Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

August 28, 2014

CADANGAN MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE





Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali dengan hipertensi bukan lagi penyakit yang asing bagi masyarakat kita hari ini.  Namun seolah-olah telah menjadi trend bagi kebanyakkan orang hari ini menghidap penyakit ini terutamanya yang tinggal di bandar.  Jika dibiarkan, penyakit ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan di bahagian otak, mata, jantung dan ginjal.


Tekanan darah tinggi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

1) Pra Hypertensi - apabila nilai bacaan tekanan systolic 120-139 & diastolic 80-89
2) Tekanan darah tinggi/Hipertensi (sederhana) - nilai bacaan systolic 140-159 & diastolic 90-99
3) Tekanan darah tinggi/hipertensi (tinggi) - nilai bacaan systolic melebihi 160 & diastolic melebihi 100


Sudahkah anda periksa tekanan darah anda?  Dimanakah tahap tekanan darah anda?

Tahukah anda bahawa penyakit tekanan darah tinggi meningkatkan lagi risiko menghidap sakit jantung, buah pinggang dan juga stroke.  Penyakit ini dikenalpasti antara penyakit yang berbahaya kerana kebiasaannya tiada sebarang tanda atau amaran yang diberi.  Selain itu, penyakit ini juga tidak mengira usia, bangsa ataupun jantina.

SIMPTOM PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

  • Gejala ringan seperti pening atau sakit kepala
  • Sering gelisah
  • Sukar tidur
  • Mudah marah
  • Wajah merah
  • Tengkuk terasa penat
  • Sesak nafas
  • Telinga berdengung
  • Mudah penat
  • Pendarahan hidung 
  • Mata berpinar


APAKAH PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI?
Terdapat beberapa punca yang dikenalpasti menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi kepada seseorang.  Antaranya ialah:
  • Keturunan.  Jika ada dikalangan orang tua kita atau saudara mara yang memiliki tekanan darah tinggi, kemungkinan untuk kita menghidap penyakit ini adalah besar.  Ada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.
  •  Usia.  Semakin usia seseorang meningkat, tekanan darah pun akan seiring meningkat.  Tekanan darah sewaktu muda tidak akan sama semasa kita meningkat tua namun ianya akan berada dalam tahap yang terkawal sekiranya kita dapat mengendalikannya dengan baik.
  • Obesiti.  Orang yang memiliki berat badan melebihi 30% daripada berat badan ideal berkemungkinan besar akan berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi.
  • Garam.  Pengambilan garam atau makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi menjadi penyumbang kepada masalah ini.
  •  Kolesterol.  Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan juga menyebabkan saluran darah/arteri tersumbat.  Ini secara tidak langsung akan memaksa jantung untuk bekerja lebih kuat untuk mengepam darah dan oksigen yang diperlukan oleh tubuh kita.
  •  Stress
  •  Kafein
  •  Alkohol
  •  Kurang aktiviti fizikal/kurang bersenam


KESAN PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

1)    Stroke/otak
2)    Gangguan penglihatan/mata
3)    Arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang
4)    Kerosakan buah pinggang yang bertindak sebagai penapis untuk menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
5)    Tekanan darah tinggi kelama-lamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
6)    Serangan jantung



ADAKAH KITA BOLEH MENGATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI INI?

Jawapannya adalah YA boleh!  Nak tahu bagaimana caranya? Jom!!

1)       Bersenam secara teratur
2)       Tarik nafas dan bermeditasi seperti yoga atau taichi (Teknik pernafasan)
3)       Pengambilan makanan berpotasium
4)       Elakkan pengambilan sodium berlebihan
5)       Pengambilan ‘Dark Chocolate’
6)       Kadar rehat yang mencukupi
7)       Pengambilan makanan yang mengandungi Kalium, Magnesium dan Kalsium
8)       Kurangkan pengambilan minuman atau makanan beralkohol
9)    Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, tembikai dan mangga.
10)    Berhenti merokok
11)    Kawal kadar kolesterol anda
12)    Hindari ubat yang boleh meningkatkan tekanan darah anda

Mungkin anda telah melakukan semua yang telah doktor sarankan dan aktiviti-aktiviti seperti di atas akan tetapi tekanan darah anda masih belum berada pada paras normal.
Shaklee mampu membeirkan nuterien yang mampu untuk mencegah tekanan darah tinggi dengan mengamalkan Omega Guard, Garlic Complex dan juga Ostematrix.



  • Omega Guard

·         Telah diuji dan dibuktikan dapat membantu mengurangkan hipertensi.
·         Mengandungi Omega 3 dan 6 yang membantu melancarkan perjalanan darah dan menghalang pembekuan darah.




  • Garlic Complex

·         Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
·         Berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
·         Menurukan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah.


  • Ostematrix

·         Menstabilkan tekanan darah akibat stress.
·         Memberi kesan penenang.
·         Memelihara denyutan jantung.
·         Menggalakkan tidur yang lena.
·         Memperbaiki jantung berdebar, depresi dan sakit kepala.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa suplemen lain yang disarankan kepada penghidap penyakit tekanan darah tinggi.  Antaranya adalah:
  • B Complex

·        Mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf.  Tekanan darah tinggi selalu berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

  • Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E

·   Gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

  • Vivix

·    Menyeimbangkan tekanan darah kerana mempunyai antioksidan yang tinggi yang berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-viral dan anti-inflamation.

Untuk mendapatkan konsultansi berterusan dari saya, sila hubungi saya di talian 017.2237241 atau email saya di aniraabdul@gmail.com.



ANIRA ABDUL
Shaklee Independent Distributor
 






No comments:

Post a Comment