Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

August 29, 2014

PANTANG LARANG DAN TIPS PENGAMBILAN VITAMIN


ANDA TIDAK MENDAPAT SEBARANG MANFAAT ATAU PERUBAHAN SETELAH MENGAMBIL SUPLEMEN DAN VITAMIN? KENAPA PERKARA SEBEGINI BERLAKU? ADAKAH SUPLEMEN ITU SENDIRI YANG TIDAK BERKUALITI ATAU KITA YANG TIDAK MENGIKUT CADANGAN YANG BETUL? Jom kita sama-sama belajar!!!

Adalah disarankan untuk mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan makan secara konsistem selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian.  Tambahan pula, sel-sel kita hidup antara 90 hingga 120 hari.

1)     Jangan pandang remeh pada pengambilan air putih

Ramai yang bermasalah untuk mengamalkan meminum air putih dan lebih gemar kepada air yang bergula dan berperisa.  Tahukah anda bahawa air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan masalah obesiti.

Adalah disarankan untuk mengamalkan meminum air putih dengan banyak terutamanya apabila kita mengambil vitamin.  Tujuannya adalah agar proses penyerapan vitamin oleh tubuh kita berlaku dengan lancar.

Anda boleh gunakan panduan berikut untuk menyukat jumlah air putih yang perlu diambil sehari.


 


 

 
2)     Jarakkan masa pengambilan ubat dan vitamin
Adalah tidak digalakkan sama sekali untuk kita memakan semua vitamin dalam satu-satu masa.  Strategi ini akan meningkatkan kepekatan darah dalam badan kita dalam satu-satu masa.  Akibatnya, kita tidak akan menikmati kesan sesuatu vitamin yang diambil.

Ramai yang gemar mengamalkan pengambilan vitamin sebelum masuk tidur.  Kaedah ini adalah sama sekali tidak digalakkan memandangkan kita akan berhadapan dengan masalah kekurangan minum air putih.

Adalah disarankan untuk mengagih-agihkan vitamin yang diambil mengikut masa yang dicadangkan atau yang mana bersesuaian dengan keperluan kita agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa.  Anda boleh jarakkan masa pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam.  Selain itu, tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban pada buah pinggang kita.

3)     Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Adalah tidak digalakkan untuk mengambil vitamin bersama ubat serentak dalam satu-satu masa terutamanya sekiranya anda dibawah pemantauan doktor atas masalah kesihatan.

Anda boleh menjarakkan masa pengambilan ubat dan vitamin sekurang-kurangnya 2 jam bagi mengelakkan masalah kecelaruan darah dan seterusnya vitamin tidak dapat diserap dengan baik.

4)     Elakkan pengambilan kafien dalam diet harian anda
Tahukah anda bahawa pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita?  Adalah disarankan untuk mengurangkan pengambilan kafien dalam diet harian kita untuk mengelakkan daripada kita mendapat kesan seperti yang diharapkan.

5)     Alfalfa, Vitamin E dan GLA Complex
Adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa bersama Vitamin E dan GLA Complex dalam satu masa serentak.  Ini kerana Alfalfa akan menggangu proses penyerapan Vitamin E.

6)     Ostematrix, ESP dan VitaLea (Iron)
Elakkan mengambil Ostematrix bersama VitaLea kerana Kalsium akan menghalang penyerapan iron.  ESP juga mengandungi Kalsium.  Jarakkan pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam untuk setiap vitamin ini.  Kalsium sebaik-baiknya diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana Kalsium dapat berada lama dalam badan sewaktu tidur.

7)     Pesakit Thalasemia
Pesakit Thalasemia adalah TIDAK digalakkan mengambil VitaLea kerana kandungan iron didalam VitaLea.

8)     Pesakit SLE
Pesakit SLE pula TIDAK boleh mengambil Alfalfa kerana Alfalfa mengandungi sejenis asid amino-L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan.

9)     Pesakit Anemia
Kepada pesakit Anemia pula, TIDAK digalakkan mengambil Alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

10)  Protein
Protein digalakkan diambil pada waktu pagi semasa perut kosong kerana metabolisme badan kita tinggi pada waktu pagi.  TIDAK boleh bancuh protein dengan air panas (suhu melebihi 30°C) kerana protein akan rosak dalam suhu yang tinggi.  Sebaliknya, disarankan untuk membancuh protein menggunakan air suam.

11)  Vitamin C
Untuk memudahkan atau mempercepatkan proses penyerapan oleh badan, anda disarankan untuk mematahkan Vitamin C tersebut kepada 2 bahagian terutamanya semasa selsema, demam atau batuk.

12)  VitaLea
Vitalea TIDAK boleh diambil dengan minuman bersusu, berkafein, teh, telur dan walnut kerana kandungan di dalam makanan dan minuman tersebut boleh mengganggu penyerapan zat besi.  Vitalea sesuai diambil bersama Vitamin C kerana zat besi memerlukan Vitamin C untuk memudahkan proses penyerapan.

13)  Vitamin larut lemak (A,D,E,K)
Vitamin ini digalakkan diambil setelah anda mengambil makanan yang berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan proses penyerapan.

Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin dan Nutriferon (Kecuali dengan saranan doktor).  Vitamin-vitamin yang tinggi kandungan anti-oksidan tidak digalakkan diambil di awal kehamilan bagi mengelakkan risiko kegururan.  Sebaiknya hentikan pengambilan vitamin yang dilarang sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu menyusu pula tidak digalakkan mengambil Cinch Shake kerana kandungan kalori dalam cinch yang rendah tidak mencukupi untuk keperlukan kalori ibu-ibu yang menyusu.  Sebaliknya, boleh gantikan Cinch dengan ESP.

 

 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh hubungi saya tanpa ragu-ragu.  In Shaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin bagi sama-sama merasai kesan daripada sesuatu vitamin yang kita amalkan setiap hari.

 

017.2237241          



 
aniraabdul@gmail.com


ANIRA ABDUL
Shaklee Independent Distributor
 

No comments:

Post a Comment