Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 23, 2014

'DISCOVERY OF LOVE'

Masuk hari ni dah 4 ke 5 hari Darish tukar time tidur dia...sebab apa saya cakap macam tu? Sebab dia tidur macam biasa...jam 9.00 malam.  Biasa dia akan bangun dalam pukul 5.00 pagi....tetapi dah beberapa hari ni dia bangun pukul 11.30 malam.  Kalau setakat bangun tak kacau orang tak pe la juga kan...ni tidak.  Dia bangun, digegarnya satu rumah suruh teman dia bangun juga.

Mula-mula tu ummi layan la juga kan.  Dalam hati mungkin dia terlebih tidur siang ke.  Tapi bila dah 3 hari berturut-turut, macam pelik la pula....So tanya emak samada Darish tidur lebih dari 2 jam ke beberapa hari ni?  Emak kata tak de...siap tidur kurang dari 2 jam ada la.
Nenek terpaksa tetapkan tidur siang Darish tak lebih dari 2 jam sebab sebelum-sebelum ni masa Darish dihantar ke rumah pengasuh, dia akan ditidurkan lebih kurang 6 jam pada waktu siang.  Jadi...bila malam, dia tidur dalam pukul 9.00 malam dah tu bangun dalam pukul 3 or 4 pagi....setiap hari.  Mungkin sebab terlebih tidur waktu siang kot.

Haaaaa....jadi apa punca ni Darish???? Tolonggggg!!! Ummi dah macam mata panda tau kat tempat keje.  Darish sekarang duduk dengan nenek dia...dia tak mo g umah pengasuh....kalau saya hantar ke rumah pengasuh tu, saya kena main kejar-kejar dengan Darish pusing keliling kereta.  Dah tu Darish pula menangis meraung-raung.  Memang sedih bila ingat-ingat balik.

Pernah juga tanya kenapa...tapi jawapan dia tetap sama.

Ummi   : Esok Ayish gi umah mak ye?
Darish  : Nanak (Tak nak sambil geleng-geleng kepala + mulut muncung 3 depa)
Ummi   : Kenapa tak nak ni?
Darish  : Mama bit (mama cubit)
Ummi   : Mama bit? Dekat mana?
Darish  : Ni....atitttt (sini...sakit sambil tunjuk dekat peha dia.
Ummi   : Ye ke?  Ni Ayish jatuh sendiri tak? (Sebab memang ada tanda lebam)
Darish  : Tak...mama bit....mama puk  (mama cubit, mama pukul)
Ummi   : Ayish nakal, tak nak dengar cakap mama, sebab tu mama bit.

Saya perhatikan, bila saya cakap macam tu (ayat terakhir dialog tu), Darish akan buat muka selamba je...sambil main mainan dia.  Tapi bila nenek ke walid dia tanya soalan yang sama, jawapan dia tetap sama.  Tak tahu la sejauh mana kebenarannya sebab Darish baru 2 tahun lebih kan...tapi ramai yang kata budak ni jujur.  Wallahu'alam.

Dah menyimpang sampai ke laut merah dah ni.....hihihihi :)

So...bila Darish bangun tengah malam, biasanya dia akan kejut ummi dulu.  Kalau ummi buat-buat tak bangun, dia akan kejut ayid dia.  Nak dijadikan cerita semalam dia kejutkan ayid dia nak minta susu, ayid dia tak sedar....lastly anak bertuah ni pergi tampar ayid dia....tak gitu ayid dia pun tak bangun ye dak!  Kelakar pun ada.

Bila dah bangun tengah malam, tak tau nak buat apa, ummi tanya Darish...tengok wiwi nak? (Tengok TV nak?)...Ayish kata...wiwi? nak...

So, sebab dah tengah malam, tak de apa nak di tengok, maka tekanlah channel 393 la kot...cerita korea.  Padahal sebelum-sebelum ni tak pernah layan pun.  So dah beberapa hari ni terjebaklah ummi dengan Darish tengok cerita 'Discovery of love'.  Bila dah 3 hari tengok, macam best la pula jalan ceritanya.  Sampai hari ni masih layan lagi.  Suka tengok hero dia...handsome pula pada mata kasar saya. Hiihii...jom cuci mata tengok muka hero handsome yang saya maksudkan ni ye....jangan muntah pula hokey!!!

~ Eric Mun ~

 
~ Eric Mun bersama Jung Yoo Mi ~

~ Barisan pelakon utama Discovery of Love ~

 
~ Eric Mun ~

Boleh layan la cerita Discovery of Love ni.  Biasa saya dengan Darish akan marathon la beberapa hari ni.  Lepas cerita ni habis, layan Running Man pula sampai 2 episod.  Dalam pukul 3 lebih tu baru Darish tertidur balik.  So, bila dia tertidur balik...peluang ummi untuk sambung tidur juga.  Tapi nanti automatik pukul 5 jam loceng ummi ni berbunyi...ajak tengok cartoon pula...padahal rancangan cartoon dia tu pukul 6.30 baru mula.  Jadi kena bukakan TV channel 551 tu...layan discovery channel kot...tak hengat bab channel-channel ni.

Ok la...sapa yang tak boleh tidur malam tu, boleh la layan cerita ni lepas ni ye.  Memang tak rugi la.  Last cerita Korea yang saya tengok tahun bila ntah...yang ada lagu Miraie tu.  Lepas tu tak ada kot.  Yang saya ingat cerita Korea yang saya pernah tengok Winter Sonata...ni pun masa zaman2 study kot.  Lupa la!!!!!





~ Discovery of Love ~
 












 Arghhhh....sudah...sudah...giler kalau dok tengok gambar-gambar Eric ni.  Rupa-rupanya Eric ni penyanyi kumpulan Shiwah (kalau salah sorry ye). Ha...kacak kau!  Suami cakap nanti terkenan dekat baby dalam perut.  Kihkihkih...




2 comments:

  1. terpaksa layan korea untuk teman anak yer...anak ema pula lebih suka duduk rumah pengasuh...

    ReplyDelete