Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

Selamat Datang Ke Laman Blog Anira

October 16, 2014

KACAU....TIUP....MAKAN

Minggu lepas walid bawa ummi dengan Darish jalan-jalan.  Motif sebenar adalah bawa Darish pusing-pusing dekat pekan Kuala Selangor...nak pergi bawa Darish main playground tak ada la pula...so, tukar rancangan bawa Darish makan dekat Dominos Pizza Kuala Selangor.

Sampai dekat Dominos, hujan renyai-renyai.  So, kami pakat laju2 lari masuk Dominos....takut basah kononnya. :)

Masuk je Dominos, tengok ada dekat 5 orang dekat kaunter.  Dah tu ada satu family lebih kurang dalam 5 orang tengah duduk dekat meja tapi hidangan tak ada lagi....hati terdetik, ish...ni servis Dominos yang lambat ke orang tu memang tak order lagi? Tapi nak sedapkan hati, mungkin orang tu tak order lagi la tu...dia amik meja dulu, tunggu customer dekat kaunter dah clear baru dia nak order.

Saya pun duk que dekat kaunter....agak lama la juga.  Kira lenguh kaki mak buyong ni berdiri lebih 30 minit hanya semata-mata untuk nak order je....yang walid pula kena jaga Darish sebab dia suka tengok orang ramai2 ni...dia suka berkawan. Dia lari sana, lari sini, cuit abg tu, cuit kakak ni...haaaa...ini lah Darish Syauqi.  Kalau orang yang jenis tak suka...mahu Darish kena marah.  

So, dipendekkan cerita lepas 50 minit baru order kami sampai.  Tu pun hanya air dengan mushroom soup je.  Suami kata...'tak pe la...tempat baru, tak cukup staf la tu.'  Buktinya, staf tu yang amik order dekat kaunter, staf tu juga yang hantar menu ke meja customer dan staf yang sama juga yang bersihkan meja selepas customer siap makan....haaaa...dia jadi SUPERMAN gitu!

So, saya bagi Darish makan mushroom soup tu dulu....mula-mula tu saya suap Darish.  Lama-lama Darish tarikh sup dia.  Dia cakap 'mi...ayish am yi' (Darish makan sendiri).  Okey la.....lagi bagus.  Ummi pun boleh makan juga..hihihihi.

Saya perhati je apa yang Darish buat.  Sebenarnya takut tertumpah dekat baju dia sebab hari tu tak bawa baju spare.  Kalau tumpah dah la panas, dah tu balik kena tak pakai baju.

Tiba-tiba Darish cakap....'ayid, mi....acau, yop, am' (Kacau, tiup, makan).  Walid tercengang sambil ternganga...hahahaha...sebab walid terkejut anak dia boleh cakap macam tu.  (Untuk makluman, sebelum ni walid jarang dok umah sebab keje jauh....balik sebulan 2x or sekali je...Darish dah 2 tahun lebih baru walid dok sekali dengan kami)


Biarlah gambar berbicara.....

KACAU


TIUP


MAKAN
 
Alhamdulillah syukur dikurniakan anak yang cerdik macam Darish.  Terima kasih Darish sebab hadir membahagiakan hidup ummi & walid. Sayang Muhammad Asyran Darish Syauqi ketat2.



"Supplement for everyone...for those who VALUE their health."

 
Anak anda kerap DEMAM
Anak anda sering BATUK berkahak? 
Anak anda diserang SELSEMA berpanjangan?
Hendak saya BANTU anda?







HUBUNGI:

ANIRA ABDUL
aniraabdul@gmail.com
017.2237241 




2 comments:

  1. Darish tengah explore words ya. Tak lama lagi petah abis laa tu. :)

    ReplyDelete
  2. Ha'a...tengah explore words. Kadang2 x faham juga apa yang Darish maksudkan...jenuh la nanti dia akan cakap perkataan2 lain untuk explain apa yang Darish maksudkan. Nak bagi ummi dia faham punya pasal apa yang dia nak bagi tahu. Tapi bila fikir2 balik...bagus juga untuk perkembangan dia + dalam masa yang sama seronok spent time together dengan Darish time2 kecik macam ni.

    ReplyDelete