Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 29, 2014

EKZEMA OH EKZEMA....



Ekzema....

Kulit merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.  Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh seperti cuaca, sinar matahari dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan kulit terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh menjadi punca ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.
Pelbagai jenis penyakit berpunca daripada keadaan sekeliling serta udara yang semakin tidak sihat sekarang.  Pelbagai penyakit berjangkit mampu menghuni tubuh badan yang terdedah secara sengaja ataupun tidak.  Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema.  Penyakit ini menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina dan kaum/bangsa.

Menurut Datuk Dr. Rajendran Mamickvasagar, Ketua Pegawai Eksekutif Holista Biotech S/B, selain ekzema, terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.

Walaubagaimanapun, penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema.  Mengikut perkiraan statistik, satu daripada 5 orang akan mendapat penyakit kulit ini dan adakalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah dan bernanah.

Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini.  Antaranya ialah faktor pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun dan sebagainya.
Begitupun, kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau kedua-duanya daripada ibubapa boleh memberikan kesan genetik tersebut.

Pelbagai jenis rawatan boleh digunakan untuk merawat masalah ini.  Antaranya ialah penggunaan ubat steroid, anti histamin, krim dan sebagainya.  Namun begitu, kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi lebih serius atau kronik.

Sehingga kini punca sebenar ekzema tidak dapat dikenalpati.  Namun biasanya ianya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun mandi, sabun cuci pakaian, air berklorin tinggi dan sebagainya.

Bila berbicara tentang kaedah rawatan pula, ianya bergantung kepada tahap keseriusannya.  Pelbagai produk telah berada di pasaran dalam usaha untuk membendung masalah ekzema.

Selain krim seperti ceramide yang lazimnya digunakan, terbaru krim Truveno juga mampu mengurangkan penyakit kulit yang dialami.  TETAPI...apakah kesan jangka panjang ubat-ubatan ini kepada diri kita sebagai pengguna?

Ingin mendapatkan krim ajaib yang boleh membantu mengurangkan masalah kulit dan ekzema anda?  Krim ajaib ini adalah 100% semulajadi, selamat dan terbukti berkesan kepada semua golongan tanpa mengira peringkat usia.




"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."
 




Hubungi saya:


ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com
017.2237241

2 comments:

  1. Zumal pun ada masalah alahan... Kulit sangat sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....kena jaga makan ni abg Zumal. Mcm anak saya pun, sensitif sgt2 especially lepas putus susu. Tp skrg ni dh kurang sikit lepas saya bg dia mealshake.

      Delete