Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 14, 2014

ATASI ANEMIA SEMASA HAMIL

"ANEMIA bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang kerap berlaku dikalangan wanita hamil.  Sebab utama anemia adalah kekurangan zat besi.  Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anemia atau tidak setelah anda disahkan hamil."

Anemia biasanya berlaku apabila paras hemoglobin (sel darah merah) individu menurun di bawah julat yang dianggap normal yang mana paras julat normal bacaan hemoglobin dewasa adalah diantara 12-15mg/dl.  Sementara itu, wanita memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

Beberapa faktor telah dikenalpasti menyumbang kepada risiko anemia terutamanya dikalangan ibu hamil.  Antaranya ialah:
  • Ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan.
  • Ibu yang hamil anak kembar.
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat.
  • Tabiat pemakanan yang tidak baik.
  • Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan.
  • Penggunaan ubat-ubatan anti-konvulsi.
  • Perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif oleh badan.

APAKAH KOMPLIKASI DARIPADA ANEMIA TERUTAMANYA KEPADA IBU YANG HAMIL?
  • Risiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pra-matang.
  • Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut.
  • Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang kepada risiko lain termasuk kematian.
  • Lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin.
  
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI YANG ANDA MENGHIDAP ANEMIA?

  • Cepat letih
  • Rasa tidak bermaya
  • Terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • Pucat dan lesu
  • Berdebar-debar
  • Loya
  • Sakit kepala & pening
  • Mudah lupa
  • Keradangan pada lidah
  • Sukar bernafas
BAGAIMANA MENENTUKAN TAHAP ANEMIA? JOM LIHAT JADUAL DI BAWAH.

< 6.9         Sangat teruk
6.9 - 8.0    Teruk
8.0 - 9.5    Sederhana
9.5 - 10.5  Ringan
Dimana tahap hb anda?  Kepada ibu hamil, jangan memandang rendah kepada masalah anemia.  Pengambilan suplemen yang banyak zat besi dan asid folik amat-amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini.
Pengambilan zat besi tambahan yang tidak sesuai memberi kesan sampingan yang boleh mengundang kepada masalah sembelit iaitu masalah yang kerap berlaku kepada ibu-ibu yang hamil terutamanya apabila kandungan semakin membesar.
Oleh yang demikian, pemilihan pil zat besi tambahan yang sesuai perlu diambil perhatian agar tiada masalah tambahan yang timbul.  Pengambilan Zat besi bersama Vitamin C juga sangat-sangat digalakkan kerana Vitamin C membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam badan.  
TIPS:
Elakkan daripada mengambil zat besi bersama-sama dengan Kalsium, susu mahupun minuman berkafein atau minuman bergas kerana menghalang penyerapan zat besi secara optimum.
TAHUKAH ANDA?
Vitalea Shaklee dengan formulasi Zat besi merupakan salah satu alternatif yang ternyata berkesan dalam menangani masalah anemia sewaktu hamil.  
BAGAIMANA VITALEA SHAKLEE MEMBANTU ATASI MASALAH ANEMIA KETIKA HAMIL?
~ Pelengkap nutrisi dan nutrien
   Vitalea mengandungi semua vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi yang kurang   
   di dalam badan kita.  Darah akan terhasil dengan lebih berkualiti jika nutrien dalam badan 
   kita lengkap.  
~ Meningkatkan selera makan
   Di dalam Vitalae mengandungi Vitamin B Complex.  B Complex menukarkan makanan 
   kepada tenaga yang menyebabkan kita mudah lapar.
~ Meningkatkan imuniti badan
   Di dalam Vitalea turut terdapat Vitamin C yang membantu meningkatkan daya tahan 
   daripada jangkitan kuman dan sebagai anti-oksidan.
 
~ Metabolisme
   Vitalea membantu dalam proses stimulasi metabolisme dan melambatkan proses 
   penuaaan.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai suplemen yang membantu mengatasi masalah Anemia terutamanya dikalangan ibu hamil?  Hubungi saya...in shaa allah saya akan bantu sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya sendiri mengatasi masalah anemia menggunakan SET KEHAMILAN LENGKAP Shaklee.


"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."



 
Facebook : Ira MT
SMS/Whatsapp : 017.2237241
Email : aniraabdul@gmail.com














No comments:

Post a Comment