Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

August 30, 2014

MERAWAT BUASIR DENGAN SHAKLEE

Buasir atau Hemorrhoid adalah berpunca daripada pembengkakan pembuluh darah vena. Juga dikenali sebagai Varicose Vein di daerah anus dan rectum.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buasir berpunca daripada pembengkakan dan pergerakan ke bawah anal cushions.

Penyakit ini boleh dicegah dan rawatannya juga tidak terlalu rumit sekiranya rawatan dibuat seawal mungkin.  Tanpa rawatan awal, buasir akan bertambah teruk dari semasa ke semasa.

August 29, 2014

RISIKO BERAT BADAN BERLEBIHAN, FAKTOR PENYEBAB, KOMPLIKASI DAN RAWATAN YANG BOLEH DIAMBIL



Berat badan seseorang akan bertambah apabila individu itu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan untuk dijadikan tenaga.  Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

Masalah kegemukan atau Obesiti tidak berlaku dalam tempoh yang singkat sebaliknya memakan masa berbulan dan bertahun.  Bagaimana mengetahui samada berat badan kita berlebihan atau ideal?  Jawapannya adalah dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) individu tersebut.  Cara pengiraannya adalah seperti berikut:

PANTANG LARANG DAN TIPS PENGAMBILAN VITAMIN


ANDA TIDAK MENDAPAT SEBARANG MANFAAT ATAU PERUBAHAN SETELAH MENGAMBIL SUPLEMEN DAN VITAMIN? KENAPA PERKARA SEBEGINI BERLAKU? ADAKAH SUPLEMEN ITU SENDIRI YANG TIDAK BERKUALITI ATAU KITA YANG TIDAK MENGIKUT CADANGAN YANG BETUL? Jom kita sama-sama belajar!!!

Adalah disarankan untuk mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan makan secara konsistem selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian.  Tambahan pula, sel-sel kita hidup antara 90 hingga 120 hari.

1)     Jangan pandang remeh pada pengambilan air putih

Ramai yang bermasalah untuk mengamalkan meminum air putih dan lebih gemar kepada air yang bergula dan berperisa.  Tahukah anda bahawa air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan masalah obesiti.

Adalah disarankan untuk mengamalkan meminum air putih dengan banyak terutamanya apabila kita mengambil vitamin.  Tujuannya adalah agar proses penyerapan vitamin oleh tubuh kita berlaku dengan lancar.

Anda boleh gunakan panduan berikut untuk menyukat jumlah air putih yang perlu diambil sehari.


 


 

August 28, 2014

CADANGAN MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE





Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali dengan hipertensi bukan lagi penyakit yang asing bagi masyarakat kita hari ini.  Namun seolah-olah telah menjadi trend bagi kebanyakkan orang hari ini menghidap penyakit ini terutamanya yang tinggal di bandar.  Jika dibiarkan, penyakit ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan di bahagian otak, mata, jantung dan ginjal.

August 27, 2014

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

Sekarang ni kalau kita perhatikan, rata-rata setiap rumah memasang penapis air bagi memastikan kualiti air yang disalurkan ke dalam rumah adalah bersih dan terhindar dari bendasing-bendasing yang tidak diingini.

Tetapi, rata-rata juga tahu akan harga penapis air ni kannnnn.  Harga yang agak sukar untuk dimiliki oleh semua golongan.




APA ITU GET CLEAN WATER PITCHER?
  • Adalah penuras air yang mudah dibawa kemana sahaja
  • Berupaya menuras sehingga 80 gelen/303 Liter air
  • Mengurangkan paras klorin, plumbum, merkuri, kadmium dan bahan tercemar
  • Blok karbon isi semula yang semulajadi dan mesra alam
  • Penukaran filter 4 bulan sekali secara purata

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE

Khasiat teh terutamanya untuk kesihatan sudahpun diketahui ramai.  Malahan, beberapa kajian telahpun dijalankan diseluruh dunia untuk mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau contohnya dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan harian kita.  Jurnal Institut Kanser Negara pula pernah menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal yang menunjukkan; meminum teh hijau dapat membantu mengurangkan risiko barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60%.

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk menghasilkan minuman yang luar biasa hebatnya.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

KELEBIHAN DAN MANFAAT PENUH B COMPLEX SHAKLEE UNTUK ANDA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ramai yang tahu betapa pentingnya Vitamin B untuk semua golongan dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.

Shaklee juga ada Vitamin B yang dikenali sebagai B Complex Shaklee.


KEPENTINGAN B COMPLEX SHAKLEE
  • Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.
  • Penting untuk kesihatan mata, kuku, kulit dan rambut.
  • Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh kita.
  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah

August 22, 2014

MALAYSIA BERKABUNG - MH17



Hari ni 22 Ogos 2014....hari Malaysia Berkabung bagi menghormati seluruh mangsa ujian tragedi MH17.  Seramai 20 orang mangsa akan disemadikan hari ini ditempat pengkebumian masing-masing.

August 20, 2014

SUSU vs OSTEMATRIX SHAKLEE



Sebut je susu....pelbagai memek muka dapat kita lihat.  Ramai yang kurang berminat untuk minum susu.  Pelbagai alasan boleh kita dengar...antaranya leceh la nak bancuh bagai, rasanya tak sedap la, dan macam-macam alasan lagi.  Tapi ramai yang maklum tentang kepentingan kalsium yang ada didalam susu terutamanya untuk mengelakkan bongkong sebelum waktunya, rongak sebelum semua usianya, sakit pinggang ataupun sengal-sengal kaki.

Tahukah anda?

August 6, 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

Bulan ni GLA Shaklee ada promo...macam biasa...beli 6 percuma 1.  Tapi...apa GLA complex tu?

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak Borage yang mengandungi asid Gamma Linolenik (GLA), asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

Kebanyakkan GLA (Gamma Linolenik Acid) yang ada dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak daripada minyak Borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO.  Shaklee hanya mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Asid Gamma Linolenik digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, melancarkan kitaran haid dan melegakan tanda-tanda monopous.

Setiap kapsul GLA mengandungi lebih daripada 300mg GLA yang mana ianya merupakan sumber terbaik Omega-6.  Gabungan diantara minyak  bunga matahari dan Vitamin E adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.