Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

February 11, 2015

KURANG PROTEIN PUNCA METABOLISME MENURUN

"Protein merupakan zat yang sangat penting untuk tubuh manusia.  Protein adalah penggiat dan pendorong utama kepada metabolisme dalam tubuh.  Mereka yang tidak/kurang mengambil protein dalam sehari bakal berdepan dengan masalah kesihatan dan menyebabkan metabolisme tubuh semakin menurun."

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, ramai yang mengetahui khasiat protein tetapi mereka mengambil protein dalma kadar yang salah.  Ini menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan kekurangan protein dalam tubuh.  Berikut adalah 7 fakta penting mengenai keistimewaan dan keperluan protein.

1) PROTEIN NUTRISI PALING BANYAK
Selain daripada air, protein merupakan khasiat yang paling banyak di dalam tubuh manusia.  Ini kerana banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh ada dalam khasiat protein.  Bagi seorang wanita dewasa rata-rata mereka harus mendapatkan protein sekitar 46 gram sehari.  Manakala bagi lelaki dewasa pula sebanyak 56 gram protein diperlukan setiap hari.  Ini menandakan keperluan zat protein bagi setiap orang adalah berbeza dan disebabkan itulah diet seseorang juga berbeza mengikut kepada keperluan tubuh.
 
2) STABIL KADAR GULA
Pengambilan protein yang mencukupi untuk tubuh memberikan manfaat yang sangat besar.  Protein yang mencukupi mampu menstabilkan gula dalam darah.  Ibu hamil digalakkan mengambil protein yang mencukupi untuk mengelakkan gula dalam darah yang tinggi, seterusnya menyebabkan berlakunya diabetes.
 
3) OLAHRAGA
Pengambilan protein selepas anda berolahraga dapat memperkuatkan otot tubuh dan dapat mengelakkan kecederaan pada otot.  Oleh itu bagi anda yang mahu menjaga badan dan sentiasa mengunjungi gimnasium untuk menaikkan otot adalah digalakkan untuk mengambil lebih protein.  Ini dapat memberikan kesan otot yang cepat dan mengelakkan koyakan tisu otot ketika melakukan senaman.
 
4) DIET YANG SEMPURNA
Pengambilan diet yang sempurna dalam setiap hidangan seperti kekacang dan biji-bijian dapat membekalkan asid amino yang sangat baik untuk tubuh.

5) TIDAK MELEBIHI KALORI
Dalam keghairahan untuk mendapatkan zat protein untuk kesihatan perlu diingatkan jangan berlebihan iaitu tidak melebihi 35% kalori sehari.  Anda perlu dan mengambilnya dalam keadaan yang terkawal.
 
6) SUMBER TELUR
Protein memiliki manfaat yang sangat penting untuk tubuh.  Oleh itu disarankan agar mengambil 10g sumber protein daripada telur, kekacang dan juga biji-bijian.  Ini adalah protein yang terbaik untuk tubuh kita.
 
7) SUMBER PROTEIN
Dada Ayam ~ Potongan daging rendah lemak boleh dimakan dengan roti gandum, mustard dan salad merupakan pilihan makanan yang sihat.

Susu ~ Susu dan sejenisnya merupakan sumber protein yang terbaik.  Protein daripada sumber ini mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh.  Susu mengandungi protein yang baik serta mengandungi kalsium yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar.

Daging ~ Daging merupakan sumber lain bagi protein.  Di dalamnya terdapat banyak zat besi, fosforus dan beberapa vitamin B Complex.

Ikan ~ Pastikan anda selalu menyediakan ikan segar di dalam peti sejuk.  Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati.  Selain membekalkan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori.  Ia juga membekalkan beberapa khasiat penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular.

Berikut adalah panduan pengambilan menu harian yang boleh dijadikan rujukan dalam pengambilan makanan seharian anda.
 

Pernah dengar ESP?
Apa itu ESP?
Apa kelebihan ESP?

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


 

: 017.2237241 (Ira)
: aniraabdul@gmail.com


2 comments:

  1. Metabolisme zumal rasanya ok. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  2. Masa saya ke Bandung, kebanyakkan rakyat biasa makan nasi dengan tauhu je .. tu kira dah lengkap la kan? ada karbo dan ada protein ...

    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete