Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

July 8, 2015

Dish Wash Concentrate

Pernah tak anda atau keluarga anda alami masalah alergik di bahagian tapak tangan? Saya nak kongsi masalah yang ibu saya sendiri alami.  Untuk makluman, ibu saya bukan jenis yang konsisten dengan satu-satu produk ye.  Biasanya, kalau satu produk yang dibeli tu tak sesuai walaupun tak habis guna lagi, ibu saya akan beli yang lain.  Macam tu lah seterusnya sampailah ibu akan jumpa produk yang betul-betul dia suka.  Tetapi kebiasaannya memang susahlah nak jumpa yang ibu suka. Kihkihkih...sorry ma.

Ibu saya sangat sensitif dengan sabun cuci samada cuci baju ataupun pinggan mangkuk. Memanglah tersangat alergik.  Macam mana nak tau? Ye...memang senang sangat nak nampak.  Sebab, bila baju yang dicuci dengan sabun cuci yang tak sesuai, ibu saya akan gatal-gatal sepanjang pakai baju tu. 

Sama juga dengan sabun cuci pinggan mangkuk. Mula-mula gatal-gatal dekat jari dengan tapak tangan ibu saya. Kemudian gatal-gatal tu akan melarat sampai keluar darah. Pernah nampak tak orang yang pecah tumit kaki sampai berdarah? Macam tu la rupanya.  Kesian sebab mak tak boleh nak makan guna tangan. Dah tu kalau kena air...pedih katanya.


Awalnya saya takut juga nak bagi mak cuba pencuci pinggan Shaklee ni.  Takut nanti lagi melarat.  Tapi saya beranikan diri sebab saya sendiri pernah cuba dan saya yakin bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pencuci ni...semuanya asli dan semulajadi.

Maka, bermulalah sesi bertukar sabun cuci pinggan untuk yang kesekian kalinya. Jeng...jeng...jeng....

Nak tau keputusannya? Alhamdulillah, selepas 2 hari guna sabun cuci pinggan Shaklee ni mak cakap..."Kak, baguslah sabun cuci pinggan ni.  Tangan mak dah tak pedih kalau basuh pinggan.  Tangan ni pun dah tak gatal-gatal macam sebelum ni.  Dah tak berdarah macam sebelum ni dah. Paling best, guna sikit je.....jimat la lepas ni ye kak."

Yes! Yes! Yes! Akhirnya masalah mak dapat diselesaikan juga.  Sebab apa? Nak tahu sebabnya? Sebab Get Clean Dish Wash Concentrate  tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya.  Ianya SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.



KENAPA GET CLEAN DISH WASH CONCENTRATE?

1) SELAMATTidak toksik, hipoalergenik, tanpa klorin, lembut pada tangan, pH seimbang & tiada bahan kimia berbahaya.

2) BERKESAN ~ Amat berkesan menanggalkan minyak, rumusan yang lebih pekat & buih sabun yang tahan lebih lama.

3) MESRA ALAM ~ Rumusan semulajadi (diekstrak daripada jagung & kelapa), tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna, bungkusan yang boleh dikitar semula, selamat untuk sistem septik dan pembentungan.



TAHUKAH ANDA?

Sesetangah pencuci pinggan mangkuk mengandungi Surfaktan berasaskan Petroleum & bahan pencuci seperti Diethanolamine (DEA) & Sodium Dodecylbenzensulfonate yang boleh merengsakan kulit dan juga mata kita.



Jom ubah! 
Jom tambah nilai hidup orang sekeliling kita! 
Jom selamatkan bumi!





ANIRA ABDUL
017.2237241
aniraabdul@gmail.com



No comments:

Post a Comment