Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 16, 2014

UJI MINDA BERSAMA DARISH

Macam biasa, kalau nak dah mengantuk...sebelum melelapkan mata Darish akan buat sesi uji minda bersama ummi dan walid.  Bukan la sesi apa sangat pun, tapi pada pemerhatian saya, aktiviti sebegini merapatkan lagi hubungan antara saya dan Darish lebih-lebih lagi bila dah ditinggalkan seharian kerana bekerja.

Mesti semua tertanya-tanya kan apa la yang saya maksudkan sesi 'Uji minda' ni kan...hihihi...bukan uji apa sangat pun...sekadar perbualan biasa antara anak dan ummi serta walid dia. Kikikikiki....

Biasanya, bila nak tidur je Darish akan minta susu dan ajak minum susu dalam bilik.  Lepas habis minum susu, dia akan terus tanya. 

Darish: Mi....ayid? (ummi, walid mana?
Ummi : Ayid work.
Darish: Werkk.... (dia sebut work tu pekat giler....almaklumlah...anak org jawa)
Ummi : Ha'a...work.
Darish: Werkk...ayik wet...li pers, cucu (work, cari duit, beli pampers, susu)
Ummi : Pandai.
Darish: didi (daddy)
Ummi : Sleep
Darish: amy (mummy)
Ummi : Sleep
Darish: aiq (Faiq)
Ummi : Sleep
Darish: bibi (baby)
Ummi : Sleep
Darish: Mi...mbu (lembu)?
Ummi : Tido
Darish: Abeng (kambing)?
Ummi : Tido
Darish: Ayam?
Ummi : Tido juga...dah malam kan...ayam nak rehat.
Darish: Bebek (itik)?
Ummi : Tido
Darish: Dob (Dog)?
Ummi : Sleep.
Darish: Mau (Harimau)?
Ummi : Sleep.
Darish: Mi....ayish atuk...(Ayish mengantuk)
Ummi : Ok...dah tido...ummi tepuk ye.
Darish: Ha...sambil angguk2 kepala + pejam mata.
Ummi : Bunyi ayam macam mana Darish?
Darish: Tok
Ummi : Itik?
Darish: kuek
Ummi : Lembu?
Darish: Mok
Ummi : Bird?
Darish: Cit..cit...cit
Ummi : Kambing?
Darish: mbek
Ummi : Harimau?
Darish: hauwwww
Ummi : Dog?
Darish: go...go...go
Ummi : Fish?
Darish: ssssssss

Hihihi....hari2 asyik ulang soalan dan perkara yang sama sebelum tidur sampai la Darish tertidur.  Kalau tak ummi yang tanya, Darish yang akan tanya.  Pada saya, untuk kanak-kanak sebaya Darish yang berusia hanya 2 tahun 7 bulan, perkara sebegini dah cukup baik untuk perkembangan mereka.  
~ Muhammad Asyran Darish Syauqi Abdul Moit ~

Syukur sangat2 dikurniakan anak yang cerdik dan cergas macam Darish.  Walau ada kelemahan Darish, saya masih mencuba untuk memupuk minatnya secara perlahan-lahan.  Sebab, bila saya teliti semula, Darish lebih cenderung kepada jenis-jenis haiwan, jenis-jenis kenderaan & anggota badan.  

Buktinya, bila ditanya mata mana? Cepat2 Darish kelip-kelipkan matanya...alhamdulillah kalau ditanya tentang anggota badan, dah boleh jawab semuanya dengan betul.  Begitu juga dengan jenis-jenis kenderaan dan haiwan.  Tapi...dia kurang minat bila di ajar membaca ABC mahupun 123 mahupun alif ba ta....nak ikut tapi tak teliti macam dia tengok buku-buku tentang kenderaan, haiwan dan anggota badan.

Ini lah aktiviti kami setiap malam sebelum Darish tidur.  Ummi layan je sebab ummi kena tebus balik masa yang ummi tinggalkan Darish untuk bekerja.  Kadang-kadang, ummi pun tertidur sekali. Hihihihi....

Sekadar coretan hati ummi Darish.


Ingin dapatkan SET ANAK SIHAT DAN PINTAR? Hubungi saya di talian 017.2237241 @ hantarkan email ke aniraabdul@gmail.com.  Konsultasi adalah PERCUMA!






No comments:

Post a Comment