Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

February 28, 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Apa keistimewaan ESP Shaklee ni sehinggakan semua pelanggan amat menggilainya???

Jika anda salah seorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN & ingin kekal BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapannya yang anda cari selama ini kerana ESP Shaklee adalah antara HOT ITEM, HOT SELLING, BEST SELLER, POPULAR PRODUCT & HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee.

Sebab apa dan kenapa semua orang tergila-gilakan ESP ni?? Jom kita baca dengan teliti dan tekun dan istiqomah antara 10 soalan popular yang sering & kerap ditanya oleh pelanggan setia Shaklee. Jom baca!
 

 
10 soalan berkaitan Energizing Soy Protein @ ESP
 
1. Apa itu Energizing Soy Protein atau @ ESP Shaklee?
2. ESP atau Alfalfa? Yang mana lebih bagus untuk susu ibu?
3. Berapa harga ESP?
4. Satu canister boleh digunakan berapa lama?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?


1. APA ITU ENERGIZING SOY PROTEIN @ ESP SHAKLEE?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. ESP ATAU ALFALFA? YANG MANA LEBIH BAGUS UNTUK SUSU IBU?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. BERAPA HARGA ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. SATU CANISTER BOLEH TAHAN BERAPA LAMA?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?  Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Selain daripada itu, ESP amat SESUAI untuk semua golongan seperti berikut:
1) Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2) Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3) Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4) Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5) Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat.


6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba. Antaranya milo + ESP + susu ataupun fresh milk + kurma + ESP dan banyak lagi.

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
In shaa Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.  Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi. TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? 
 
JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP memenuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN & sentiasa MESRA ALAM. 
 
Ramai yang telah merasa kebaikan dan keberkesanan ESP selepas penggunaan secara konsisten selama 3 hingga 4 minggu.  Ada yang maklumkan saya bahawa kulit makin licin, kulit makin gebu, kulit makin bersinar, kulit makin lembut, parut jerawat dan pembedahan selepas bersalin dah beransur pudar, rambut gugur dan berkurangan, susu ibu semakin meriah, letih-letih badan dah hilang dan banyakkkk lagi.

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

"Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!"

Untuk konsultasi premium dan harga istimewa, hubungi Shaklee Independent Distributor anda:

Ira Abdul
SID:1020172
017.223 7241
aniraabdul@gmail.com









'CINCH SHAKE MIX' MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN DENGAN SEGERA

Mengurangkan berat badan menjadi semakin sukar walaupun ia nampak mudah. Dan sebab itulah Shaklee yang mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi menjadikannya suatu yang lebih mudah & selamat dengan CINCH SHAKE MIX.

CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu.  Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (Lean Muscle Mass).

Mereka yang telah menjalani program ini keseluruhannya telah kehilangan lemak, berat, inci & pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.  Ini menjadikan pengguna Cinch Shake Mix tidak mengalami masalah kulit dan otot menggeleber walaupun telah mendapat berat badan yang ideal.

Cinch Shake Mix memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengahari?"
Cinch Shake Mix merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 

Setiap kali menikmati Cinch Shake Mix, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma dan membakar kalori. 


KEBAIKAN UTAMA CINCH SHAKE MIX
 
Memberi faedah seperti mengambil makanan , tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
  • Indeks glisemik yang rendah-22; sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • Dengan cinch pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine-asid amino.
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat 6gram setiap hidangan.
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO.
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh mengawal nafsu makan.
  • Memberikan tenaga berpanjangan...jadi anda tidak akan cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian.
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dengan cepat bila dah mendapat berat badan ideal.
  • Meningkatkan metabolisme badan. 
  • Anda boleh mengambil karbohidrat seperti nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan & mengurangkan inci pada badan.

Cinch Shake Mix Shaklee didatangkan dalam 3 perisa utama iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte.
 


