"Jangan
Salahkan Kolesterol Lagi!"
"Tekanan
Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol
yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri
Darah..."
Kerap kali kita dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi
(Hipertensi) kata bahawa doktor menasihati mereka untuk mengurangkan pengambilan
makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah beritahu
bagaimana kolesterol itu sendiri menjadi punca kepada masalah tekanan darah
tinggi dan bagaimana untuk "reverse"
atau kembalikan keadaan kesihatan badan.
Apa yang menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi ‘beg ubat’ yang perlu menelan berpuluh
biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah
tinggi. Mereka ‘dipaksa’ untuk mengambil ubat-ubatan itu buat selama-lamanya kerana
sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung
naik dengan sendirinya.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah
tinggi yang perlu diambil itu akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa
logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita?
Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya?
Masalah tekanan darah tinggi yang anda hidapi sekarang
adalah berpunca daripada makanan yang anda ambil sejak bertahun-tahun lalu. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia
cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah
menjadi semakin tercemar dengan bermacam-macam bahan yang terkandung dalam
makanan pada era moden ini.
Andainya tekanan darah tinggi itu merupakan satu
penyakit seperti selesema atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli
keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah
tinggi TIDAK berjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau
bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bekalkan?
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya diberi
kepada pesakit tekanan darah tinggi:
Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah
pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk
kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan
darah.
Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding
kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran
darah.
Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan
dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan
penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.
Untuk mengawal tekanan darah anda menjadi tinggi, anda
perlu mengambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda
tidak boleh bergantung 100% kepada ubat-ubatan tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubatan kimia tersebut
mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan
oleh ubat-ubat hipertensi adalah:
Memori Lemah – Sekiranya anda perhatikan, sejak
anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot.
Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru
berlaku tidak lama.
Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap
rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan
kegiatan harian. Malah, terdapat juga
orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
Emotional - Anda sendiri mungkin tidak
perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup
bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.
Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau
suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah KESAN SAMPINGAN daripada pengambilan
ubat tersebut jika diambil secara berterusan buat jangka masa yang panjang?
Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu
akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan?
Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan
kenapa tekanan darah TIDAK berkurangan?
Anda berhak untuk mendapatkan jawapan yang jujur dan ikhlas daripada doktor anda. Ini merupakan hak asasi anda sebagai pesakit untuk mengetahui kebenarannya.
Pernahkah
Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?
Peringkat-peringkat Perkembangan
Tekanan Darah Tinggi.
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat
dan Gelap
Apabila
kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat
diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan
menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit
yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa
jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi
semakin tinggi.
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan
Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan
perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan
efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda
akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Walaupun anda telah tidur antara
8 atau 9 jam sehari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih
dan mengantuk, khasnya pada waktu petang.
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin
atau Mati Pucuk.
Persembahan Tidak Tahan Lama. Tidak kira lelaki atau perempuan,
masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah
badan anda dan menjejaskan kualiti hidup seks anda.
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa
atau Migrain
Ini merupakan tanda awal bahawa
kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan
dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi
Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata adalah
yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas, sel-sel mata akan semakin
merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.
Peringkat Ke-6: Masalah Buah
Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit
Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin lemah
kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung
penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk
menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan
itu.
Peringkat Ke-7 (Peringkat terakhir) : Strok & Serangan Sakit Jantung
Apa yang paling menakutkan mengenai
Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh menyerang pada bila-bila masa tanpa
sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia
juga mungkin kali terakhir...
Bagaimana
Tekanan Darah Tinggi Terjadi?
Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau
saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak
kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak
kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:
1) Agen
Pengoksidaan
2) LDL (Low
Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat
Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca
daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding
saluran darah.
Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas
mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah
dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah
tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan
terjadi.
Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol
tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh
menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri
tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.
JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru
hendak bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan
rawatan kecemasan yang bersifat sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak
tahu bila serangan seterusnya akan berlaku.
Tekanan Darah Tinggi sudah menjadi satu masalah
kesihatan berleluasa yang sedang mengancam ramai orang. Hampir setiap orang
mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, saudara atau kawan rapat
yang telah menghidap masalah tekanan darah tinggi.
Kemungkinan terdapat kawan
yang baru diberitahu dia telah hidap masalah tekanan darah tinggi dan beliau sedang risau tentang penyakit ini. Tambahan lagi pesakit biasanya tidak suka
untuk berkongsi dengan orang lain tentang masalah kesihatan diri sendiri.
Jadi, sila bantu kawan-kawan sebegini dengan
mengkongsikan maklumat yang terdapat dalam laman web ini melalui Facebook atau Twitter!
Anda mungkin dapat membantu seseorang dengan satu Klik!
"Supplement for everyone...for those who
VALUE their health."
ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com
017.2237241
Alamak simptom tu ada pada zumal...
ReplyDeleteHa....kena g check up tu abg Zumal. Jgn dibiarkan. Silent killer ni.
Delete