Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

February 23, 2015

Sakit pinggang mak!!!!

Assalamualaikum semua....

Lama betul menyepi...cuti-cuti Malaysia kononnya...join kelab sangkut atas jalan raya sempena cuti-cuti Malaysia aka jem.  Hihihihi....

Cuti panjang baru ni, saya menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin.  Antaranya ke rumah makcik saya yang berada di Sungai Petani Kedah.  Makcik kahwinkan anak sulung dia.  So, bergeraklah rombongan cik kiah dari Tanjong Karang ke SP pada hari Rabu. Kami gerak dari Tg.Karang jam 9.00 malam, sampai SP jam 3.00 pagi.  Letih? Jangan cakap la....jalan tak berapa nak penuh dan tak berapa nak kosong. :)

Kami tak lama dekat SP sebab hari Sabtu kena gerak ke Port Klang untuk majlis kenduri dekat rumah kakak ipar saya.  Adiknya kahwin.  Jadi, jumaat pagi gerak dalam jam 9.00 pagi, sampai dekat Tg.Karang dalam jam 6.30 petang.  Jalan memang penuh giler.!!!  Dekat radio bagi tahu jem dalam 5km.  Jadi, kami guna alternatif lain, guna jalan dalam.

Anak-anak dah meragam sebab cuaca terasa panas.  Walau duduk dalam aircond, tapi terasa bahangnya.  Ummi pun sakit pinggang dok lama dalam kereta.

Sampai Tg.Karang, mandi-mandi kasi segar sikit badan.  Dah tu masak untuk makan malam.  Masak pun simple-simple je sebab dah tak larat sangat dah.

Lepas dah makan semua, dalam jam 8.45 malam macam tu rumah dah sunyi sepi je.  Anak-anak dah tidur, nenek pun dah tidur.  Jadi...ummi pun tidur la juga.  

Best rasanya dapat luruskan badan atas tilam.  Tiba-tiba teringat nak makan Ostematrix sebab dah 2 malam tak makan.  Hari tu tertinggal.  Kalut!

Gagah la bangun dari tilam yang empuk tu.  Telan Ostematrix 6 biji terus.  Minum air kosong 1 liter terus.  Dah tu baru tidur.

Bangun tidur rasa segar sangat.  Dah tu sakit pinggang sejak pergi ke SP tu dah tak ada dah.  Kaki pun dah tak rasa lenguh-lenguh dah.  Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana beri kesembuhan.

Kesimpulannya, lepas ni kena ingat!  Jangan culas ambil Ostematrix setiap malam sebelum tidur.  Kalau tak, sendiri mahu ingat ye! :)


Beli 6 FREE 1
Beli 2 LESS 5%
 


Izinkan saya bantu anda kerana saya juga mengalaminya.  Jika SUAMI tahu isterinya alami masalah sakit pinggang, kaki kejang dan sebagainya, bantulah isteri anda.  Hubungi saya untuk saya bantu.




Ira (017.2237241)
 

No comments:

Post a Comment