Yang menjadi kegilaan orang ramai adalah perisa Chocolate & Cafe Latte.  Bagi yang bukan penggemar Nescafe pun boleh jatuh cinta dengan perisa Cafe Latte tu.  Superbb!!! rasa dia tau.  Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak pula, campuran ESP dan Cinch Shake Mix bukan sahaja membuatkan anda kenyang malah boleh kembalikan bentuk badan kepada asal terutamanya bahagian-bahagian yang menggelebeh selepas bersalin tu.  

Kebanyakkan customer yang dah mencuba Cinch Shake Mix ni akan mengalami perubahan besar dari segi inci dulu kemudian baru berat badan.  Sebab itu digelar Cinch kerana fungsinya membantu kita untuk mengurangkan ukur lilit sambil membakar kalori dan membentuk otot.

Jom kita tengok antara pengguna-pengguna Cinch Shake Mix Shaklee yang telah berjaya mencapai berat badan ideal masing-masing.




Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa.  Anda juga boleh menggunakan Shaklee ID saya bagi menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.


Ira Abdul
SID: 1020172
aniraabdul@gmail.com
017.2237241

"it is health that is real wealth and not pieces of gold and silver"  (Mahatma Gandhi)





KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHF PADA HARI JUMAAT


Surah Al-Kahf mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar umat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In Sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahf ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Rasulallah bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat; maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya." (H.R Baihaqi)
"Sesungguhnya barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (HR Hakim 3349)
Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: "Sesiapa membaca dari surah al-Kahf maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa  yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi s.a.w telah bersabda: "Sesiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari Kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)
Rasulallah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menjaga 10 ayat dari surah al-Kahf ia akan memiliki cahaya pada hari Kiamat." Hadis ini bersumber dari Abu Darda'. (Tafsir Nur Ats_Tsaqalyn 3:243)
Imam Ahmad berkata daripada Abi Darda' r.a yakni daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah al-Kahf maka terhindar daripada dajjal"  
Imam Ahmad berkata daripada Abi Darda' r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal"
Semoga kita semua tergolong dari orang-orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.  Hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu."  Sama-samalah kita amalkan pada setiap hari Jumaat agar sama-sama kita mendapat keberkatannya. In shaa Allah.
Wallahu'alam

February 26, 2014

JATUH CINTA??

Penat!!! Itulah apa yang aku rasakan pada ketika ini. Apa yang aku penatkan pun aku tak tahu. Tapi..apa yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara. Ada masanya terasa 'give up' untuk teruskan hidup.  Terasa hidupku sungguh huru hara, kelam kabut dan yang seangkatan dengannya. 

Terkadang terfikir difikiran, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang datang bertamu satu persatu dalam hidupku.  Akan tetapi, pabila perasan 'give up' mengundang dalam jiwa yang resah, cepat-cepat kalimah 'Astaghfirullahal'azim' ku lafazkan untuk membasahi bibirku....aku yakini kembali diri untuk ingat pada Allah yang maha pencipta.  Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah uji hambanya mengikut kemampuan hambaNya.

Sebelum ni...tidurku tidak pernah terganggu...tiada kedengaran suara anak kecil mengangis, tidurku tidak diganggu semata-mata untuk menyusukan anak, menukarkan lampin, mendodoikan anak sekiranya anak tidak tidur, bersengkang mata menjaga anak yang sakit dan yang seangkatan dengannya.  Kesimpulannya, tidurku dibuai mimpi yang indah sehinggalah selepas 7 tahun perkahwinan, kami dikurniakan rezeki yang cukup besar buatku dan suami.  

Tanggal 27 April 2012, maka lahirlah seorang putera sebagai penyeri rumahtangga kami yang telah lama sunyi sepi.  Maka terciptalah nama indah buat putera yang dinanti....Muhammad Asyan Darish Syauqi Bin Abdul Moit.  Moga menjadi anak yang soleh, sihat dan berjaya didunia & akhirat. In Shaa Allah.

