Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

February 8, 2015

7 MAKANAN YANG MEMBERI KETENANGAN

Setiap manusia tidak terlepas dari merasa marah malah ianya adalah suatu keadaan yang normal.  Namun ianya haruslah dikawal untuk mengelakkan keburukan terutamanya dari sudut kesihatan biarpun ianya merupakan salah satu proses untuk melepaskan tekanan.

Kaedah biasa yang sering diamalkan untuk melepaskan tekanan ialah dengan menarik nafas dalam-dalam dan mencari lokasi yang tenang bagi meredakan api kemarahan.
Terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikkan.  Ini termasuklah melalui pemakanan yang sesuai diambil untuk menstabilkan emosi kita kembali ke asal.  Antaranya ialah seperti:


PISANG yang dimakan setiap hari secara teratur dikatakan mampu mengekalkan tahap kesihatan tubuh.  Bukan setakat itu sahaja, ia juga bagus untuk mengurangkan rasa marah.  Kandungan vitamin B dan Kalium di dalam pisang mampu menjadikan anda lebih santai dan tenang.


Sekiranya anda merasa gagal untuk mengawal perasaan marah, segeralah dapatkan KACANG WALNUT.  Kandungan asid lemak Omega 3 yang terkandung di dalam kacang walnut dipercayai berupaya membantu anda lebih tenang dan bahagia.


Seterusnya...ramai yang tidak gemar menjadikan MEE sebagai salah satu makanan harian mereka.  Alasannya kerana ada mitos yang mengatakan memakan mee boleh mengakibatkan masalah perut buncit.  Mungkin ada kebenarannya tetapi TAHUKAH ANDA mee sebenarnya boleh membantu anda untuk meredakan perasaan marah.  Sekali-sekala bolehlah mengambil mee terutamanya bila situasi hati sedang gundah gulana....tetapi beringat ye...ambil dalam kuantiti yang secukupnya.


Cuba angkat tangan siapa yang tidak suka makan roti atau wafer dengan MENTEGA KACANG?  Terbayang-bayang keenakan menikmati roti bersama mentega kacang....ermmm lazatnya.  Suatu rasa kepuasan akan lahir apabila dapat menikmati kepekatan menteganya yang cair di dalam mulut.  Kajian turut mengatakan bahawa makanan ini juga mampu membuatkan seseorang itu kembali tenang dari amarahnya.


KEJU? Ha....tak nak....nanti gemuk!!!  Sekalipun ia dikategorikan sebagai makanan barat, namun keju tetap mempunyai peminat yagn tersendiri.  Kini, terdapat pelbagai hidangan yang menggunakan keju sebagai bahan asas.  Pengambilan keju juga dipercayai dapat membantu menjadikan anda tenang dan relaks.


KENTANG kaya dengan sumber karbohidrat serta vitamin B yang tinggi.  Kedua-dua khasiat ini penting untuk menurunkan tekanan darah selain mengurangkan tekanan.  Sekiranya anda mula merasa marah, maka jadikanlah kentang sebagai hidangan sampingan anda.  Tapi...kawal jumlah pengambilannya ye!


Walaupun diketahui COKLAT amat ditakuti kerana boleh mendatangkan masalah kegemukan; namun ia masih elok diamalkan.  Contohnya coklat gelap...ia dikatakan bermanfaat untuk jantung selain membekal tenaga pada tubuh.  Pada masa yang sama; coklat juga boleh memberi rasa tenang dan menstabilkan emosi.



Saya mengambil B Complex setiap hari untuk mengatasi masalah stress.  Selain itu B Complex juga membantu melancarkan peredaran darah...jadi kulit secara tidak sengaja akan jadi cantik juga. Hihihihi...

Apa kelebihan B Complex Shaklee ni? Nak tahu? Jom scroll ke bawah ye...


Haa...banyak kan kelebihan B Complex Shaklee ni...yang penting B Complex ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, selamat dan terbukti berkesan.  Ini adalah antara favourite saya setiap hari.

Sebotol ada 120 tablets.  Sehari hanya ambil 1-2 biji sahaja.  Maknanya sebotol mampu bertahan selama 4 bulan.  Jimat kan?  Harga sebotol RM53.75. Jadi sebiji B Complex berharga 0.45 sen.  Memang jimat.



WhatsApp/Telegram/SMS <bcomp> ke 017.2237241 atau email ke aniraabdul@gmail.com.  Konsultasi adalah FREE.  Saya sedia membantu anda.


"Jangan biarkan stress membelenggu kehidupan anda!"


Ira I 017.2237241


No comments:

Post a Comment