Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

March 25, 2014

KELEBIHAN VITAMIN C





Apabila mendengar mengenai vitamin C pastinya ramai yang beranggapan bahawa vitamin C ini hanya baik untuk kecantikan kulit sahaja. 

Namun ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C sebenarnya mampu memberi manfaat yang baik untuk keseluruhan tubuh badan anda. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat baik vitamin C untuk tubuh badan anda. 

Melawan jangkitan kuman 
Ia menjadi sokongan untuk sel darah putih dan antibodi bagi melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui virus, kuman dan bakteria. 

Mengimbangi kesan stres
Stres menyebabkan penyakit mental dan fizikal. Vitamin C membantu meneutralkan toksin yang dirembeskan ketika anda mengalami tekanan. 

Memelihara kesihatan mata
Pengambilan vitamin C yang betul dapat mengelakkan mata daripada dijangkiti katarak dan glaukoma. 

Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C dapat mengelakkan lemak yang berada dalam saluran darah daripada berkumpul di saluran arteri dimana ia adalah punca utama serangan jantung.

Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen.  Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interefon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Mencantikkan kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi.  Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolesterol sihat
Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



 SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C
Mudah tertekan/stress – sering letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
Luka yang lambat sembuh
Mudah selsema/bersih
Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
Mudah mendapat ulser
Mudah demam/antibodi tidak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
Weight loss (Bukan kurus tetapi kurus yang tidak sihat, lemah dan kusam)

Daripada kita dok kunyah chewing gum tu...adalah lebih baik kita kunyah Vitamin C.  Berhati-hati semasa memilih Vitamin C yang betul-betul bagus untuk tubuh kita bagi mendapatkan hasil yang betul-betul terjamin.  Jangan pula nanti dok salahkan Vitamin C pula ye sbb dh makan berbotol2 tapi x de kesan apa...jadilah pengguna yang bijak!

Hubungi Shaklee Independent Distributor berhampiran anda untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang betul-betul terjamin dan berkualiti.

ANIRA ABDUL
017.2237241
aniraabdul@gmail.com

No comments:

Post a Comment