Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

September 24, 2014

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BEDUNG BAYI?

Haa.....menarik tak tajuk kita pagi ni?  Siapa-siapa yang pernah jadi ibu mesti tahu akan benda ni kan.  Tetapi...hakikatnya apa yang kita tidak tahu tentang bedung bayi ni? Jom kita kupas.

Walaupun membedung bayi nampak macam mudah dan remeh, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat yang mungkin kita tidak sedar.  Antara manfaat dari amalan membedung ini ialah:
  • Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks 'Moro'.
  • Membantu bayi anda untuk tetap hangat dan selesa terutamanya pada hari-hari pertama dalam kehidupannya.  Ia juga membantu menenangkan bayi anda agar tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya.
  • Membedung juga dapat mengurangkan risiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada saat bayi tidur.
  • Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutamanya jika tidak dipakaikan sarung tangan.

BAGAIMANA KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMBEDUNG BAYI?

Ada banyak cara untuk membedung bayi, namun berikut adalah 6 langkah yang paling popular dan mudah.  Bagi yang pertama kali mungkin mengambil masa untuk membiasakan dengan teknik membedung ini, tetapi bagi yang dah pakar, pejam mata pun boleh.... 


Sekiranya anda perhati betul-betul, kebiasaannya apabila kita bedung bayi selepas mandi, dia akan sangat selesa...macam kena peluk dengan ibunya.....sebab bayi akan rasa warm dan relaks.  


Selamat membedung semua!

Kredit: www.mamapeduli.info



~ Anira Abdul ~

5 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog saya :)

    ReplyDelete
  2. Saya expert membedung bayi sebab di hospital banyak bayi saya kena dukung. Kadang2 sambut bayi pun ada. pengalaman yang paling best apabila sambut bayi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu Izzul...pengalaman esok2 bila dah jadi ayah.

      Delete
  3. Bendung bayi... memang buat untuk anak sblm nie...

    ReplyDelete