Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

March 13, 2014

Ha...Ultraman!!!



Ha...nampak tak?
Beberapa minggu dh kita dikejutkan dengan insiden jerebu ni.  Kawasan saya tersenarai antara 7 kawasan yang mencatat IPU tertinggi.  Tapi yang dok pelik tu...dalam pada tengah kering, air pun tak ada, orang dok keep continue bakar sampah secara terbuka.  Kadang2 balik keje nampak rasa macam nk tegur je...nk bg tau jangan la bakar sampah time2 skrg ni...takut sat lagi, api tu marak kena rumah dia sama...seriau.

Tapi paling x suka bila dlm rumah pun dh penuh dgn asap.  X tau la nk kata jerebu ke asap ke habuk ke...bau dia bau asap bakar sampah tu la...mmg perit dkt mata, hidung & tekak la.  “Ya Allah...kau turunkanlah hujan Ya Allah...walau hanya seketika bagi meredakan masalah jerebu ini Ya Allah.”

Jerebu? Apa tu? Sebenarnya, jerebu tu satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel2 kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung di udara.  Partikel2 ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktivit manusia.  Apabila partikel2 ini wujud dalam kuantiti yang banyak & berkelompok, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.  Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak penglihatan mata kasar.

Dari pengamatan saya, ada beberapa faktor utama yang menyumbang kepada JEREBU ni.  Antaranya ialah:
Pembakaran secara terbuka.
Asap dari kilang.
Asap dari kenderaan.

Bila jerebu je orang mesti dok sebut2 IPU, IPU, IPU. Apa IPU tu? Jeng jeng jeng...IPU tu sebenarnya Indeks Pencemaran Udara iaitu unit yang kita gunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara & kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

NILAI IPU
STATUS
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
201 – 300
Sangat tidak sihat
301 – 500
Berbahaya

Jadi, kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa samada surat khabar, televisyen & radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa kawasan kita supaya langkah2 pencegahan dapat diambil.

Apa TANDA-TANDA & KESAN jerebu ni?
✿ Gatal-gatal di bahagaian kerongkong & batuk-batuk.
✿ Sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
✿ Mata terasa pedih & berair.
✿ Hidung berair & kerap bersin.
✿ Kulit badan terasa gatal-gatal.
✿ Terasa sakit dada.

Sekiranya anda terdedah kepada gejala-gejala seperti di atas, adalah dinasihatkan agar anda segera mendapatkan rawatan & nasihat doktor di klinik berhampiran.
Keadaan JEREBU yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua golongan terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti:
a) Kanak-kanak
b)    Orang tua 
c)    Mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik & jantung. 
d)    Perokok. 
e)    Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

     CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. BAGAIMANA?
    1) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan SEGERA jika keadaan penyakit bertambah teruk.
2)    Mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
3)    Penutup hidung & mulut (mask) hendaklah digunkan oleh semua penunggang motorsikat, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk & juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi. 
4)    Orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah atau bangunan. 
5)    Kurangkan aktiviti-aktiviti diluar rumah seperti sukan. 
6)     Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. 
7)    Gunakan kemudahkan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda. 
8)    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 
9)     Sekiranya keadaan jerebu berterusan apda tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.



Anira Abdul
aniraabdul@gmail.com

No comments:

Post a Comment