Maka bermulalah proses perubahan ketara dalam rutin harianku yang telah sekian lama tidak pernah berlaku sebarang rombakan...hahahah..rombakan tau!!  Alhamdulillah dikurniakan anak yang sihat dan cerdik tetapi sedari dalam pantang sehinggalah kini, tidur malamku tidak seperti ibu-ibu yang lain. Adalah besar nikmat andai aku dapat tidur melebihi 3 jam sehari. Cukup nikmat.  Namun aku bersyukur walau anakku memperlakukan aku begitu...nak sedapkan hati, mungkin inilah masanya untuk aku menggantikan semula moment indah bersamanya sepanjang aku tinggalkan Darish Syauqi bekerja.

Ditakdirkan anakku ini tidak pandai menghisap botol susu sehinggalah umurnya menginjak 8 bulan. Bermacam-macam jenis botol susu dari yang murah hinggalah yang mahal telah ku cuba namun hasilnya adalah -ve.  So...ummi & walid boleh buat muzium botol susu ye Darish Syauqi!

Kerana berhasrat untuk menyusukan Darish sehingga usianya 2 tahun, jadi aku sanggup lakukan apa saja untuk Darish Syauqi.  Namun dek kerana tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai isteri, sebagai ummi dan juga sebagai seorang anak, terasa keletihan melanda diriku ini.

So.....bermulalah kerja2 tambahan diwaktu senggangku...ku PM beberapa orang Shaklee Independent Distributor untuk mendapatkan 'supplement' yang bersesuaian denganku memandangkan saya masih Fully BF...saya siap cakap klu boleh tak nak la 'supplement' tu nanti akan buatkan jumlah susu saya merudum since saya bersyukur sangat kerana kuantiti susu saya memang banyak...rezeki Allah beri.

Dipendekkan cerita, saya berminatla dengan iklan seorang SID ni...yang menjadi mak saya sekarang, Rokiah Abd Hamid.  Tu pun saya peram PM dia dkt 3 minggu kot! Haaaa...kejamkan saya.  So dari situ bermulalah kecintaan saya dengan Shaklee ni.

Maka setiap bulan, saya peruntukkan sedikit budget untuk membeli 'supplement' Shaklee ni untuk menjaga kesihatan seisi keluarga saya.  Ingat lagi....produk pertama yang saya beli adalah ESP sbb saya rasa kekurangan tenaga.  Mula2 ragu2 gak...boleh percaya ke produk ni?? x pe la...cuba je la dulu...tp alhamdulillah...selepas cuba ESP lebih kurang 1 minggu; kuantiti susu semakin meriah walaupun sebelum ni dah memang meriah...alhamdulillah, berat badan turun dengan sendirinya, anak lebih cepat kenyang sbb kesan ESP tu membuatkan susu kita menjadi lebih pekat, tidur malamnya pun lebih lama sedikit...almost 4 hours macam tu la, Darish pun dh kurang meragam dan menangis, mcm2 lagi la perubahan yang saya alami.

Namun waktu tu tak terfikir pun nak business Shaklee ni.  Dipendekkan cerita, business part time yang saya buat mengalami kerugian.  Memang terduduk kejap la....so, nekad dalam hati untuk bangkit semula dengan produk Shaklee walaupun waktu tu keyakinan cuma 30-70...

Atas dorongan hendak keluar dari zon selesa, saya nekad dan teruskan perjuangan dengan Shaklee. In Shaa Allah saya akan teruskan perjuangan ini walaupun saya sekarang ni baru lagi pegang title 'Distributor'.  Pendapatan bulan pertama saya pun cuma 2 angka je...tp ada gak rezeki daripada tak ada langsung kannnn....namun perjuangan tetap akan diteruskan.

So....jangan rasa rugi melabur duit untuk beli 'supplement' untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga.

Anira Abdul
SID:1020172
H/P: 017.2237241
aniraabdul@gmail.com