Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

March 13, 2014

BAHAYA MENANTI PADA GARAM TERSEMBUNYI



Menikmati makanan yang digemari memang menyeronokkan apatah lagi apabila cara penyediaannya dan rempah ratusnya kena dengan selera kita.  Namun harus disedari di sebalik kesedapan itu tersembunyi penyakit yang menanti.

Penggunaan garam berlebihan nyata mengundang masalah kesihatan baik kepada golongan muda mahupun yang telah berusia.  Meskipun tidak digunakan secara nyata, namun kandungan garam yang tersembunyi leibh mudah didapati dalam makanan sehari-hari iaitu jenis 'SEGERA'.

Antara sedar dengan tidak, rata-rata masyarakat sekarang mengambil 16 - 30 kali lebih banyak garam daripada jumlah yang diperlukan.

Di Britain, saintisnya menganggarkan bahawa pengambilan garam yang tinggi boleh mengakibatkan kematian pra-matang, kira-kira 40000 nyawa dalam tempoh setahun.

Berbanding Amerika Syarikat, kebanyakkan rakyatnya mengambil kira-kira 3 1/2 paun natrium dalam tempoh setahun sekaligus membuktikan bahawa mereka telah menggunakan sekurang-kurangnya 3 ke 5 kali ganda natrium yang dibenarkan bagi mencukupkan keperluan.

Persoalannya, berapa jumlah yang dibenarkan? 200mg natrium atau kurang adalah purata yang paling ideal bagi pengambilan garam untuk sehari.  Secara tidak langsung ia menyamai 1/10 sudu kecil garam yang diperlukan.  Bagi individu dewasa yang sihat tubuh badan, mereka boleh mengekalkan imbangan natrium harian serendah 0.07 hingga 0.5 gram (70 - 500mg).

Berdasarkan statistik yang diambil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan natrium (garam) untuk sehari seharusnya tidak lebih dari 2400mg bersamaan dengan satu sudu kecil.

Bagaimanapun, kerana sikap lepas pandang dan ambil mudah dalam banyak perkara maka kita sebenarnya telah mengambil garam lebih dari jumlah yang dibenarkan lantaran terpengaruh dengan pujukan makanan segera atau yang telah diproses.  Sudahnya penggunalah yang akan terhimpit dan terbeban dengan masalah kesihatan.

Jadi, segeralah bangkit dan betulkan kesilapan untuk menjadi pengguna bijak.  Pilih makanan yang berkhasiat untuk tubuh dengan memastikan sukatan garam dikurangkan.  kata orang, kesedapan makanan hanya sekejap tetapi kesan penyakitnya mengambil tempoh masa yang lama untuk dipulihkan.

AMBIL PERHATIAN!!!!

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang selalu kita ambil seharian namun sebenarnya perlu diberi perhatian kerana kandungan garamnya.


1) ROTI
    Mungkin ramai yang tidak sedar akan rasa masin yang terdapat pada roti.  Dikatakan sepotong roti mengandungi 230mg sodium.  Ini bermakna jika kita mengambil 3 keping roti maka jumlah garam yang diperlukan oleh tubuh telah mencapai tahap hampir maksima (1000-1250mg sehari).
  
    Itu tidak termasuk campuran makanan lain.  Oleh itu, berhati-hatilah sewaktu memilih roti kerana terdapat banyak pilihan dipasaran.  Sebaiknya bleilah roti yang kurang kandungan garam demi kesihatan berpanjangan.
 

2) DAGING PROSES
    Pada dasarnya sosej adalah sejenis makanan yang diproses dari daging beku atau daging yang telah diawet.  Bagi mengekalkan tahap ketahanan daging berkenaan, ia diawet bersama garam.  Di sini, jelas menunjukkan betapa daging berkenaan mempunyai kadnungan garam yang tersembunyi.

  Dikatakan kandungan garam di dalam daging beku berkenaan boleh sampai hingga 1050mg sekaligus membahayakan kesihatan.  Begitu jugalah dengan kandungan ikan masin.  Semuanya tinggi garam dan perlu dielakkan segera.

 
3) PIZZA
    Tahukah anda bahawa garam banyak tersembunyi di dalam hidangan sebiji pizza? Bermula dari adunan, sos tomato, keju, daging dan beberapa lagi bahan yang disediakan untuk 'topping'.  Semuanya 'KAYA' dengan garam.

      Jadi, sebelum membeli dinasihatkan kita membuat pesanan dan pilihan untuk pizza yang lebih sihat.  Mungkin tukarkan roti bersama toping sayuran.


ALTERNATIF....

Buntu dengan penggunaan garam yang terhad membuatkan anda malas memasak.  usah begitu, kerana setiap masalah pasti ada sumber alternatifnya.  Mungkin beberapa lagi bahan di bawah boleh menggantikan 'garam' yang hilang.  Antaranya ialah:

1) Lemon kerana perahan lemon memberi sedikit rasa masin pada makanan.  Walaupun tidak secara nyata, namun rasa masinnya tetap ada selain rasa masam.

2) Kicap rendah garam

3) Serbuk bawang putih

4) Cuka boleh digunakan untuk menggantikan garam dalam penyediaan sup atau salad. 


Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.

Anira Abdul
aniraabdul@gmail.com




 

No comments:

Post a Comment