Terkadang terfikir difikiran, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang datang bertamu satu persatu dalam hidupku. Akan tetapi, pabila perasan 'give up' mengundang dalam jiwa yang resah, cepat-cepat kalimah 'Astaghfirullahal'azim' ku lafazkan untuk membasahi bibirku....aku yakini kembali diri untuk ingat pada Allah yang maha pencipta. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah uji hambanya mengikut kemampuan hambaNya.
Sebelum ni...tidurku tidak pernah terganggu...tiada kedengaran suara anak kecil mengangis, tidurku tidak diganggu semata-mata untuk menyusukan anak, menukarkan lampin, mendodoikan anak sekiranya anak tidak tidur, bersengkang mata menjaga anak yang sakit dan yang seangkatan dengannya. Kesimpulannya, tidurku dibuai mimpi yang indah sehinggalah selepas 7 tahun perkahwinan, kami dikurniakan rezeki yang cukup besar buatku dan suami.
Tanggal 27 April 2012, maka lahirlah seorang putera sebagai penyeri rumahtangga kami yang telah lama sunyi sepi. Maka terciptalah nama indah buat putera yang dinanti....Muhammad Asyan Darish Syauqi Bin Abdul Moit. Moga menjadi anak yang soleh, sihat dan berjaya didunia & akhirat. In Shaa Allah.
Maka bermulalah proses perubahan ketara dalam rutin harianku yang telah sekian lama tidak pernah berlaku sebarang rombakan...hahahah..rombakan tau!! Alhamdulillah dikurniakan anak yang sihat dan cerdik tetapi sedari dalam pantang sehinggalah kini, tidur malamku tidak seperti ibu-ibu yang lain. Adalah besar nikmat andai aku dapat tidur melebihi 3 jam sehari. Cukup nikmat. Namun aku bersyukur walau anakku memperlakukan aku begitu...nak sedapkan hati, mungkin inilah masanya untuk aku menggantikan semula moment indah bersamanya sepanjang aku tinggalkan Darish Syauqi bekerja.
Ditakdirkan anakku ini tidak pandai menghisap botol susu sehinggalah umurnya menginjak 8 bulan. Bermacam-macam jenis botol susu dari yang murah hinggalah yang mahal telah ku cuba namun hasilnya adalah -ve. So...ummi & walid boleh buat muzium botol susu ye Darish Syauqi!
Kerana berhasrat untuk menyusukan Darish sehingga usianya 2 tahun, jadi aku sanggup lakukan apa saja untuk Darish Syauqi. Namun dek kerana tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai isteri, sebagai ummi dan juga sebagai seorang anak, terasa keletihan melanda diriku ini.
So.....bermulalah kerja2 tambahan diwaktu senggangku...ku PM beberapa orang Shaklee Independent Distributor untuk mendapatkan 'supplement' yang bersesuaian denganku memandangkan saya masih Fully BF...saya siap cakap klu boleh tak nak la 'supplement' tu nanti akan buatkan jumlah susu saya merudum since saya bersyukur sangat kerana kuantiti susu saya memang banyak...rezeki Allah beri.
Dipendekkan cerita, saya berminatla dengan iklan seorang SID ni...yang menjadi mak saya sekarang, Rokiah Abd Hamid. Tu pun saya peram PM dia dkt 3 minggu kot! Haaaa...kejamkan saya. So dari situ bermulalah kecintaan saya dengan Shaklee ni.
Namun waktu tu tak terfikir pun nak business Shaklee ni. Dipendekkan cerita, business part time yang saya buat mengalami kerugian. Memang terduduk kejap la....so, nekad dalam hati untuk bangkit semula dengan produk Shaklee walaupun waktu tu keyakinan cuma 30-70...
Atas dorongan hendak keluar dari zon selesa, saya nekad dan teruskan perjuangan dengan Shaklee. In Shaa Allah saya akan teruskan perjuangan ini walaupun saya sekarang ni baru lagi pegang title 'Distributor'. Pendapatan bulan pertama saya pun cuma 2 angka je...tp ada gak rezeki daripada tak ada langsung kannnn....namun perjuangan tetap akan diteruskan.
So....jangan rasa rugi melabur duit untuk beli 'supplement' untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga.
Anira Abdul
SID:1020172
H/P: 017.2237241
aniraabdul@gmail.com
terharu mak baca... moga impian menjadi kenyataan
ReplyDeleteTerima kasih mak sbb sudi membantu anakmu yg masih jauh lagi langkahnya ini...in shaa allah...lambat atau cepat, akan anakmu ini teruskan perjuangan! Terima kasih sebab tak jemu2 melayan kerenah anakmu ini.
Delete