Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 8, 2014

PADA SUAMI, ISTERI DAN ANAK ADA REZEKI DARI ALLAH

Pada Suami,Isteri dan anak ada rezeki yang ALLAH bagi buat kita...hargailah & sayangilah mereka.


Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kantin kompleks. Kerana ada urusan pekerjaan maka mereka pun bertukar BB PIN.

Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki.

Gadis : Awak hebat ya. Punya syarikat sendiri, berjaya pulak tu.
Lelaki : Terima kasih

Esoknya si gadis telefon sekadar say hello.

Gadis : Bila lagi kita boleh makan bersama lagi?
Lelaki : Bila-bila je boleh.

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan telefon, sesekali juga temujanji ingin makan bersama-sama.  Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis BBM :

"Sebenarnya aku mencintaimu, aku tahu kamu sudah berkeluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu."

Dengan berat hati lelaki itu berkata beluau menjawab:

"Dik, aku mengerti dan paham maksudmu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tahu kamu memang cantik dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak, bergaya dan berjaya? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.  Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.
Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.

Kalau kamu menyukai aku, ertinya kamu tinggal memetik hasilnya dan cara ini tidak pernah abadi.

Tahukah kamu bahawa aku memulai ini dari 0 dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.

Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu."






Kredit: Raja Shamri 


Sekadar untuk perkongsian dan peringatan bersama.  Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.


Ingin mendapatkan suplemen yang terbaik, semulajadi & selamat untuk anda & keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee pada harga istimewa berserta konsultasi percuma?

"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."


Hubungi:

~ Anira Abdul ~
017.2237241
aniraabdul@gmail.com 



 

No comments:

Post a Comment