Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 8, 2014

KARDIOVASKULAR

Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.  Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.  

Kebanyakkan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup sihat seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.  Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.


APAKAH ITU COENZYME Q10 & MENGAPA IANYA PENTING UNTUK TUBUH KITA?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.  Namun ianya lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi.  Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.  Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan keapda tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.  

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.  Tanpa CoQ10 sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah dibuktikan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.  CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu bahan antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.  Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.


BERAPA JUMLAH COENZYME Q10 YANG KITA PERLUKAN?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil dariapada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.  

Tambahan pula, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia.  Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi pada usi 20 tahun dan menurun pada usia 20 tahun berikutnya.  Pada usia 40 tahun pula jantung hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.

Terdapat beberapa faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh.  Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.
 

No comments:

Post a Comment