Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

March 19, 2014

BATUK + DEMAM = ANTIBIOTIK?



 Q: Anak saya berumur 3 tahun dan dia agak kerap mengalami selsema dan batuk hampir setiap bulan. Apabila saya membawanya ke klinik, doktor memberi antibiotik. Soalan saya, adakah penggunaan antibiotik yang terlalu kerap iaitu setiap bulan menyebabkan antibodi anak saya lemah dan kerap mendapat jangkitan yang sama. Untuk pengetahuan doktor, saya akan pastikan anak saya mengambil antibiotik sehingga habis. Terima Kasih.(Syafeeza)
A:  Kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. Rawatan antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja.Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.
Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan. Salah satu kebimbangan doktor adalah kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) atau superbug. Salah satu penyebab adalah penggunaan antibiotik yang berleluasa untuk jangkitan kuman yang sebenarnya mungkin tidak memerlukan antibiotik. Apabila berlakunya kuman yang rintang terhadap antibiotik, maka kuman bakteria tersebut boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa. Kuman tersebut bukan bahaya kepada pesakit itu sahaja, tetapi boleh merebak kepada orang lain juga.
Di dalam badan manusia, terutamanya kulit, saluran pernafasan dan usus, mempunyai kuman yang baik. Kuman baik ini membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan.
Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh membunuh organisma (kuman baik) yang hidup di dalam badan manusia. Sekiranya, kuman baik dihapuskan, maka kuman bahaya akan berpeluang untuk menjangkiti sistem badan.
Secara amnya, antibiotik tidak dapat melemahkan antibodi badan, tetapi penggunaan antibiotik yang tidak tepat (pilihan salah, sukatan, kekerapan atau tempoh yang tidak betul) boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.
Pada kesimpulannya, antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria. Penggunaan antibiotik yang sesuai pada jangkitan kuman bakteria (bukan untuk kuman virus) adalah amat digalakkan.
Harap saya telah menjawab soalan ibubapa. Sekiranya ada persoalanan tentang anak anda, sila bincang dengan doktor yang merawati anak anda.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
Walaubagaimanapun, Shaklee ada menyediakan suplemen yang bersesuaian untuk kes-kes sebegini.  Saya sendiri suka untuk memberikan suplemen kepada anak saya bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini.  Antara yang saya selalu berikan ialah Nutriferon, Chewable Vit C & juga Omega Guard Shaklee.  Ternyata kesannya bila anak saya jarang demam berbanding sebelum pengambilan vitamin Shaklee sebelum ini.
Shaklee Independent Distributor
Anira Abdul

017.2237241
aniraabdul@gmail.com

No comments:

Post a Comment