumat yang terdapat dalam laman web ini melalui Facebook atau Twitter! Anda mungkin dapat membantu seseorang dengan satu Klik!






"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."
 

  


ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com
017.2237241

 

 
 
 
 

 


2 comments:

  1. Alamak simptom tu ada pada zumal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....kena g check up tu abg Zumal. Jgn dibiarkan. Silent killer ni.

      Delete