Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 30, 2014

MANFAAT BUAH ANGGUR UNTUK KESIHATAN

 ~ Anggur Merah ~

Buah anggur merah bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tetapi juga dapat bermanfaaat untuk merawat kecantikan seperti kulit wajah.  Selain buahnya, kulit buah anggur pun memiliki kandungan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan seperti kandungan resveratrol.  Kandungan flavanoid, katekin, quercetin, prosianidin dan antosianin dalam resveratrol ini sangat berguna untuk mencegah kanser. 

~ Manfaat buah anggur merah ~

1) Mencegah penyakit jantung.  Kandungan antioksidan di dalam buah anggur dapat menghentikan proses oksidasi kolesterol jahat sehingga dapat mengakibatkan pembuluh darah tersumbat.

2) Mencegah kanser payudara.  Mengamalkan memakan anggur merah setiap hari dikatakan dapat mencegah daripada risiko terkena kanser payudara.

3) Meningkatkan kesihatan ginjal.  Menjadikan memakan buah anggur  merah sebagai rutin harian dapat membantu  untuk membuang zat asam pada ginjal.

4) Menghilangkan kedutan pada wajah.  Buah anggur kaya dengan vitamin dan mineral serta kandungan antioksidan yang membantu menghilangkan kedutan pada wajah.

5) Memutihkan gigi secara semulajadi.  Buah anggur mengandungi 'asam malat' yang bermanfaat untuk menghilangkan kekotoran pada gigi.  Buah anggur perlu digosokkan ke atas gigi untuk mendapatkan kesan pemutihan pada gigi.


~ Manfaat buah anggur hijau ~

1) Mengubati saluran pernafasan/asma.  Dikatakan memakan buah anggur hijau dapat merawat masalah seperti sesak nafas, batuk, hidung tersumbat dan mengeluarkan lendir berlebihan yang melekat pada saluran pernafasan.

2) Melancarkan saluran pencernaan.  Buah anggur hijau memiliki kandungan serat yang dapat melancarkan saluran percernaan sehingga boleh merawat masalah sembelit.

3) Alzheimer.  Kandungan resveratol dalam anggur hijau merupakan sebuah polifenol yang terbukti dapat mencegah penyakit Alzheimer dan menyihatkan fungsi otak.

4) Mencegah kanser payudara.  Jus anggur dikatakan sangat efektif dalam mencegah risiko kanser payudara selain dapat mengurangkan tempoh hayat tumor dalam payudara.

5) Meningkatkan stamina.  Buah anggur merupakan salah satu jenis buah yang mengandungi tenaga segera dan memiliki kandungan zat besi yang cukup tinggi sehingga mampu meningkatkan stamina dan tidak cepat letih.

6) Mencegah penyakit jantung.  Jus anggur dikatakan dapat mencegah pembekuan darah jika diamalkan setiap hari.  Selain itu, kandungan antioksidan dalam jus anggur hijau mampu menurunkan kadar kolesterol pada pembuluh darah.


~ Manfaat buah anggur hitam ~

1) Mencegah kanser payudara.
2) Mengatasi masalah asma, letih dan lesu.
3) Mencegah penyakit jantung.
4) Menurunkan kadar gula dalam darah.
5) Mengatasi masalah 'migrain'.
6) Menjaga daya tahan tubuh.
7) Membantu melancarkan sistem pencernaan.
8) Menjadikan kulit tampak awet muda.
9) Melembapkan kulit.
10) Memutihkan gigi.


Alternatif lain untuk menjaga kesihatan yang berasaskan buah anggur yang berkualiti....terbukti merawat kanser dan banyak lagi penyakit lain.  Selain mudah diambil, ianya adalah daripada bahan-bahan semulajadi, selamat dan terbukti berkesan.  Mudah dibawa kemana-mana sahaja, boleh diambil pada bila-bila masa.  Sesuai untuk semua insan yang ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran dan dalam  masa yang saya terkejar-kejar masa.



Ingin mengetahui lanjut tentang Vivix?  Hubungi saya di talian 017.2237241 @ ajukan pertanyaan anda ke aniraabdul@gmail.com.  Saya akan bantu anda.  Konsultasi adalah percuma.




~ Anira Abdul ~


1 comment:

  1. tak rugi melabur membeli vivix kerana kesannye menakjubkan..:)-

    ReplyDelete